Tuesday, November 27

Kerana Ia Terus Bergerak Laju

Nota untuk saya. Untuk awak. Awak awak yang saya sayang. Ye awak, apasal tengok orang lain? Awaklaaa.
[err. mereng. sikit. *sigh*]

Kebelakangan ini, terasa benar kekelamkabutannya (eh ada ka perkataan ni?). Nak capai satu benda, benda lain pulak yang tertinggal. Nak siapkan benda ni, benda tu pulak terabai. Sekejap kat sini, sekejap kat sana. Tak boleh nak duduk diam. Allah. Hinggakan ana mengadu perkara ni kepada naqibah ana. 

Jawapan naqibah ana simple, tapi menyentuh hati. 

"Alhamdulillah, Allah masih sibukkan kita dengan kebaikan. Jasmin kena banyak-banyakkan berdoa agar kesibukan ni, Allah redha, Allah pandang sebagai amal kita. InshaAllah. "



****

Ya, jalan yang awak dan saya pilih ini adalah jalan yang sukar. Jalan di mana Nabi Adam dan para pewarisnya harus menanggung kelelahan dan kepenatan dalam menempuhnya. Kerana jalan ini juga, Nabi Nuh mengisi hidupnya penuh derai air mata. Dakwahnya selama 950 tahun, namun begitu sedikit yang beriman. Lagi menyedihkan, anak dan isterinya turut ingkar. Kerana jalan ini jualah, Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api, Nabi Ismail rela berkorban untuk disembelih. Hakikatnya jalan ini bukan jalan mudah. Nabi Yusuf rela dijual dengan harga murah dan dipenjara bertahun-tahun. Nabi Zakaria digergaji tubuhnya. Nabi Yahya disembelih. Nabi Ayub mengulat melawan penyakit. Nabi Dawud menangis melebihi kebiasaan manusia biasa. Nabi Isa dipaksa hidup dalam keterasingan. 

Dan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasalam sendiri harus hidup akrab dengan kemiskinan, penindasan, dan berbagai intimidasi. 


Sementara, apakah engkau akan bersenang lenang dalam kelalaian dan senda gurau?!

T_T

Gerabak dakwah ini akan terus meluncur laju. InshaAllah, destinasinya syurga. Sama ada dengan kita atau tanpa kita, ia akan terus bergerak. Tanpa henti.



Beruntunglah para penumpang gerabak ini. Allahu Allah. :') 

Moga kita sama sama terus berada dalam gerabak ini. Saling mendoakan ya? ^^ 


Sunday, November 25

Al-mujib


Allah bersifat 'al-mujib'. Yang Maha Mengabulkan. 
Kita mungkin dah lupa doa-doa yang pernah kita tuturkan dulu, tapi tidak pada Allah. Allah tak pernah, tidak akan pernah lupa. 
Sifat 'al-mujib' Allah ini menjanjikan bahawa Allah memakbulkan doa kita dengan cara-cara yang terindah. Cara yang tak tergambarkan oleh akal fikiran kita. Ada juga doa-doa kita pinta bertahun-tahun yang lalu, tapi Allah sedang memakbulkannya hari ini. Tidak ingatkah kita, bahawa Allah itu maha mengetahui. Sangat arif dan tahu waktu terbaik untuk kita memperoleh apa yang kita doakan itu. 
Bahkan terlalu banyak perkara yang kita tak pernah tadah tangan dan memintanya, tetapi tetap allah anugerahkan kepada kita.

 Kita tidak pernah meminta untuk menjadi Islam, kan?
Kita tidak pernah minta agar esok hari kita masih mampu melihat, kan?
Fikirkan pula siapa di sekeliling kita, yang kita sayang, apakah pernah kita meminta mereka untuk hadir dalam hidup kita? 

Tidak, bukan?

