Tuesday, March 27

di bawahnya sungai-sungai yang mengalir

Assalamualaikum & hye peeps. 


Lately post yang lebih bersifat peribadi heh. Langsung tidak membangkitkan iltizam mahupon intelektual para pembaca. *ceh, bajet orang ramai baca blog dia. 


Apapun, alhamdulillah. Hari ini memperolehi semula semangat yang hilang. Hari yang lebih bersemangat dan ana sedar ana harus bangkit. Andai berterusan tidak bersemangat, maka bagaimana pula ummah mampu dibina? tinggal angan-angan tinggal impian.... *gasping*


Ya, Islam kemungkinan besar takkan sampai kepada kita andai Rasulullah s.a.w cepat putus asa.
Islam takkan berkembang andai Rasulullah s.a.w berterusan sedih dengan halangan yang mendatang.
Islam takkan BANGKIT andai KITA LEMBIK dengan dugaan cabaran yang dihadapi. 


Ingatlah janji Allah, jika kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu. refer [47:7]






Para daie ilallah, 
apa yang kita hadapi sekarang, tidaklah sehebat yang dihadapi pejuang terdahulu dari kita. 
Mereka berjuang dengan darah, mereka berjuang dengan seluruh harta mereka. 
Kita? Sumbangan baru sedikit, sudah dirasakan terlalu besar. 
Ingat, semangat jihad kita masih belum diuji. Belum. 


Para daie ilallah,
tahukah kamu perdagangan yang menjanjikan keampunan dari Allah?
perdagangan yang bisa menyelamatkan kamu dari azab api neraka?
perdagangan yang pada akhirnya memperolehi tempat yang sumpah osem yang di bawahnya mengalir sungai-sungai?
perdagangan yang menjanjikan kemenangan yang agung?
perdagangan itu, Allah yang bagi semua modalnya. 
Kehidupan kamu, masa kamu, duit kamu, SEMUA DARI ALLAH.
Sekali lagi penegasan, SEMUA! 


Para daie ilallah,
Allah membeli harta dan jiwamu dengan syurga.
adakah sesuatu yang lebih osem selain dari syurga?


Luruskanlah niatmu hai sahabat,
membina ummah menggapai hidayah
tetapkanlah langkahmu hai sahabat
tapaki jalan perjuangan.....


wallahu a'lam


p/s: inshaAllah minggu ni, midsem. Doakan ana. Umat islam harus cemerlang heyyyy! Orang yang ditarbiyyah harus hebat heyyyyy! heh. 


p/ss : macam mana nak jadi seorang yang seriyes? tak banyak gelak? huuuu. 

Saturday, March 24

Si Dia yang kita lupa

Assalamualaikum & hye peeps. 

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk mencoret tinta di ruangan yang entah apa apa ini. Memang betul lah kata As-syahid Imam Hassan Al-banna, tanggungjawab melebihi masa yang ada. 

Setiap kali diri ini membelek planner, nafas seolah-olah tersekat-sekat. Setiap malam, ada sahaja yang perlu disantuni. Setiap hujung minggu, pelbagai program "membina batu-bata" diadakan. Jujurnya, ana mula rasa study entah ke mana, dakwah entah ke mana, hubungan dengan Allah pun tak berapa nak settle, dengan manusia? Susah nak cakap. Mungkin silap ana sendiri, tidak bijak mengurus masa. Contoh yang sejelas terang tak perlu guna torchlight untuk menyuluh, tulisan ini. (cakap sekda masa, sempat lagi...) 

Sekali lagi, secara jujurnya semenjak dua menjak, ana berasa sangat bawah [baca:down]. Mungkin apabila bersama sahabat-sahabat perjuangan, tiada siapa berjaya mengesan kebawahan ana. Yalah, ana jenis yang sentiasa berjaga-jaga, agar tiada siapa pun tahu yang saya sedang bawah dan ana tidak tahu untuk menceritakan masalah yang sedang ana alami. Kadang-kadang terasa nak pecah kepala, remuk hati, sesak dada menanggung seorang. 

Tercari-cari. Siapalah yang layak untuk ana mengadu? Yang sentiasa menjawab aduan ana? Yang sentiasa alert andai ana bawah? Pernah sekali ana mengharapkan pada manusia sekeliling ana, mungkin jawapannya hanya lebih mengecewakan ana.Masih tercari-cari. 

Allah. 
kebergantungan yang kita sentiasa lupa. 
yang sering menjawab aduan kita, walaupun kita berterusan melakukan maksiat.
yang sentiasa alert yang kita sedang down tanpa perlu kita menceritakan padaNya.
YA. KITA SENTIASA LUPA INI. 



Saban hari, saban waktu, pelbagai ujian, dugaan, cabaran, mehnah dan tribulasi melanda kehidupan kita. Kita kadangkala lemah. Maka pada masa ini, kita perlu bergantung pada Yang Maha Kuat. Hanya dengan KekuatanNya sahaja mampu melenyapkan kelemahan yang kita ada sekaligus menitipkan secebis kekuatan buat kita. 

