Monday, July 29

Rojak India.

21 Ramadhan.
Sudah menjelang 10 malam terakhir Ramadhan.
Sudah terampunkah doa?
Jangan berhenti berharap.
Rahmat Dia terlalu luas.

Semalam, saya mendengar khabar begitu banyak kematian.
5 orang yang saya kenali.
Allah, cukuplah kematian itu sebagai satu tazkirah yang terbaik.
Dan Dia?
Masih memberi kita peluang untuk terus bernafas dalam udara Ramadhan.
Tapi masih terus menerus bermaksiat padaNya,
Berat melakukan ketaatan padaNya.
Malu.

Dan mungkinkah tahun hadapan kita kan berjumpa lagi?
Wallahu a'lam.

****

Kuasa cinta pada Dia, merawat luka cinta pada dia.
Apabila cinta Ilahi yang diburu, segalanya sembuh semula.

Alhamdulillah, hati yang luka terawat semula.
Ajaibnya cinta pada Dia,
Merawat luka cinta pada dia.

****

Ramadhan, hentian RnR daie.
Futur? Cari semula himmah yang hilang.
Ya, Ramadhan inilah titiknya.
Kerana kau akan gali semula cinta pada Dia,
Kau akan cinta pada perintahNya,
iaitu dalam menggalas tugas Syahadatul Haq ini.

Moga aku temui semula himmah yang melemah.
Agar teguh menggalas tugas dakwah,
Agar bisa menongkah segala jahiliyyah.

****

1 minggu sudah OpsSoMe (Ops Social Media)
Fb dan twitter.
hanya dijenguk sejam sehari atau bila perlu.

Mengurang 'attachment' pada social media, sekaligus berjaya mengurangkan 'attachment' pada benda-benda lain. Hati jadi lebih tenang. Alhamdulillah.

Alhamdulillah,
baru saya sedar.
Banyak masa sebenarnya,
dan banyak benda yang boleh kita lakukan.

patutla ada kata-kata yang begini,

"masa itu yang sangat diperlukan manusia tapi masa adalah yang paling teruk pengurusannya oleh manusia"

Allah pun dah kata,
Wal 'asr. Innal insaana lafii khusr.

Allah dah bersumpah, kerugian manusia ada pada masa.

Time,
use it or lose it.

****

30 hari mencari cinta.
Sudah jumpakah?
Tingkatkan momentum ibadah.
Moga kita menjadi orang bertaqwa.

Assalamualaikum,

Wednesday, July 24

iman telur mata.

Lelaki itu, matanya berwarna perang muda. Alis matanya lentik sekali. Wajahnya peranakan Arab. Namun, tubuhnya dibasahi peluh dan ada kesan-kesan darah pada bajunya. 

Dia mendekati saya. Dengan termengah-mengah dia bertanya, 

"kau tahu apa makna syahid?" 

Saya hanya senyap. Lidah kelu, tak mampu menjawab. Dia berkata lagi,

"kau, iman kau, amal kau, lebih ringan daripada telur mata!"


Saya terbangun. Tengok jam, 4 pagi. Allah, alhamdulillah, mimpi rupanya. 




***


Disebabkan mimpi itu, saya kebingungan. Kebingungan sepanjang hari. Pelik. Mimpi yang sangat pelik. Walaupun bunyinya agak kelakar kerana iman dan amal itu dibandingkan dengan telur mata, tapi, itu tidak mendatangkan kesan apa pun. 

Yang lebih mendatangkan kesan, ok, mesti pernah tengok macam mana telur mata kan? Berat ke ringan? Ringan kan? Dan cepat je habis kalau dimakan kan?

Dan lebih menakutkan, iman dan amal saya dikatakan lebih ringan daripada itu menurut mimpu tu. Allahu rabbi. Bergetar badan dengar. 

20 tahun hidup. Amal yang dibuat lebih ringan dari telur mata? 

Allahu rabbi....

Saya terbayang, bagaimana jika ia benar-benar berlaku, Nama dipanggil seorang demi seorang untuk dihisab amalan. Dan Allah kata, 

"amal baik lebih kurang daripada amal jahat."

Allah. tak terbayang macam mana. Naudzubillahi min dzalik. 

Mati, itu bila-bila masa. Menjemput siapapun. Tak kira tua muda miskin kaya. Kerana syaratnya hanya hidup. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. 

Dan itu bukanlah persoalannya. Persoalan yang utama, bagaimana kita menghadapi hari kematian. Walaupun mati, itu bukan mati sebenarnya. Ia hanya permulaan hidup. Hidup di alam yang lebih abadi berbanding dengan alam dunia yang menggila ini. 

Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya tentang siapakah orang yang pintar di antara manusia, jawab baginda, "Mereka itu ialah orang yang memperbanyakkan mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian."

Dan kita? 
Jika Allah jemput kita sekarang, Allah tarik nyawa kita pada saat ini, amal manakah yang lebih berat? baik atau buruk? 

Buatlah sebanyak manapun kebaikan hatta dengan memberi makan burung sekalipun, kerana kita tidak tahu amal mana yang Allah terima. 

Saya teringat kisah Imam Hasan Al-banna di mana pada suatu hari beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah di suatu majlis dan beliau adalah orang yang terawal sampai. Beliaulah penceramah, beliau jugalah yang menyusun kerusi-kerusi sehingga ada yang melarangnya untuk menyusun kerusi. 

Tahu apa yang beliau jawab?

"Aku tidak tahu amal menyusun kerusi atau memberi ceramah akan membawaku ke syurga"

Subhanallah, ini jawapan yang sungguh hebat dari insan yang cukup hebat. Moga Allah merahmati beliau.

Saya menulis, adalah satu peringatan buat diri. Kadang-kadang masih ada jahiliyyah yang melekat dalam diri ini, berkira-kira untuk buat kebaikan. Sama-samalah kita terus beramal dan bekerja, kerana kita tidak tahu amal mana yang Allah terima. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang suka bertemu serta bersedia untuk bertemu dengan Allah seperti yang Rasulullah shalallahu 'alayhi wasalam sebut dalam hadis baginda, 

"Sesungguhnya orang mukmin itu, ketika dijemput oleh maut, digembirakan dengan memperolehi rahmat Allah, maka diapun amat suka untuk bertemu Allah, maka Allah S.W.T. pun suka bertemu dengannya. Manakala orang kafir pula ketika dijemput oleh maut, diberitakan kepadanya akan mendapat azab Allah, lalu dia pun benci bertemu Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya."

Moga beroleh syurga. 
Jom, dah lepas separuh ramadhan. 
Make full use of it. 
Jom, melaju vavavuuum!



Monday, July 22

Ramadhan Target : TO GET RID OF AN ADDICTION/ATTACHMENT TOWARDS SOCIAL MEDIA

Sebelum memasuki bulan Ramadhan, saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang ingin saya capai semasa bulan Ramadhan dan inshaAllah, akan berterusan walau Ramadhan telah berakhir. InshaAllah, doakan. 

Salah satunya adalah

TO GET RID OF AN ADDICTION/ATTACHMENT TOWARDS SOCIAL MEDIA

Saya sedar, ini adalah misi paling sukar dalam senarai target Ramadhan saya, maka saya telah membahagikan action plan saya kepada beberapa fasa. 

7 Ramadhan :  memadamkan aplikasi Facebook dan Twitter daripada henfon
Oleh kerana sekarang semuanya boleh access on mobile, senang je nak capai guna henfon. Maka dengan memadamkan apps media sosial ini, ada la sedikit sebanyak mengurangkan masa untuk online bila berada kat luar. Perasaan? Tipu kalau kata tak rasa apa-apa. Gelisah, bosan, semua ada terutamanya masa menunggu. Maka sebagai substitution, saya akan membawa apa-apa sahaja buku, atau substitute sahaja dengan membaca Al-quran, kan lagi bagus?

9 Ramadhan : Azam digenggam penuh tabah. Eh? silap silap. Azam nak online sejam petang, sejam malam.
Ehm. this. the most difficult part. Agak sukar pada awalnya, dan selalu je break the rule. Tapi alhamdulillah, sudah mula boleh ikut peraturan tersebut. Post pun dah mula jarang-jarang. Alhamdulillah. 

Dan azam sebelum memasuki 15 Ramadhan adalah hanya log in 1 hour before I go to bed dan hanya log in bila benar benar perlu. 

Malam ini, last update on FB dan twitter, dan I've declared on both of these social media. Kenapa declare? Well, kalau nak update dan tweet pun jadi malu sebab orang dah baca kan? So, itu motivasi! 

Kenapa buat benda ni? Bukan FB tu boleh jadi medan dakwah ke?

Ehem, benar. Tapi saya sendiri lebih kenal saya, so mungkin ini caranya untuk buang jahiliyyah yang bertompok dalam diri. 