Dan Allah tetap berbaik hati menganugerahkan semua itu buat kita. Bahkan kita seolah-olah merasakan bahawa Allah pasti akan mengurniakan semua itu tanpa kita minta.
Dan,
sifat al-mujib Allah itu bukan hanya pada waktu Allah memakbulkan doa-doa kita sahaja, tapi pada saat Allah mengilhamkan dalam hati kita dan kita menggerakkan bibir kita untuk memohon kepada-Nya. Dan yakinlah, pada saat Allah mengilhamkan, Allah telah menjamin untuk mengabulkan doa-doa kita itu tadi. 
Dengan syarat, doa itu hendaklah hadir bersama hati yang khusyuk. Yakin bahawa Allah pasti akan mengabulkan doa kita dengan cara apa sekalipun yang Dia kehendaki biarpun dengan cara yang disangka-sangka. Bersangka baik sangka bahawa Allah pasti mengabulkan doa kita itu. 
Allahu rahman. 
umar al-khattab ada berkata.
“yang penting bagiku bukanlah dikabulkan doa, tetapi keinginan untuk terus berdoa. justeru, setiap kali aku terdetik untuk berdoa, pasti aku berkeyakinan bahawa bersertanya pasti ada pengabulan doa”

Tuesday, November 20

Cerpen : Mujahid Cilik [Repost]


Terik mentari pagi menyinar lagi. Tak pernah jemu, tak pernah berhenti. Sentiasa setia dan patuh menerangi alam raya termasuk bumi yang subur itu. Ya, bumi subur. Subur dengan darah para syuhada’. Bumi yang menjadi saksi air mata, keperitan serta kejerihan yang tiada terbela. Siapa tidak tahu bumi itu, bumi Palestina. Biar sudah tujuh dekad bumi itu dibasahi darah, cuma sedikit yang berani bangkit membela tanah itu.  Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda :

 “ Sesiapa yang tidak mengambil berat nasib dan hal ehwal umat Islam, maka mereka bukanlah di kalangan umat Islam tersebut”.

Penduduk di situ ibarat pelarian di bumi sendiri. Setiap hari yang dilalui oleh mereka penuh derita, penganiayaan dan penindasan. Namun, itu tidak menghalang mereka untuk mempertahankan tanah suci Al-quds. Qiblat pertama orang Islam, milik orang seluruh umat Islam.

Namun, hanya mereka sahaja yang berani tampil ke hadapan untuk memperjuangkan bumi anbiya’ itu.

Tidak terkecuali Yassir, si mujahid cilik. Yassir merupakan anak Palestina yang baru mencecah usia sebelas tahun. Anak yang sudah kenal erti sebuah perjuangan, perjuangan untuk mempertahankan Al-aqsa yang tercinta.  Dia telah menyaksikan penderitaan, tangisan, pembunuhan dan pengeboman sejak lahir lagi. Bunyi tembakan, bom dan deruman kereta kebal sudah menjadi halwa telinganya sehingga kini. 

Mungkin itulah dodoian tidurnya. 

Mungkin.

****

“Umi, umi..” jeritan Yassir itu memecah kesunyian malam sekaligus mengejutkan ibunya yang sedang bertahajjud. Ibunya bingkas bangun mendapatkan anak kecil itu. Tubuhnya dibasahi peluh, peluh dingin. Seolah-olah selepas bermimpi sesuatu yang sangat menakutkan. 

“Ada apa anakku?” suara lembut ibunya menuturkan bicara. Tenang dan menenangkan. Setenang wajahnya yang jernih, bersih. Soalan ibunya itu tiada sebarang jawapan, melainkan pelukan erat Yassir. Si ibu mengusap lembut kepala Yassir. Setelah beberapa ketika, Yassir melepaskan pelukannya. 

“Ibu, kenapa orang Islam tak tolong ayah? Tak tolong kita? Tak tolong Palestin? Bukankah kita semua bersaudara?”[rujuk Surah Hujurat:10] soal Yassir.

Soalnya persis orang dewasa. Begitu dewasa jika dibandingkan dengan usianya. Kanak-kanak lain mungkin saja sibuk membicarakan soal kartun dan superhero kegemaran mereka. Superman, Spiderman dan apa segala ‘man’ lagi. Tapi tidak pada Yassir. Tubuhnya yang kecil, namun jiwanya besar. Seringkali berbicara soal perjuangan. 



Soalan Yassir tidak segera dijawab. Hanya senyuman. Senyuman yang begitu manis daripada seorang ibu yang penyayang. Mata Yassir ditenungnya dalam-dalam. Pelukan yang menenangkan hati dihadiahkan.

