Wednesday, August 25

Panggilan Itu: Pembakar Semangat vs Serba Salah

Assalamualaikum & hye peeps~

Sekarang tepat jam 1:27a.m. Otak Jasmin sudah tepu dengan nombor-nombor yang mungkin dibawa oleh neuron2 merayau ke dalam otak ni. Mata Jasmin pulak masih lagi segan silu nak tertutup. Mungkin terlebih tidur petang tadi kot. Hmm. Jasmin sendiri tak tahu apa la nak jadi dengan Jasmin ni. Sejak masuk asasi ni, pandai pulak tidur petang. Sebelum ni, tak pandai pun tidur petang. Malam-malam ni, selepas duduk sorang-sorang dengan roomate pun dah hanyut entah ke mana dibawa mimpi, tiba-tiba Jasmin terfikir balik cita-cita Jasmin. Mampukah Jasmin capai cita-cita tersebut? Mampukan Jasmin untuk tidak mengecewakan ibu ayah Jasmin yang  telah memberi "greenlight" untuk Jasmin mencapai cita-cita Jasmin? Tadi terima mesej dari ayah:

"Buat apa tu Dr. Jasmin? Study elok2....jangan main-main...mak dah rindu kat Dr."

Ya Allah, betapa luluh hati ni! Panggilan Dr. Jasmin oleh mak ayah sudah cukup membuat Jasmin serba salah. Sungguh tinggi harapan mereka. Takut Jasmin mengecewakan mereka. Tidak kurang jugak ada sesetengah sahabat tu memanggil Jasmin dengan nama sedemikian rupa. Jasmin sedar panggilan tersebut boleh jadi satu doa yang istiqamah. Tapi, Jasmin takut tidak mampu. 

Haizzz....kenapa la boleh merayau sejauh ni pemikiran ni! Astaghfirullah...banyak sangat fikir yang bukan2 la ni! Apa-apapun Jasmin! Jangan menyerah sebelum sampai ke penghujungya! ni baru permulaan (walaupun dah dekat nak habis 1st sem)..eh2,,tak sesuai...bukan baru permulaan..tetapi masih belum terlambat. Jangan menyerah Jasmin. Kau MAMPU! InsyaAllah.



Apa-apapun sahabat-sahabat sekalian, doakan Jasmin ye. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik. Saya akan jadikan panggilan tersebut sebagai pembakar semangat!! InshaAllah!

WikiIslam SPREADS the FALSE TEACHING of ISLAM!!!!

Assalamualaikum & hye peeps~

Petang tadi, semasa sibuk-sibuk menyiap tugasan IT, Jasmin terdengar bunyi "pop" daripada FB chat Jasmin. Hairan jugak, siapa la yang chat pada petang-petang begini. Jasmin terus menggerakkan cursor untuk meng"klik" ke tab Facebook. 

Tiba-tiba, terpampang satu nama yang budak-asasi-mana-tak-kenal pada tab chat fb. Nama yang Jasmin sangat familiar tetapi kali pertama muncul dalam tab chat fb. YDP rupanya...

YDP: Salam...jasmin...
Jasmin: Salam.
YDP: Ni ada satu artikel ni, sy nak mintak pendapat awak.
Jasmin: kejap ye..baca dulu.

Lantas Jasmin mengklik link tersebut. Ya Allah, panjangnya. Bahasa Inggeris pulak tu. Bahasa Inggeris yang bukan calang-calang bagi orang yang lemah Bahasa Inggeris macam Jasmin ni. Apa-apa pun, Jasmin gagahkan jugak untuk membaca artikel tersebut.

Setelah membaca dua tiga kali artikel tersebut, astaghfirullahalazim?? apakah ini propaganda "mereka" untuk memburukkan Islam??? Adakah wajar bagi menyatakan bahawa Rasulullah minum arak dan arak tinggi darjatnya kerana merupakan air yg terdapat di syurga? Adakah patut menyatakan bahawa Islam menganjurkan pukul isteri? Adakah wajar menyatakan puasa melemahkan ekonomi Islam dan ibadah haji menyebabkan kematian??? Dan yang paling menyebabkan Jasmin marah, patutkan Rasulullah SAW, insan paling agung dinyatakan sebagai seorang pedophilia???????? 

