Wednesday, February 13

Coretan Sang Pengembara

[Disklemer] Post ini sumpah panjang. Sila sediakan popcorn dan air green tea lemon bersama. Oh, kalau tak sanggup, click ikon pangkah berwarna merah. Terima kasih. Oh ya, ini bukan cerpen


Dua tiga hari lepas, seorang adik ni Allah uji dia sampai kat Sarawak tanpa sebarang bagasi. Yalah, sebab tak sempat nak check-in bag tu. Lebih parah, kolej tak boleh daftar dan menetap sementara di kolej perubatan, seorang. Seorang dan sehelai sepinggang. 

Dan saya mengagumi semangat beliau!

Mendengar cerita beliau, teringat suatu ketika, ketika berada di bumi Semenanjung, seorang diri, untuk menghadiri satu kursus. Kursus hanya dari pagi sampai petang, tapi flight balik keesokan malamnya. Saya sudah sedia maklum bahawa pihak penganjur tidak menyediakan tempat tinggal, tapi atas sebab minat yang mendalam dan yakin bahawa pasti ada jalan, maka saya pun tanpa toleh belakang merebut peluang ini. Yalah kan, tiket flight orang sponsor, maka siapa tak nak kan? 

Flight 6 pagi. 4 pagi lagi akhowat sudi hantar. 

Perjalanan kursus macam biasa. Seronoknya luar biasa. Ilmu dan kemahiran dengan tamaknya dikaut sebanyak-banyaknya. Alhamdulillah, boleh diaplikasi sampai sekarang. 

Selesai kursus....

jeng...jeng...jeng...

Kaki tak tahu melangkah ke mana. Tak terbayang lagi nak tidur kat mana. Bukan tiada saudara mara, ada, sepupu-sepupu. Dan semuanya lelaki. Dan memang ada murabbiyah kat sana, bersama suami untuk konvo, tapi segan sangat nak ganggu. Alhamdulillah, sebelumnya, memang ada seorang peserta kursus menawarkan untuk ikut serta program qiamullail bersama mereka. Saya pula masih memikirkan dua tiga, sebab beliau dah keluar awal dan saya langsung tidak mahu ketinggalan sedikitpun isi kursus tersebut. Sebelum beredar, beliau telah beri sedikit panduan untuk ke tempat qiamullail tu dijalankan dan meninggalkan nombor telefon beliau. Subhanallah, tak kenal, tak pernah bersua muka tapi saya yakin, atas dasar ukhuwwah dan ikatan aqidah, beliau menghulurkan bantuan. 

Tapi, saya mati langkah. Kaki tak tahu nak melangkah ke mana. Ya lah. Tak pernah kot sorang sorang. Dan tempat qiamullail tu jauh. Lalu kaki saya melangkah sekitar tempat tersebut, mana tahu kot kot ada hotel yang murah. 

Dari jauh, mata saya sudah menangkap papan tanda hotel entah apa nama. Masa tu perasaan dah berbunga-bunga. Tak perlu lah nak susahkan orang, kata hati. Melangkah masuk ke lobi hotel. Dengan penuh harapan, bertanya,

"Bang, ada bilik kosong?"

"Maaf dik, takde..."

"OK, terima kasih ye bang..."

Dushhh. Hancur. Luluh. Nak nangis, hey hey saya jenis yang tak mudah menangis okey. Ego sikit. hehe

Ok, kepala mula berfikir, ke mana harus melangkah. Terfikir tentang rumah sepupu-sepupu (mereka adik beradik tinggal berdua), ya itulah pilihan yang paling paling terakhir. Tapi saya harus usaha perkara lain terlebih dahulu. 

Dengan penuh pengharapan pada Allah, saya naik KTM Serdang. Kebetulan tak jauh pun dari tempat tersebut. Next destination, KL Sentral. Terfikir sebab ada akhowat cerita dia pernah tidur kat KL Sentral. Oke, redah. 

Badan dah menjerit-jerit minta berhenti. Ya lah, jam 3 pagi dah bangun siap-siap untuk flight. 

Jalan, beli tiket KTM ke KL Sentral.

Alhamdulillah, tiba juga di KL Sentral. Perkara pertama, cari surau untuk solat. 

Lepas solat, kurang sikit rasa penatnya. 

Namun hati masih dalam dilemma, sama ada mahu tidur di KL Sentral, ikut serta qiam (yang saya tak pasti mana tempat dia) atau pergi kat hentian Masjid Jamek untuk cari mana-mana hotel kat Jalan Masjid India. 

Keputusan : Tidur di KL Sentral.

Sebelum melelapkan mata, beg laptop, beg DSLR disembunyikan dengan telekung dan sejadah agar orang tidak 'terliur' melihatnya. 