“Anakku, bukankah Allah sentiasa membantu kita? Allah akan bantu hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Nak jadi orang beriman dan soleh bukan mudah. Taati perintah-Nya, bersungguh-sungguh. Tinggalkan larangan-Nya jauh-jauh. Yassir jadilah orang yang beriman, jadi orang soleh. InshaALLAH, Allah pasti membantu. Allah akan membebaskan bumi kita ini” rujuk[Surah An-nur:55]

Yassir hanya mampu mengangguk. Kepalanya direbahkan di atas riba ibunya. Ibunya mengusap-usap kepalanya. “Yassir,hidup ini umpama sebuah perjuangan. Dan kita tidak boleh berhenti berjuang walau sesaat. Tujuan hidup kita ini cuma satu iaitu untuk mengejar redhaNya. Dalam masa yang sama, untuk mengecap nikmat Islam dan mendekatkan diri kita pada syurgaNya. Begitulah hidup kita. Hidup seperti seorang pejuang. Sabarlah wahai Yassir. Bantuan Allah pasti tiba. Jika bukan hari ini, inshaAllah esok. Percayalah. Teruskan berusaha dan berdoa pada Allah.” sambung ibunya lagi. 

“Ibu, Yassir nak solat dulu, lepas tu nak doa banyak-banyak, supaya Allah bantu kita, boleh kan bu?” Ibunya cuma mengangguk sambil tersenyum. Yassir bingkas bangun. Belum sempat melangkah selangkah dua, tiba-tiba dentuman bom mengejutkan si ibu dan anak itu. Terlalu dekat bunyinya sehingga mampu menggegarkan rumahnya. Ibunya segera mengheret tangan Yassir dan menyembunyikannya di belakang almari usang rumahnya. Sekali lagi, dentuman bom tersebut memecah gegendang telinga. Biarpun sudah lali mendengar bunyi tersebut, Yassir tetap berasa kecut perut lebih-lebih lagi mengenangkan sahabat-sahabatnya ramai yang cacat akibat bom tersebut. Bom fosforus. Sekali meledak, habis. Tangan kaki semua lesap. Mata jadi buta, tangan jadi kudung.

Pintu rumahnya ditendang kuat sehingga terbuka. Yassir terus bersembunyi di belakang almari. Badannya menggigil ketakutan. Ibunya yang belum sempat melarikan diri ditahan oleh seorang tentera Zionis laknatullah.

*****


Ya, saat itu memang masih segar di dalam kotak memorinya. Meninggalkan parut yang tidak mungkin hilang pada hatinya. Ibunya hampir diperkosa. Satu persatu pakaian ibunya ditanggalkan. Semuanya berlaku di hadapan matanya sendiri. Hati Yassir memberontak. Tangan digenggam erat. Marah. Tidak rela melihat ibunya diperlakukan sebegitu rupa. Tiba-tiba, matanya menangkap rifle AK-47 yang tersangkut di belakang almari di mana dia disembunyikan. Mungkin peninggalan allahyarham ayahnya.

 Entah dari mana, keberanian menyusup masuk ke dalam setiap saraf Yassir. Tangannya segera mencapai AK-47 itu dan dia keluar daripada tempat persembunyiannya. Yassir melangkah perlahan, senapang itu diacukan. Malangnya, kehadirannya disedari oleh tentera Zionis. Segera senapang itu dirampasnya dan peluru dikeluarkan. Senapang itu dicampakkan ke arahnya. Tentera Zionis itu menggelakkannya dan berkata;


“Hey anak hingusan. Apa yang kau tahu hah??” 

“Berhenti memperlakukan ibuku sebegitu rupa. LAKNATULLAH!”

“Hey budak! Apa kau tak reti nak diam ke hah?? Hari ni, tiada siapapun akan datang menyelematkan ibu kau" herdik tentera Zionis itu. Lelaki itu terus ketawa berdekah-dekah. Bongkak dan tanpa secebis perikemanusiaan. Tangannya pantas melucutkan kain tudung yang menutupi kepala ibunya. Terserlahlah rambut hitam pekat yang panjang melepasi bahu ibunya itu.


"Jangan..jangan..." ummu Yassir merayu. Merayu untuk tidak diperlakukan begitu. Air matanya deras mengalir meminta untuk dikasihani. Namun rayuannya tidak diendahkan. Malah, tangan kotornya itu terus mengusap-usap rambut ibunya.


"Allah pasti melaknatmu. Pasti. Tunggu saja. Allah pasti menghukummu dengan azab yang keras!" tengking Yassir. Tegas, berani dan penuh keyakinan. Keberanian yang tidak ada pada anak lain yang seusia dengannya.


Allah? Mana Allah kau hah? Kononnya yang Allah kau akan bantu kau? Mana dia, mana dia sekarang ni? Aku sudah muak dengan Allah kau itu. Allah kau lemah, tak mampu buat apa-apa. Buktinya, kami dah hampir 7 dekad menguasai bumi ini. Entah berapa kali aku mendengar laungan nama Allah. Tapi, apa hasilnya? Kami tetap berkuasa! Hahahaha..”