Fitrah manusia, bila mana kita mengadu, kita rasa dihargai, sangat suka apabila aduan kita terjawab. Ana sendiri, amat arif bilamana kita mengadu kepada manusia, jawapannya hanya mengecewakan. Ana cakap nak jumpa, nak bincangkan masalah, tiada siapa yang boleh menyantuninya. Ana minta tolong, sukar sekali hendak menghulurkan bantuan. Ada kalanya tiada siapa yang alert yang ana tengah down. (yalah, kadang2 perlu sedikit kata2 semangat, pendorong. Allah, seriyes ana rindu mak ana.) Sakit. Sangat sakit rasanya. T_T

Tapi, jauh berbezanya dengan Dia. Aduan kita pasti terjawab. Tanpa perlu meminta, Allah sendiri menawarkan kepada kita supaya pintalah padaNya.  [40:60]

Oleh itu, Allah lah tempat terbaik untuk mengadu. Tempat terbaik yang sering kita lupa. Tempat yang tanpa ada rasa kecewa. 

Wallahu a'lam. 

P/S : mungkin ana sendiri perlu bermuhasabah. ana sendiri belum lagi menyantuni orang orang sekeliling saya dengan sebaik-baiknya. Allah..



Thursday, March 8

warkah untuk kamu.

Post ini mungkin berbahaya bagi mereka yang geli geleman dengan ayat ayat jiwang karat. Tapi tak salah kalau berjiwang-jiwangan kepada yang halal. ehe. ;)




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum adik-adikku (sejak dalam DnT, banyak pulak adik.hehe)
Pertama-tamanya, akak minta maaf andainya nukilan ini mengambil masa kalian semua. Entah mengapa, hati akak tergerak, meronta-ronta untuk menulis ini. Mungkin rindu kot. hehe ;) 


Adik-adik fillah,
Dalam kita bergerak di atas jalan ini, 
ya, jalan Dakwah dan Tarbiyyah,
Jalan ini sumpahhhh panjang,
Ada kalanya kita tersungkur,
Ada kalanya kita penat,
Ada kalanya kita lelah.


Adik-adikku,
Akak hanya insan biasa,
Masih banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki,
Maaf andainya akak lalai,
lalai dalam membimbing kamu semua, 


Kadang-kadang, 
akak tak perasan, 
mungkin ada masanya akak tidak menunjukkan contoh yang baik,
mungkin ada kalanya akak mengabaikan kamu semua,
mungkin ada ketikanya juga akak tidak berlaku adil kepada kamu semua.
mungkin ada saatnya akak tak memberi perhatian yang sepatutnya,
mungkin ada waktunya akak tak menghulurkan bantuan sekiranya kamu memerlukan,
mungkin dan mungkin lagi. :'(


Sungguh Ya Allah,
ampunkanlah hambaMu ini,
hambaMu ini lemah,
sangat lemah,
tidak kuat, 
serba kekurangan,
sangat memerlukan kekuatan dari-Mu....


Sungguh Ya Allah,
ilmu hambaMu ini sungguh sedikit,
seni dakwah, seni menaut hati-hati masih perlu digilap,
Aku begitu mencemburui Rasulullah S.A.W,
Murabbi yang agung. 
Bantulah aku meneladani baginda, Ya Allah. 






Adik-adikku yang akak sayangi kerana Allah,
ya kerana Allah,
kerana Dia-lah yang menemukan kita,
kerana Dia-lah yang menghubungkan hati-hati kita, 
Sungguh, akak berharap, 
agar hidupmu dilimpahi kasih sayang daripadaNya,
agar kita sama-sama berpegangan tangan menuju syurgaNya kelak,
agar muka-muka inilah yang bersama-sama di syurga...


adik-adikku, 
akak tahu, 
jalan yang kita lalui,
jalan mudah yang sukar,
ya, mudah, jalan mudah yang Allah dah janji untuk menjauhkan kita dari azabNya,
sukar, banyak dugaan,
banyak mehnah dan tribulasi yang perlu kita tempuh...


akhir kata, wahai adik-adikku sayang,
tatkala kamu lelah, teruskan berlari, biarlah kelelahan lelah mengejarmu,
tatkala kamu lemah, teruskanlah berjalan biarlah kelemahan lemah mengikutimu,
takkala kamu *futur, teruskanlah bertahan, biarlah kefuturan futur mennyertaimu,
adik-adik,

moga kamu dan akak semua kekal di jalan ini. 
inshaAllah. 


*Penyakit futur ini menukar sama-sekali perlakuan pelakunya daripada seorang rajin dan semangat bekerja kepada sikap malas, putus asa, menunda atau berlambat-lambat melakukan pekerjaan.


Monday, March 5

pipit

taken at student pavi, unimas.
Pada mulanya, hanya seekor dua sahaja burung kat sini. Tapi bila ana tabur sebutir demi sebutir nasi, jadilah banyak macam ni. SUNGGUH mereka comel! 

Dari Umar bin Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu tawakal kepada Allah dengan ketawakalan yang sungguh-sungguh, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu seperti Allah memberikan rezeki kepada burung, pergi pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

"Pergi pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang..."

Jelas, konsep tawakal hendaklah disertai dengan usaha :)