Astaghfirullahalazim. Begitu hebat perancangan "mereka" memburukkan nama Islam! Apa2pun, terima kasih kepada YDP kerana menyebabkan saya peka dengan benda-benda macam ni. Bagaimana kalau WikiIslam.com ini menjadi bahan rujukan orang bukan Islam? Atau orang Islam itu sendiri. 

Bak kata YDP, 

kalau yang mengetahui kebenarannya, mereka akan menolak...
kalau yang masih samar-samar, mereka akan bertanya sebab keliru....
kalau yang main terima membuta tuli sahaja, mereka akan ambil bulat2 isi tersebut! 

Takut laman ini diterima 100% oleh mereka yang main tangkap muat sahaja...

Sahabat2...tolong2la sebarkan info ini! demi Islam! Demi agama kita yang tercinta...adakah sanggup kita melihat agama kita diburukkan dan dipersendakan hanya kerana kita MALAS meluangkan 5 minit kita untuk menyebarkan info ini????

Tuesday, August 24

rindu tarbiyyah~

Assalamualaikum & hye peeps~

Agaknya setelah sekian lama Jasmin tak update blog, alhamdulillah hari ni terupdate jugak akhirnya. Begitulah akibatnya Allah tarik sedikit nikmat masa terluang dan idea. Siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan rahmat dan nikmatNya. Sekadar ibarat buih di lautan luas tanpa bertepi! 



Rasanya masih belum terlambat agaknya Jasmin mengucapkan salam ramadhan al-mubarak buat sahabat-sahabat sekalian. 


Sedar tidak sedar, hari ni sudah 15 ramadhan, yakni pertengahan bulan ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Masa berlalu terlalu pantas sehinggakan kadangkala Jasmin sendiri terasa "dipancung" oleh masa. Teringat kata-kata Imam Al-ghazali..

"perkara yang  paling jauh meninggalkan kita adalah masa"



Ramadhan, tetamu yang dirindui...belum terlerai lagi rinduku padamu, kau kini hampir berlalu. Sedih sungguh apabila mengenangkannya. Adakah Ramadhan kali ni telah aku manfaatkan sebaik-baiknya untuk mendekatkan diri kepadaMu? Teringat kata-kata sahabat di UNIMAS,

"bulan ramadhan, ingat misi kita....30 hari mencari cinta dan redha Ilahi...kita hanya ada 30 hari sahaja. Manfaatkan sebaik2nya. Kita kene tamak melakukan ibadah2 pada bulan ramadhan ni..bukan bermakna kita cinta Ilahi hanya 30 hari sahaja....tetapi sepanjang hayat kite...cinta kite kepada sang pencipta...jangan biarkan ia bermusim...sebab cinta pada ILAHI tak pernah bermusim...istiqamah sampai ke bulan-bulan lain! dan sampai ke nafas terakhir"

Ramadhan...sudah sampai ke pertengahannya dan kini hampir ke penghujungnya. Ini bermakna berkurangnya 1 peluang Ramadhan Jasmin dan kita semua. Jika sebelum ini mungkin kita tinggal 50 kali peluang Ramadhan, kini tinggal 49 kali...lepas tu 48,47,46,45.....1...0...tapi yang menjadi persoalannya, sempatkah diri Jasmin ini untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? 

Sekali lagi Jasmin teringat akan kata-kata Imam Ghazali

"perkara yang paling dekat menghampiri kita adalah kematian"

berbincang soal kematian pulak, cukupkah bekalan yang Jasmin bawak???? sedangkan seorang abid yang beribadah selama 60 tahun yang meminta amalannya ditimbang, amal baiknya tidak dapat menandingi berat nikmat matanya..apatah lagi Jasmin yang jauh lebih kerdil! 



Ya Allah, aku benar-benar takut. 
Hatiku telah  tercemar. 
Aku tidak mampu lagi merintih dengan penuh keinsafan...
airmataku enggan untuk mengalir kerana takutkanMu. 
Allahu Allah...
apakah ada lagi ruang buat hambaMu... 
yang hina lagi kerdil ini...
 untuk berada dalam golongan yang sentiasa bermujahadah rindukan kasihMu?

Ya Allah...
aku sedar sesungguhnya aku tidak layak untuk berada di syurgamu. 
Tetapi aku turut sedar betapa gentarnya dan tidak sanggupnya aku untuk berada di nerakaMu. 
Ya Allah, ampunilah segala dosaku. 
SesungguhNya selama ini aku khilaf dalam mengingatiMu. 
Aku tenggelam dalam urusan duniawi..
seringkali aku lupa Allahu Ghayatuna...
ALLAH MATLAMAT KAMI...

tapi,adakah dgn hati kita yang penuh kelalaian ni,
penuh kealpaan ini,
Redha Allah,Kasih Allah,keampunan Allah,
apatah lagi syurga ALLAH
bisa kita gapai dgn begitu sahaja?