Si Zionis gila itu terus tergelak besar. Takbur. Bongkak. Manakala ibunya yang masih terus dinodai itu menyebabkan Yassir semakin marah. Lagi-lagi apabila lelaki itu mempersendakan Allah. Kemarahan yang tidak terhingga meresap ke seluruh pembuluh darahnya. Jantungnya berdegup kencang menahan kemarahan. Marah, siapa tidak marah apabila seseorang menghina Allah? Kali ini, Yassir nekad. Nekad untuk membunuh lelaki itu. Senapang itu dipegangnya kejap dan dihalakan ke arah Zionis gila itu. 

“Ya Allah, sesungguhnya aku memang lemah ya Allah. Tetapi aku tahu, tidak pada Kau ya Allah. Kau tunjukkanlah kekuasaan Kau, ya Allah…” Yassir bertawakkal pada-Nya. Penuh pengharapan, punat senapang itu ditekannya sambil menjerit Allahu Akbar. Entah dari mana dan entah macam mana, senapang itu meludahkan pelurunya dan tepat mengenai dada kiri tentera Zionis gila itu. Tentera Zionis itu mengerang kesakitan dan naik berang. Entah berapa puluh das tembakan dilepaskan kepada ibunya. Ibunya kaku dan terus menyembah bumi.  Rumah itu bermandi darah. 

“Ibuuuuu!!!” Yassir menjerit. Tangan ibu digenggamnya erat-erat. Ibunya kini kaku longlai, tidak bernyawa. Darah merah mengalir di seluruh sosok tubuh ibunya. Tanpa sedar, air mata mengalir deras menuruni pipi gebunya itu. Hatinya terasa begitu pedih bak dihiris sembilu. Malah lebih pedih dari itu. Ingin saja dikhabarkannya kepada seluruh dunia tentang kekejaman Zionis. Bukan sahaja pada ibunya, tapi juga pada yang lain. Penumbuknya digenggam erat. Seerat-eratnya. Yassir menumbuk-numbuk lantai rumahnya. Batinnya terus menjerit. Bukan menjerit kesal atas pemergian ibunya, tetapi terkilan dengan pemimpin-pemimpin dan rakan-rakan seakidah dengannya. Konon mengaku saudara. Tetapi tidak berbuat apa yang selayaknya sebagai seorang saudara. Saudarakah itu?



Ketika kami lapar, kalian makan setiap jam! Ketika kami sedang bergelap di waktu malam, kalian disimbah cahaya lampu di merata-rata! Ketika kami dikejutkan dengan bunyi bom-bom, kalian seronok dikejutkan dengan persembahan bunga api yang bermacam warna! Ketika kami melihat ahli keluarga kami diseksa, dirogol dan dibunuh, kalian duduk dalam pawagam menyaksikan filem2 yang menghiburkan! Harta-harta, tanah-tanah kami dirampas tapi kalian berbelanja sesuka hati sehingga akhirnya wang-wang kalian sampai menembus anggota tubuh kami hingga terbunuh. Kami di sini tertanya-tanya, di manakah saudara kami?? di mana?? ya Allah, di mana??? Bukankah umat Islam itu ramai tapi di mana mereka??"

Negara-negara arab lain pula turut membisu. Apakah tidak ada apa-apa yang mampu mereka lakukan?? Paling tidak pun, ada yang menyuarakan. Menyuarakan kebencian, dendam mereka terhadap Israel . Apakah mereka tidak tahu, enyuarakan sahaja tidak cukup, kerana Israel telah ‘immune’ dengan itu semua. Bagi mereka tidak ada apa-apa ancaman jika sekadar menyuarakan.Apakah tidak ada seorang pun yang berani tampil ke hadapan? Seolah-olah, nyawa mereka dipegang erat oleh Yahudi Laknatullah. Lupakah mereka bahawa Allah-lah yang memegang nyawa mereka? Alpakah mereka? Butakah mereka??

