Humairaa' mengah. Tak pernah-pernah jogging satu pusingan tasik. Aisyah nun dah ke depan, dah masuk dua pusingan. Masih lagi meneruskan lariannya.
"Haih, akak sorang ni, kalau berlari memang tak ingat dah kita kat belakang ni." bebel Humairaa'. Nafas ditarik dalam-dalam untuk membayar hutang-hutang oksigen yang berlaku setiap penjuru badannya. Otot-otot menjerit-jerit dah mintak nyawa. Setelah nafasnya kian stabil, dia berjalan menuju bangku yang berdekatan.
Pandangan matanya dilontarkan ke arah tasik. Tasik di Desa Ilmu, tempat biasa dia 'lepak' kalau kepala serabut. Tak tahu kenapa, dia suka duduk situ. Tenang. Cuma kadang-kadang, sakit jugak la mata dia tengok sampah-sampah atau lebih mesra dia panggil Abang Sam. Tak faham dia macam mana la orang boleh buang sampah merata. Civic minded entah ke mana. Jauh lagi ketinggalan dari negara lain.
Gambar : Tasik Desa Ilmu.
'Dah 11 Ramadhan.' sekadar monolog. Sambil mata jauh memerhati matahari yang sedang berada di ufuk barat itu.
'dah dapat taqwa ke aku?' dia sambung lagi. Jauh dia termenung. Tengok jam, 5.30 p.m.
"Haaaa.", suara dari belakang datang menyergah. Badan Humairaa' bergetar, terkejut.
"Akak ni, selalu macam ni kan? Nasib baik la jantung saya ni sihat lagi tau" Humairaa' membebel. Dia memang jenis yang mudah terkejut hatta dikejutkan dengan benda kecil sekalipun.
"Aseef, aseef. Ingat sedar tadi. Hmm, termenung jauh nampak. Entah apa la yang dia fikir tu?", tanya Aisyah sambil membetulkan badannya untuk duduk di sebelah Humairaa'.
"Tak kak, terfikir. Hari ni 11 Ramadhan, kejap lagi Maghrib dah nak masuk 12 Ramadhan. Dah dapat taqwa ke tak saya ni?"
"Tu biar Allah yang tentukan, inshaAllah, kalau kita sungguh-sungguh taat padaNya, kita doa agar amalan kita diterima, inshaAllah, taqwa tu akan jadi milik kita."
"Akak, ce akak terangkan sikit macam mana dengan puasa kita dapat taqwa?"
"Ermm, sebenarnya banyak aspek bagaimana kita boleh dapat taqwa tu, tapi inshaAllah, akak try explain apa yang termampu. Humairaa' ingat tak ayat mana yang menyuruh kita berpuasa?"
"Alhamdulillah, ingat akak. Surah Al-baqarah ayat 183."
"Ingat tak makna dia?"
"Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."
"Hebat adik akak sorang ni. Allah kata dalam ayat ni, kepada orang-orang yang mempunyai iman, Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu, seperti mana orang sebelum kamu. Siapa orang sebelum kamu itu?"
"Bani Israel?" teka Humairaa'.
"Yup. Bani Israel. Allah juga pernah menyuruh mereka berpuasa. Tapi kalau kita tengok awal-awal surah Al-baqarah, Allah kata, mereka takde taqwa pun. Dan Allah juga menyuruh kita untuk berpuasa, sebab apa?"
"moga-moga kita dapat taqwa, kan? Tapi apa kaitan dia?"
"Haa, akak nak tanya, apa yang Humairaa' rasa sekarang?" Aisyah memulangkan soalan.
"Err, in term of?"
"Ermm, rasa lapar? Dahaga? Badan lemah sedikit?"
"Adalah sikit, dahaga tu memang lah. Lapar, dari tadi dah buat konsert Ghazal untuk Rabiah."
"Haaa, dari situ laa."
"Err, still can't get the point. Explain further please?"
"Maksudnya, masa dahaga dan lapar, tekak kita menjerit-jerit, nak air, nak air. Perut kita pulak dah membebel-bebel, heey apa jadi ni? mana supply makanan? Kan?"
Humairaa' mengangguk-angguk. Aisyah menyambung lagi.
"Nak tak nak, tekak kita merayu-rayu untuk dibasahi, perut kita merayu-rayu untuk diisi. Badan kita pulak dah rasa lemah-lemah. Tapi ada satu kuasa yang menentang rayuan tekak dan perut kita tu, hingga kita tak menuruti rayuan tekak kita, perut kita. Kerana kita tahu, jika kita ikutkan rasa tekak dan perut kita, maksudnya kita melanggar perintah Allah."
"And the point is?" Berkerut-kerut dahi Humairaa'. Masih belum dapat apa yang hendak disampaikan.
"The war is going on inside you. The physical war. Your throat is against you, your stomach is against you. Your body is getting weaker and begging you, 'please disobey Allah, please disobey Allah.'. And you stay the entire day of fasting fighting your body and say, 'No! My heart is submitted to Allah.'. Dan sebenarnya secara tidak langsung, masa kita berpuasa, kita melatih hati kita untuk mengawal anggota-anggota badan kita."
"Maksudnya, secara tidak langsung, hati kita menjadi lebih kuat. Tak gitu?" Humairaa' bertanya. Nampaknya sudah mula memahami apa yang ingin disampaikan.
"Yes. Exactly. Tu lah yang akak nak sampaikan. Dan bila selepas Ramadhan, inshaAllah hati kita akan lebih kuat, dan boleh mengawal segala kehendak anggota kita. Tak makan suka hati, tak tengok suka hati dan sebagainya. Dan akak nak tanya, taqwa tu letaknya kat mana?"
"Kat sini." jawab Humairaa' sambil tapak tangannya diletakkan di atas dada.
"Ya, hati. Pada hati itulah taqwa. Dan pada bulan ramadhan ini, Allah nak latih hati-hati kita supaya lebih kuat menepis kehendak-kehendak nafsu. Ditambah lagi dengan supplement-supplement hati yang lain, qiam, tilawah, solat. Maka moga-moga lepas ramadhan ni, kita jadi hambaNya yang lebih baik. InshaAllah. Itulah yang dikatakan 'moga-moga kamu menjadi orang bertaqwa' dalam ayat tu. Dapat tak?"
"Alhamdulilllah. Faham dah kak. Jazakumullahu khayran jaza'. Moga-moga dah lepas 1/3 Ramadhan ni kita lebih melaju. Ramadhan Vavavuum, bak kata APG. Eh kak, dah nak pukul 6 ni. Tak lama lagi nak berbuka. Jom balik?
"Jom."
No comments:
Post a Comment