Tidur. 
.
.
.
Tersedar, bunyi vacuum. Seorang lelaki sedang membersihkan ruangan surau. 

Allah. Sungguh nikmatnya tidur tatkala badan begitu letih. Teringat satu analogi seorang sahabat, 

 "Ilmu terasa begitu bernilai, apabila kita dahagakannya dan mencari-carinya."

Lelaki tersebut tidak berkata apa. Hanya terus mencuci ruangan surau itu. Rasa tak sedap hati, saya bingkas bangun dan keluar. 

Allah. Tidak tahu ke mana hendak melangkah. Dalam hati tak putus-putus berdoa dan meletakkan sepenuh kepercayaan pada Allah. Allah, manisnya rasa tersebut. Ya, masa itulah dirasakan sangat bahawa bantuannya pasti tiba dan sebenarnya Allah memang sedang menjaga saya. 

Tidak lama selepas itu, ibu call. Allah. Tak sanggup nak jawab, sebab takut empangan pecah masa bercakap dengan ibu. Lantas saya biarkan panggilan itu tak terjawab. Risau ibu risau. 

Teringat pelawaan seorang akak tadi untuk ikut bersama qiamullail yang mereka anjurkan. Maka tangan mengambil telefon bimbit (yang hampir kehabisan bateri dan yang malangnya, tak bawak charger pun!) untuk mesej akak tu. 

"Salam akak. Ni Jasmin, yang masa kursus tadi. Akak, saya nak gi qiam tu. Kat mana tadi eh?"

"Wslm wbt. Qiam kat Keramat. Nanti adik naik LRT, berhenti kat Damai. Nanti dah nak sampai bagitau ye?" 

"OK, inshaAllah akak. Terima kasih banyak-banyak akak!" 

Alhamdulillah. Itulah bentuk pertolongan Allah. Saya tersenyum, lega. Alhamdulillah, berulang-ulang kali terucap. Tak tahu mana satu LRT, maka bertanya. Biar nampak bodoh sekali, asal tak menyesal. Alhamdulillah, berjumpa abang guard kot siap tolong ajar lagi untuk beli coin LRT tu. Alhamdulillah. Semacam tak percaya saya sedang berdiri untuk menunggu LRT untuk ke Damai. 

Namun, semasa menunggu, saya didatangi seorang lelaki. Gayanya tua setahun dua daripada saya. Saya sudah mula berdebar. Cuak. Menggeletar. Ya lah, dengan bawa beg laptop, beg DSLR, siapa tidak terliur dengan gadget-gadget tersebut. 

"Assalamualaikum kak." lelaki tersebut menyapa. 

"Waalaikumussalam..." saya jawab sepatah. 

"Akak saya nak mintak tolong boleh? Saya nak pegi balik rumah ni, tapi tak de duit. Saya perlukan RM5." kata lelaki tersebut. 

Terus saya teringatkan kata-kata kawan-kawan yang memberitahu bahawa di Kuala Lumpur ramai yang minta duit dengan bermacam taktik. Namun, saya cuba bersangka baik. Bak kata seorang ustaz,

"sama ada dia tipu atau tidak, tu urusan dia. Bagi sahaja apa yang termampu sebab kita pun masih tak pasti orang yang minta sedekah tu benar atau tidak. Kalau benar kita dah bantu dia. Kalau tidak sekalipun, mungkin kita dah bantu orang lain yang mungkin akan jadi mangsa dia selepas tu." 

Saya hulurkan saja RM5 seperti yang dia mahu. 

"terima kasih kak. err, tapi saya perlukan lagi RM35 ni kak. Tolong lah kak, untuk bayar rawatan mak saya"

'eh, nak lebih pulak dia ni...' getus hati saya. Saya pula dah tak mampu nak bersangka baik. Alhamdulillah, terasa bantuan Allah tiba lagi sekali. LRT telah sampai awal daripada masa yang dijangkakan. Dengan terburu-buru, saya memasuki LRT tersebut. 

Alhamdulillah. Sekali lagi Allah melindungi. Apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Bukan untuk bersangka buruk pada lelaki tersebut, tetapi berwaspada. 

Alhamdulillah. Dipendekkan cerita, saya selamat tiba di Damai. Ada akhowat jemput untuk ke Keramat. Allah takdirkan Qiamullail tu dinamakan Qiamullail Ansar, di Masjid Ansar, Keramat. Allah. Teringat kisah Muhajirin dan Ansor. Atas aqidah, atas kecintaan pada nabi, kaum Ansar membantu Muhajirin. Rasa terlalu kena dengan keadaan diri. 