****

Sejak peristiwa hitam pada malam itu, Yassir kini tidak punya ibu dan ayah. Kedua-duanya telah syahid. Mulai hari itu, Yassir turut berazam menjadi as-syahid seperti kedua-dua orang tuanya. Saban pagi, Yassir akan keluar dari rumahnya. Berbekalkan hanya batu, Yassir dengan beraninya melempari apa sahaja kereta kebal yang dijumpainya dengan jarak dekat. Biarpun lemparannya tidak punya apa-apa kesan kepada kereta kebal itu, dia terus melempar batu ke arah mana-mana kereta kebal yang dijumpainya. Yassir terus dengan lemparan batunya sehingga dirinya syahid dihabisin oleh Zionis Israel. Mereka takut sebenarnya. Takut Yassir apabila besar nanti menjadi sosok pejuang yang hebat. Mujahideen yang tak kenal erti takut. Tak pernah gentar. Katanya, membiarkan Yassir membesar ibarat menggali lubang kubur besar-besaran untuk mereka sendiri. Sebab itulah, anak kecil dijadikan sasaran.

Biarpun Yassir kini sudah tiada, jejak perjuangan Yassir membangkitkan serta menghidupkan semangat anak-anak kecil lain untuk berjuang. Biarpun bersenjatakan batu sekalipun.
Mesejnya cuma satu, katanya cuma satu, LAWAN! 



 

Kenapa kalian mesti takut dengan segala sekatan Israel dan kuncunya Amerika? 
Adakah kerana mereka memegang nyawa kalian?
Adakah kerana mereka memegang harta kalian? 
Buanglah wahan, 
hilangkanlah cinta dunia dan takut mati kalian. 
ALLAH jugalah yang memegang nyawa kalian. 
ALLAH jugalah yang menjaga kalian. 
ALLAH jugalah yang berkuasa atas kalian. 
  
Bukankah ALLAH sering mengulang di dalam Al-Quran,

“ Sesungguhnya ALLAH itu atas segala perkara” 

Aku ulang, hidup kita hanya sementara. 
Hanya sementara. 
Kenapa kalian sia-siakan akhirat yang selama-lamanya untuk dunia yang sementara ini. 
Apa yang kalian takutkan?  
Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah. 
Rasulullah telah mengetahui akan datangnya zaman ini.
Sabdanya,

“ Kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapart menggerumuni hidangan”
Sahabat-sahabat bertanya, “ Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “ Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn”
Sahabat bertanya lagi, “ Apakah wahn itu ya Rasulullah?”
“ Cinta dunia dan takut mati”

pesan buat diri, dan semua. 


Sunday, November 18

nak tolong Palestin, kan?

Jangan kau kira kami takut mati! 
Setitis darah menitis, 
ribuan kami akan bangkit! 

***

Heboh. Riuh. 
News feed penuh. 
Isu Palestin.
Alhamdulillah, 
ramai masih peduli. 

Demo, flashmob.
Silakan. 
Tiada masalah di situ. 
Tanda solidariti. 

Himpunan Aman untuk Palestin, UNIMAS
anjuran Aqsa Syarif - IKRAMSiswa - MyGazaMission

Solidariti. Solusi. Berbeza. 

Islam tetap solusi. 
Laksanakan Islam sepenuhnya. 
Bentuk individu muslim yang sejati.
Ikut manhaj yang diajar Baginda S.A.W.
Hidupkan agama di hati-hati setiap muslim.
'Masak' kan kalimah syahadah dalam jiwa jiwa muslim. 

Insha-Allah.
Di situlah kemenangan Islam bermula. 
Bermula dalam diri setiap umat Islam. 

Oleh itu, 
tunggu apa lagi?
Be a real muslim! 

Saturday, November 10

Serulah Dengan Hikmah.

"Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak." Masyitah berbisik sambil menghelakan lafaz. Tenang terasa apabila telah selesai menjawab soalan peperiksaan Plant and Animal Biotechnology. Dia menghayunkan langkah kakinya keluar daripada Bilik Seminar 1, CTF 1. Tangga CTF 1 yang tinggi itu dituruninya satu persatu. Terdetik dalam hatinya untuk melawat Aisyah, akhowat yang ditarbiyah bersama-samanya. 

***

'Tok, tok, tok!" pintu bilik Aisyah diketuk. 

"Assalamualaikum. Aisyah, oh Aisyah." Pintu diketuk, salam diberi. Namun tidak berjawab. Sekali lagi pintu bilik Aisyah diketuk dan salam diberi. Tetap sama. Tidak berjawab. Lantas dia mencapai telefon bimbit yang tersimpan di dalam beg tangannya. Nombor telefon Aisyah dicari dan butang dail ditekan. 