"Ataukah kamu mengira
bahawa kamu akan masuk surga,
padahal belum datang kepadamu
(cobaan) seperti (yang dialami)
orang-orang terdahulu sebelum kamu. 
Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan
dan diguncang (dengan beragai cobaan),sehingga
rasul dan orang-orang yang berman bersamanya 
berkata,"Kapankah datang pertolongan Allah?"
Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah 
itu dekat."

(surah Al-Baqarah:214)

 


Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Tuesday, August 17

bukan kejam....tetapi menuntut ilmu...NIAT KENA BETUL!

Assalamualaikum & hye peeps...

Jasmin nak cerita sikit-sikit tentang frog dissection. Mula dengan tangkap katak. Jasmin memilih untuk menangkap katak di padang kawad. Mula-mula memang tak dapat apapun. Mungkin sebab terlalu ramai dan agak bising. So, Jasmin dan Damia decide nak tangkap katak berdua je. Sebab kalau fikir2 balik, kalau bising, mesti katak tu lari. Pada mulanya, Jasmin berkata...

"siap ko katak..malam ni habis la kau...taubat cepat2..esok aku nak dissect kau..."

masa tu memang seekor katak pun tak muncul. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba sahabat Jasmin, Damia berdoa yang bunyinya lebih kurang macam ni...

"Ya Allah...Kau tunjukkanlah maner katak2 tu..sesungguhnya kami nak timba ilmu..bukan sengaja berlaku kejam.."

Tidak lama selepas itu, Jasmin merasakan ada sesuatu yang melompat di kaki Jasmin. Ya..tak lain dan tak bukan, ia merupakan seekor katak! Lepas dapat tangkap seekor, seekor lagi...lepas tu dapat pulak banyak katak dari seorang abang ke pak cik..Jasmin sendiri pun tak tahu. Apa yang penting, lepas doa tu, kiteorang punyer rezeki semakin murah...

Dan katak kita adalah dari species Hyralana Erythrea sp.



Di sini menunjuknya betapa kuatnya kekuatan doa. Niat jugak kene betul. Niat, setiap perbuatan dimulakan dengan niat. Apa yang diniatkan, tu lah yang kita dapat. 

Hari DISSECTION!

Tidak dinafikan, Jasmin agak menggeletar bila memikirkan bab2 bedah ni. Tak sampai hati katanya. Tapi bila dah tangan tu pegang gunting dan pisau utk dissect, ketakutan tu hilang entah ke mana. Mungkin telah dibunuh oleh Pak Cik Curious kot. 



Dalam dissect katak tu, Jasmin amat kagum dengan betapa Allah menjadikan organ-organ dalaman katak tersebut dengan begitu rumit. Semuanya mengikut aturan masing-masing. Macam mana Allah ciptakan reproduction system dan excretion system dalam satu system sahaja  iaitu urogenital system dan kesemuanya dikeluarkan dengan 1 exit sahaja iaitu cloaca. Macam mana Allah jadikan ovary yang rupanya sangat padat tetapi masih lagi mampu untuk dimampatkan dalam female frog. SubhanAllah. Sungguh hebat ciptaan Allah. Adakah ini masih tidak cukup untuk membuka mata hati minda kita? 

Jasmin tinggalkan lagu ni sebagai penutup..


sekadar perkongsian...

Assalamualaikum & hye peeps~

Walaupun mata ni agak mengantuk, tetapi digagahkan jua mata dan jari ni untuk mengisi blog Jasmin yang tidak punya apa-apa ini. Jasmin baru sahaja balik dari ceramah intelek anjuran Unit Pengurusan Masjid UNIMAS (UPMU). 



Ceramah tersebut bertajuk (kalau tak silap) Mahasiswa Islam Pencetus Empayar Islam. Jasmin hari tu memang rugi sangat-sangat sebab datang agak lewat ke ceramah tersebut. Tetapi pepatah Inggeris ada menyatakan "better late than never" kan? 