Sampai sana. Borak kejap dengan akhowat. Call balik mak. Mandi. Tidur. Qiam. Esoknya daurah fiqh haji.

Alhamdulillah. Saya masih bernyawa sampai saat ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




Banyak pengajaran yang saya perolehi. 

Bayangkan, saat kaki tak tahu melangkah ke mana, tak terbayang nak tidur kat mana, ada insan yang sangat baik hati menawarkan pertolongan. 


tak pernah pun kenal, tapi atas dasar ukhuwwah dan ikatan aqidah, beliau menghulurkan bantuan. 

sampai hari ini, saya akan ingat akak tu sampai bila bila. saya akan kenang jasa akak tu.



sebenarnya, siapa yang memberikan bantuan? 
siapa yang berada di sisi saat kita dah buntu dah masa tu? 
Allah. 
Dialah yang menghantarkan akak tersebut untuk menghulurkan bantuan. Sebenarnya Allah, melalui perantaraan akak tersebut. 

terfikir, betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah. Kalau kenang balik peristiwa tersebut, memang boleh mengalir air mata ni. Sebab mengenangkan betapa Allah lah yang ada di sisi saat kita rasa dah tak ada orang lain untuk bergantung harap. 

Boleh saja Allah biarkan diri ini terkontang kanting, tak pun kena entah apa apa terjadi di suatu tempat yang asing. 
Akan tetapi, ia tak berlaku. 
Kerana apa?
Allah jaga. Allah jaga, dan masa itulah terasa benar kasih sayang Allah pada diri ini. 

Dan andai saya rasa bantuan akak tu dah cukup besar, terfikir, nikmat, bantuan dan kasih sayang yang telah Allah beri semenjak kita dalam rahim lagi. Cuba fikirkan. Dalam rahim, bagaimana Allah menyediakan tempat yang sangat-sangat selamat dan ada saluran untuk kita makan dan buang segala yang tak perlu. 

Bila lahir, Allah bagi Islam pada kita. Allah bagi macam macam. Makan minum pancaindera oksigen segala bagai. Tapi, berapa kali kita bersyukur? 



Kenangan lalu. Tapi seriyes, kalau kenang balik peristiwa di sana, seorang,  memang boleh menangis. huhu. tapi bila kat sana, action tak nangis. ego lah katakan. 

Monday, February 11

ittaqillah

Alhamdulillah, atas taufiq dan hidayahnya, semakin ramai mahu kembali ke jalan Allah. Sudah ramai juga muharrik yang sanggup menggalas beban dakwah walaupun dia sedia maklum mehnahnya atas jalan yang sangat panjang. 

Dia berkorban masa dan tenaga untuk menghadam segala pengisian tarbawi yang membakar himmahnya. 
Dia telah mendengar segala macam pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit membela umat. 
Dia bersengkang mata di malam hari untuk rukuk dan sujud kepada tuhannya.
Dia menghiasi kotak pemikirannya dengan mengenang nasib ummah yang sedang sakit. 

Tapi...

Aku sedih, rimas mengenangkan para muharik yang saling berbalah. 
Saling menyalahkan. 
Saling membuka aib masing-masing.
Saling menjatuhkan.
Allah. 

Tidak sedarkah bahawa musuh sedang menyusun langkah? 

Ittaqillah! 

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

Sayid Qutb berkata dalam tafsir Fi Zilalil Quran: “Di sini jelaslah bahawa persaudaraan itu adalah persaudaraan yang lahir dari takwa dan Islam yang menjadi tiang seri yang pertama, iaitu tiang seri yang berasaskan pegangan yang kukuh dengan tali Allah, iaitu dengan perjanjian-Nya, sistem-Nya dan agama-Nya dan bukannya persaudaraan yang lahir semata-mata bermasyarakat yang berlandaskan sesuatu fahaman yang lain atau kerana sesuatu matlamat yang lain atau persaudaraan yang berasaskan pegangan pada sesuatu tali yang lain dari tali-tali jahiliah yang banyak.”

aku meyakini, pasti ada pelangi menanti. 
Lokasi : Baituna Azzahra, Desa Ilmu.


Wahai kau yang mendendangkan gendang perjuangan
Ke mana ukhuwwah dan akhlak islamiyyah yang kau laungkan? 


Wahai saudaraku. 
Wahai saudaraku yang bersama dalam langkah perjuangan ini.
Takutlah kamu pada Allah.
Takutlah kamu pada Allah.
Takutlah kamu pada Allah.

Allah tahu apa ada di hatimu.
Allah tahu setiap langkah perbuatanmu.
Allah tahu segala-galanya.

Apakah tidak ada lagi titik temu kita? fikir-fikirkan.