'Eh, mana Aisyah ni? Di'call' tak diangkat, diberi salam tak jawab. Tapi pintu tak dikunci. Tidur ke?'getus hati Masyitah. Terselit dengan nada bebelan. 

Maka, pintu bilik itu dikuaknya. Kelihatan Aisyah sedang khusyuk di hadapan laptopnya. Matanya fokus ke arah skrin desktop manakala telinganya disumbat dengan beats berwarna hitam. 

"Aisyah. Aisyah..khusyuk sangat sampai kita bagi salam, call, masuk bilik pun dia tak sedar. Kalau pencuri masuk ni, habislah." Masyitah membebel. Namun yang pasti bebelan Masyitah tidak kedengaran oleh Aisyah. Masyitah menggeleng-gelengkan kepalanya. Aisyah dihampirinya perlahan-lahan. 

"Hamboi! Khusyuknya dia..." Masyitah menyergah. 

"Oo Minho Oppa!" Aisyah sedikit melompat. Nama artis Korea kesukaannya terpacul keluar daripada bibirnya. 

Masyitah tersenyum. Geli hati dalam geram. 

"Hisyhhh. Hang ni! Agak-agak la. Ketuk pintu pun dak, bagi salam pun dak. Masuk-masuk je main sergah-sergah macam ni." marah Aisyah dalam loghat Kedahnya yang memekat. 

"Salam apekebendanya lagi. Aku bagi salam sebelah telinga kau pun kau tak dengar! Khusyuk  benar!"

Wajah Aisyah mencuka. Dia memalingkan wajahnya ke arah laptopnya semula. Drama Korea City Hunter ditontonnya. Manakala Masyitah pula menggelengkan kepala. Geram. Terbit rasa tak puas hati dalam hatinya. Ada ke patut, akhowat yang ditarbiyah bersikap sedemikian rupa. Siang malam korea korea korea. Malam jadi burung hantu kerana tengok korea. Pagi membuta. Korea, Anime. Sampai tertangguh segala kerja. 

'aku dulu macam tu jugak. Tengok je cerita korea segala bagai tu. Boys of Flowers, Full House aku tengok semua. Tapi aku dah buang dah jauh jauh. Dah lama ikut usrah, ditarbiyah, takkan tak faham-faham lagi kot.' getus hati Masyitah. 

Aisyah masih lagi khusyuk menatap cerita City Hunter yang terpapar pada skrin laptopnya. Sekejap tersengih, sekejap gelak, sekejap oppa oppa. Masyitah semakin hilang sabar. 

"Sampai bila kau nak tengok cerita-cerita ni semua. Jahiliyyah. Buang masa. Sia-sia!" suara Masyitah meninggi. 

Aisyah malas hendak melayan Masyitah. Dia terus khusyuk dengan cerita koreanya. Masyitah semakin hilang sabar. 

"Aisyah, kau dengar tak ni? Beginikah sifat orang yang ditarbiyah? Katanya nak Islam bangkit. Nak jahiliyyah di sekililing runtuh. Tapi, macam mana kau nak runtuhkan jahiliyah kat sekeliling kau jika jahiliyah dalam diri kau tak diruntuhkan terlebih dahulu?" Masyitah menghamburkan kata-katanya. Disokong dengan bermacam-macam dalil yang keluar daripada mulutnya.

"Ala, nak buang jahiliyah kat sekeliling ni, kenalah kenal dulu apa jahiliyah yang ada. Ni, aku tengah buat kerja lah ni. Nak kenal apa tu jahiliyah." Aisyah bersahaja. Malas hendak bertengkar. 

"Astaghfirullahal 'azim. Orang nasihat betul-betul dia jawab main-main pulak. Nak kenal jahiliyah konon. Kenal ke larut? Haa, hari ni, Dah tilawah ke belum?" soal Masyitah.

"Dah tadi. Sebelum tengok cerita aku ada baca." jawab Aisyah. Ringkas.

"Berapa muka surat?" soal Masyitah.

"Satu."

"Kau baca Al-quran tak sampai pun lima minit tapi tengok ni berjam-jam tahan. Malam kau jadi kelawar. Tak tidur tengok cerita korea. Nanti cakap tiada masa untuk siapkan assignment." Sengaja Masyitah menyebutkan perihal assignment. Minggu lepas Aisyah  dimarahi pensyarahnya di hadapan kelas gara-gara tidak menyiapkan assignment. Alasan Aisyah, tak ingat sebab terlampau sibuk.