Antara yang sempat Jasmin coretkan:

3 Metode Perubatan yang seringkali diamalkan oleh Rasulullah SAW.
1. Minum madu.
Tidak dinafikan, madu mengandungi 1001 khasiat yang boleh mencegah pelbagai jenis penyakit.  Allah telah berfirman:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
(Surah An-Nahl:68-69)

Sekarang, banyak penemuan khasiat madu oleh para saintis sedangkan Al-quran telah menemukan khasiat madu lebih kurang 1400 tahun yang lalu.Tidak dapat dinafikan lagi Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia. Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:

Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”. 
 (Surah Ali Imran: 191).

2. Berbekam 
Berbekam merupakan teknik pengubatan wahyu yang diilhamkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah SAW bersabda:

"tidak aku melewati para malaikat pada malam Isra' melainkan kesemuanya menganjurkan kepadaku: Ya Muhammad, hendaklah kau melakukan bekam."

3. Memanfaatkan sumber alam semulajadi sebagai ubat.
Sumber alami seperti kurma, buah zaitun dan habbatus sawda mengandungi khasiat yang tinggi. Habbatus sawda sendiri sebagai contoh, terdapat hadis Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". 
(Riwayat Bukhari)

Jika nak tahu lebih lanjut khasiah habbatus sawda, tanya je dengan pak cik google dan mak cik yahoo. 


APA KAITAN DENGAN KITA? BAGAIMANA MAHASISWA BERILMU DAPAT MENGEMBALIKAN EMPAYAR ISLAM YANG DULUNYA PERNAH GEMILANG? 

Ingin sekali saya memetik kata-kata Pak Soekarno:

Beri aku 10 orang tua, aku akan menggegar Indonesia, tetapi, beri aku 10 mahasiswa, nescaya aku mampu menggoncang dunia"

Di sini, ternyata dan jelaslah bahawa betapa hebat kita sebagai mahasiswa memainkan peranan dalam empayar Islam. Dalam usaha mengembalikan kegemilangan empayar Islam seperti zaman Rasulullah SAW, Zaman Khulafa' Ar-rasyidin, Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Sultan Muhammad Salahuddin Al-Ayubi, mahasiswa tersebut hendaklah tahu hukum hakam dan syariat Islam itu sendiri. Seorang doktor misalnya, haruslah mengetahui secara mendalam syariat islam itu sendiri. Sebagai contoh kerjaya seorang doktor sudah tentu tersangat la sibuk dan kadangkala mencecah 36 jam waktu bekerja. Pembedahan yang panjang kadang kala menyebabkan solat tidak dapat dilakukan dan kadang2 miss solat. Tapi, ada jalan penyelesaiannya iaitu dengan menjamakkan solat tersebut. 

Konklusinya, jika bukan kita siapa? Jika bukan sekarang, bila? Renung2kan? Tepuk dada tanya IMAN!






Friday, August 13

mampukah aku?

Ya Allah...
mampukah aku...
memikul amanah itu....

Ya Allah...
layakkah aku...
memegang tanggungjawab tersebut...

Ya Allah...
dapatkah aku...
melaksanakan tugas itu...
sebaik-baiknya...

Ya Allah...
aku takut aku tidak mampu..
semuanya kacau bilau...
kerana kekurangan dan kejahilan diri ini...

Ya Allah...
aku tidak punya apa...
kadangkala diriku sendiri tidak terpimpin...
apatah lagi memimpin orang lain...

Ya Allah...
aku lemah...
dalam menegakkan yang hak...
menghalang yang bathil...
tapi kenapa...
aku yang dipilih...
diriku tak punya apa...

Ya Allah...
jika itulah ketetapanMu...
aku redha...
jika itulah kehendakMu...
aku terima...
jika di situ letaknya redhaMu...
aku pasrah...
kerana Engkaulah Penguasa alam raya...
yang Maha Mengetahui segala sesuatu...
Maha Mengetahui yang terbaik buatku..

Ya Allah...
doaku hanyalah..
Engkau kurniakanlah kekuatan kepadaku...
bantulah aku di medan perjuangan ini...

-SALAM MUJAHADAH-
doakan yang terbaik buat ana. 
Tahniah wa takziah buat ana. 
Allahu Allah.....

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(2:216)

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. 
(surah muhammad:7)


Thursday, August 12

fire burning...fire burning~

Time setting: Lepas terawih (esok dah nak puasa...)
Venue: Bilik study Wing AA Kolej Seroja UNIMAS
Meeting Kolej Seroja Blok A.

