kenangan di Kubah National Park, Mukhayyam GenQ.
mentari cemerlang menyinari alam,
gunung teguh mencengkam bumi,
bayu lembut memukul pipi.
ombak setia menerjang pantai.
melihat alam raya,
betapa aku malu,
malu pada mentari yang bercahaya,
taatnya pada tuhan tak pernah sirna.
malu pada gunung yang menjadi paksi,
zikirnya pada tuhan tak pernah henti,
malu pada sang bayu yang lembut berpuput,
patuhnya pada tuhan tak pernah luput.
malu pada ombak yang memukul pantai,
percayanya pada tuhan tak pernah tercerai.
sedang aku,
dikatakan tuhan sebaik-baik ciptaan.
kadang ingat selalu lupa pada Tuhan,
lupa akan matlamat hidup insan,
bahawa perhambaan seorang insan itu, hanya pada Tuhan
No comments:
Post a Comment