"Ala kau ni. Rileks la. Hujung minggu kot. Aku nak rehat-rehat takkan tak boleh? Bising lah kau ni." Aisyah sudah mula rimas. Keadaan mula tegang. 

"Kalau ye pun nak rehat, takkan nak bergelumang dengan jahiliyyah ni?" 

"Ye la ye la. Aku stop sekarang. Dah? Puas hati? Dah, aku nak ke tandas kejap. Sakit perut aku dengar hang membebel." Aisyah menjawab, sambil menghayunkan langkah kakinya menuju ke tandas. 

Masyitah menggeleng-gelengkan kepalanya. Ditatapnya skrin laptop Aisyah. Dilihatnya folder yang bertajuk, 'My Passion'. Bisikan-bisikan jahat mula mencucuk dirinya untuk meninjau-ninjau laptop Aisyah. Dikliknya folder tersebut. Terpapar sub-sub folder tajuk-tajuk cerita korea. Tanpa berfikir panjang, Masyitah menekan butang 'delete'. Dan dia turut mengosongkan 'recycle bin' laptop Aisyah. 

Masyitah tersenyum. Puas. Lalu dia meninggalkan bilik tersebut. 

****
Seminggu kemudian...

Masyitah berjalan menuju ke Student Pavilion. Niat di hati untuk membeli makanan. 

"Assalamualaikum, Masyitah." suara yang sangat dikenalinya menyusup ke gegendang telinganya. Dia menoleh. Memang betul, suara murabbiyahnya. Murabbiyahnya berusia hanya setahun lebih berusia daripadanya, namun itu bukanlah kayu ukur yang perlu dilihat oleh mereka yang dahagakan tarbiyyah. 

"Waalaikumussalam, kak. Nak pergi mana ni?" tanya Masyitah. 

"Nak ke Pavi jap. Nak beli makanan. Masyitah?" 

"Sama. Jom lah akak. Kita makan sama? Ana belanja." kata Masyitah. 

"Wah. Langkah kanan hari ni. Takpe, biar akak je yang belanja. Jom." 

*** 
Di Pavi. 

"Ukhti, tadi jumpa tak tanya khabar pun. Ukhti sihat? Iman sihat?" murabbiyahnya bertanya. 

"Alhamdulillah. Fizikalnya sihat. Iman, biasalah, turun naik. Mudah-mudahan banyak naiknya daripada turun." Masyitah menjawab sambil mengacau air teh c special yang baru ditempahnya. 

"Haa. Tahu tak, yang ahli halaqah enti nak keluar daripada halaqah ni. Tak tahan katanya." 

"Siapa kak?"

"Aisyah."

"Astaghfirullah. Apa aku dah buat?" monolog Masyitah. 

"Kenapa ni ukhti? Macam muka bersalah semacam je ni." murabbiyahnya bijak mengagak. Itulah dinamakan sebagai kehalusan perasaan. Boleh merasakan apa yang dirasakan orang lain. 

Dengan suara yang lemah, Masyitah menceritakan apa yang telah berlaku antara dirinya dan Aisyah tempoh hari. 

"Ukhti, niat enti untuk menegur tu memang baik. Tetapi caranya kurang berhikmah dan maafkan ana, ia tidak tepat."


"Ana fikirkan yang ana boleh tinggalkan semua jahiliyah-jahiliyah tu, kenapa dia tak boleh? Itu yang ana tegur dia habis-habisan, buang semua movie korea dia. Biar dia tak sentuh lagi benda-benda tu semua."

"Kita tak boleh menganggap semua orang sama dengan diri kita. Setiap orang penerimaannya berbeza. Kita kena bijak mengadaptasi suasana. Kesilapannya memang perlu ditegur, tetapi perlulah dengan cara yang lebih tepat."

"Ana pun rasa macam tu. Silap ana tegur terlampau keras."

Dan enti kena fikir, cuba bayangkan, mungkin dia dah bertahun-tahun bergelumang dengan jahiliyyah tu. Maka, kita tak boleh nak expect dia boleh berubah dalam masa yang singkat. Ingat ukhti, dalam berdakwah ni, kena berseni. Kena faham mad'u kita. 

Murabbiyahnya menyambung lagi.