Tengah tension dengar meeting dalam keadaan letih, panas, sempit dan sendat, tiba-tiba seorang kawan menerima panggilan telefon menyatakan ada bangunan hangus. Rasa memang tak percaya disebabkan macam tak logik seolah-olah panggilan telefon tersebut sekadar main-main.

Tiba-tiba, ada seorang akak tu menjenguk ke luar dan menjerit...

"hoi!!! terbakar...ada bangunan terbakar...api besar!!!"

Kita orang pun masing berlalu dan meninggalkan tempat meeting dan pergi ke tempat mesyuarat. Rupa2nya computer lab untuk asasi yang berdepan dengan Masjid Unimas yang terbakar. Api betul-betul marak dan tersangat besar. Jasmin hampir menangis dan lutut ini terasa lemah melihat api tersebut. Apa2pun, Jasmin bersyukur sebab lokasi tersebut tidak ada orang dan jauh dari kolej kediaman Jasmin. Dalam masa yang sama, Jasmin sangat risaukan sahabat2 Jasmin yang terlalu...sorry to say..mengikutkan darah panas orang muda yang terlalu curious sehingga sanggup berdiri terlalu hampir dengan lokasi kebakaran tanpa memikirkan langkah keselamatan yang lain. Ingat..ikut hati muda..nanti sengsara!

Jap...tengok ni. Klik sini.

Ni gambar sikit2.







Tidak lama lepas tu, terdengar muslimin melaungkan azan. SubhanAllah, semasa azan tersebut berkumandang, api tu semakin mengecil dan pergerakkannya lembut dan tidak ganas. Maha Suci Allah...kuasa Allah! Alhamdulillah, kira-kira 20minit lepas tu, api berjaya dipadamkan.

Sejurus selepas itu, bekalan api terputus! Ya Allah..dugaan apakah ini. Kami kena berkumpul di perkarangan kolej dalam keadaan gelap gelita mengikut blok masing2. Ya Allah. Sengsaranya part ni. Jasmin ni rabun malam. Tak nampak muka. Kena suluh sorang2 baru nampak. Setelah selesai taklimat, kami tak dibenarkan untuk balik ke bilik atas faktor keselamatan. So, Jasmin decide duduk kat cafe bersama sahabat2 Jasmin. 

Tiba2..seorang sahabat yang menghidap asma teruk diserang asma. Ya Allah. Dugaan. Berlaku depan2 mata! dan Jasmin yang terpaksa handlekan budak tu. Jasmin tak tahu nak buat apa melainkan call felo.Batt handphone pulak low!  Call berkali2 tak angkat. Allahu...Jasmin memang risau. Ilmu kecemasan pun tak de. Nasib baik Pak Ali tolong hantarkan budak tu. Alhamdulillah. Sahabat Jasmin ok.

Lepas tu, balik bilik masing2. Satu bilik kitaorang berkumpul 4 orang. ATAS DASAR KESELAMATAN. Alhamdulillah, tidak lama lepas tu, elektrik pulih dan segalanya kembali normal. 

Inilah ujian Allah pada malam 1 Ramadhan. 

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2)


selepas....


p/s: kempunan tak de kelas keesokkan hari..

Tuesday, August 3

Nota Cinta


Nota Cinta
www.iluvislam.com
Oleh: mushroom16
Editor: fazly_90

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.
“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,”  Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.
“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,”  Balas Wardah,  agak teruji.
“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina.  Wa!”
“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”
“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”
Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!




Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.  
Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.
Telefon hafiz berdering.
Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah
“Hafiz?”
“Ya, saya,”
“Awak sayang saya?”
“Emm, kenapa awak tanya?”
“Saya tanya sebab nak awak jawab,”
“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”
“Awak cintakan saya?”
“Ya, saya cintakan awak,”
Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.
“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.
“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”
“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”
“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”
“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.
Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?
Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.
“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”
Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.
“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”
“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”
Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!
3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.
Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…


Subject:
Nota Cinta
From:
“Hafiz Haikal”
To:
wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah.  Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang.  Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak.  Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?..  Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain.  Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua.  Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah.  Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak.  Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk.  Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat,  setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak.  Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya.  Saya tak pernah bercinta.  Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni.  Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan.  Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama.  Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana.  Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL


Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri…  Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz.  Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.
Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati.  Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya.  Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…
“Wa, bila nak menikah?  Ummi teringin nak bermenantu,”
Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah.  Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,
“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”
Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada.  Hatinya masih berdebar-debar.  Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…
“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…”  Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.
Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…