"Dan sebenarnya, enti tidak perlu menyusahkan diri mengubah dia sekeras itu. Cukup tugas enti dengan melaporkannya kepada ana, murobbiyahnya. Di dalam halaqoh ana akan berikan pemahaman yang sesuai kepadanya. Di dalam halaqoh, itu saat yang terbaik untuk menegur, kerana di saat itu seseorang memang bersedia untuk mendengar dan membuka mindanya. Kalau enti paksakan dia mendengar ketika dia sedang seronok tengok movie Korea, tentu dia tidak akan mengambil pengajaran sama sekali."

"Afwan ukhti, ana khilaf. Ana tak tahu berdakwah dengan berhikmah."

"Tidak mengapa. Ini pengajaran untuk kita bersama. Tarbiyah langsung daripada Allah, buat kita jadikan pedoman dalam mengharungi jalan dakwah yang penuh liku ini. Semoga dakwah kita semakin berhikmah."

"Insya-Allah..."

p/s : Alhamdulillah, akhirnya siap. Rewarding myself with something I love to do. Lepas habis exam lah katakan. Ohoi. Lama dah ingin share benda ni, cuma masa tak mengizinkan. Moga dapat ibrah. Ameen. Selamat bercuti. 

Kata Fathi Yakan, 

Dalam membimbing manusia kepada kebenaran, kesabaran yang tinggi diperlukan. Kerana masyarakat memiliki ragam yang pelbagai. Ada yang menganggap tiada yang lebih penting daripada kepentingan peribadinya. Orang seperti ini terkadang tidak akan berpuas hati sehingga menemui si Da'i untuk menceritakan masalahnya, tanpa memperdulikan masa dan kondisi si Da'i. Mungkin dia akan menemui tatkala kita sedang makan, ataupun ketika kita sedang tidur untuk beristirehat. Semua ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk tetap terus membimbingnya dengan baik.

Kerana seorang Da'i yang sebenar adalah Da'i yang hidup untuk orang lain dan bukan untuk dirinya sendiri, berusaha untuk membahagiakan orang lain meskipun harus mengorbankan kebahagiaan peribadi. Semua itu dilakukan dengan sebuah keyakinan bahawa apa yang dilakukannya akan membuahkan keimanan di hati mad'unya, dan yakin bahawa apa yang diusahakannya akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT pada hari hisab.

Saturday, November 3

Thank You Allah!

Alhamdulillah wa syukrulillah.

Setelah 5 hari sejak datangnya 'sesuatu' itu, akhirnya terluah dan terungkai juga pada malam ni. Alhamdulillah, hati  telah membuat keputusan dan membulatkan tekad. Akhirnya boleh bernafas dengan lega. Bibir sudah mampu mengukir senyuman [ceh hyperbole je].



Alhamdulillah.
Allah beri jalan.
Allah permudahkan.
Allah sudah rungkaikan segala.

Apa pun kekusutan di minda, apapun masalah yang datang, maka kembalilah kepada Dia Yang Mengizinkan masalah dan dilema itu untuk datang kepada kita. Apabila kita dilanda satu dilema dan berdiri di satu persimpangan hingga memaksa kita untuk memilih, kembalilah padaNya. Kerana Dialah yang lebih mengetahui.



Dan rasa sepenuh pergantungan padaNya, itulah satu kenikmatan sebenarnya.


Beristikharahlah.
Bukan hanya sekali, tapi berkali kali.
Hingga hati merasa yakin.
Dan betul-betul tekad dengan sesuatu keputusan tersebut.

Dan jangan lupa untuk beristisyarah. Mintalah pandangan daripada insan-insan yang terdekat. Mungkin, lebih mudah, berkongsilah dengan murabbiyyah. Kerana mereka lebih berpengalaman dan lebih mengetahui daripada kita.

InshaAllah, istikharah itu menjemput keyakinan dalam hati, dan istisyarah itu boleh membantu kita menilai pro dan kontra di setiap keputusan yang ada. Maka, dengan keyakinan dan pendapat-pendapat yang bernas daripada insan-insan yang kita sangat tsiqah padanya, inshaAllah, itulah keputusan yang terbaik.

Alhamdulillah. Inilah keputusannya. Dan ana yakin, inilah yang terbaik untuk ana dan yang paling penting, untuk kelangsungan dakwah itu sendiri. InshaAllah.

Allah.
Hari ini sungguh membahagiakan.
Terima kasih ya Allah. ^^

ps : maaf andai post macam lompat sana lompat sini. janji nak hapdet 10 minit je sebab dah pening baca Developmental Biology. huhu. doakan ye. nak hekzem minggu ni. ^^