Saya ni, boleh dikatakan terlalu attached dengan benda-benda ni terutamanya lepas ada smart phone. I did realise about it, tapi masih lagi buat. Mungkin dengan tindakan drastik seperti ini boleh membantu membuang 'false attachment' saya terhadap benda-benda ini. 

credit : Google Image
Kerana saya risau, saya risau hati ini dah attach kepada perkara duniawi semata-mata. Bukan beerti tak boleh, saya tak kata begitu, kalau nak guna medium ni untuk Islam, silakan, tapi overly-attached to it like what I did seriously it is not good. 

Dan apa yang paling merisaukan, saya risau bila rasa terpisah dengan social media lebih menggelisahkan daripada terpisah dari Tuhan, that's all. Itulah yang paling saya risaukan selama ini. 

Kerana sepatutnya dalam hati kita, dunia bukanlah perkara yang besar, tapi Allah lah yang paling besar. Dan moga-moga, dan doakan, misi saya berjaya, dan kekal hingga bila-bila. Moga masa kita boleh dikurangkan dengan benda-benda ni, dan kita substitute kepada benda yang lebih bermanfaat, inshaAllah. 

***

 Credit : err. tak tau nak credit siapa, but credit kepada yg hantar gambar ni kat saya. 


What is in our heart is what we treasure most,
and what we treasure most surely is in our heart. 
May Allah is our treasure, 
We value most.

And may Allah, only Allah is in our heart.

I hope, worldly matters are not our biggest concern, 
I hope, being separated from it are not our biggest anxiety. 
InshaAllah

Do pray for me. For all, for ummah. 

Friday, July 19

la'allakum tattaquun.

Humairaa' mengah. Tak pernah-pernah jogging satu pusingan tasik. Aisyah nun dah ke depan, dah masuk dua pusingan. Masih lagi meneruskan lariannya. 

"Haih, akak sorang ni, kalau berlari memang tak ingat dah kita kat belakang ni." bebel Humairaa'. Nafas ditarik dalam-dalam untuk membayar hutang-hutang oksigen yang berlaku setiap penjuru badannya. Otot-otot menjerit-jerit dah mintak nyawa. Setelah nafasnya kian stabil, dia berjalan menuju bangku yang berdekatan. 

Pandangan matanya dilontarkan ke arah tasik. Tasik di Desa Ilmu, tempat biasa dia 'lepak' kalau kepala serabut. Tak tahu kenapa, dia suka duduk situ. Tenang. Cuma kadang-kadang, sakit jugak la mata dia tengok sampah-sampah atau lebih mesra dia panggil Abang Sam. Tak faham dia macam mana la orang boleh buang sampah merata. Civic minded entah ke mana. Jauh lagi ketinggalan dari negara lain. 


Gambar : Tasik Desa Ilmu. 

'Dah 11 Ramadhan.' sekadar monolog. Sambil mata jauh memerhati matahari yang sedang berada di ufuk barat itu. 

'dah dapat taqwa ke aku?' dia sambung lagi. Jauh dia termenung. Tengok jam, 5.30 p.m.

"Haaaa.", suara dari belakang datang menyergah. Badan Humairaa' bergetar, terkejut. 

"Akak ni, selalu macam ni kan? Nasib baik la jantung saya ni sihat lagi tau" Humairaa' membebel. Dia memang jenis yang mudah terkejut hatta dikejutkan dengan benda kecil sekalipun.

"Aseef, aseef. Ingat sedar tadi. Hmm, termenung jauh nampak. Entah apa la yang dia fikir tu?", tanya Aisyah sambil membetulkan badannya untuk duduk di sebelah Humairaa'.

"Tak kak, terfikir. Hari ni 11 Ramadhan, kejap lagi Maghrib dah nak masuk 12 Ramadhan. Dah dapat taqwa ke tak saya ni?"

"Tu biar Allah yang tentukan, inshaAllah, kalau kita sungguh-sungguh taat padaNya, kita doa agar amalan kita diterima, inshaAllah, taqwa tu akan jadi milik kita."

"Akak, ce akak terangkan sikit macam mana dengan puasa kita dapat taqwa?"

"Ermm, sebenarnya banyak aspek bagaimana kita boleh dapat taqwa tu, tapi inshaAllah, akak try explain apa yang termampu. Humairaa' ingat tak ayat mana yang menyuruh kita berpuasa?"

"Alhamdulillah, ingat akak. Surah Al-baqarah ayat 183." 

"Ingat tak makna dia?"

"Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."

"Hebat adik akak sorang ni. Allah kata dalam ayat ni, kepada orang-orang yang mempunyai iman, Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu, seperti mana orang sebelum kamu. Siapa orang sebelum kamu itu?"

"Bani Israel?" teka Humairaa'.

"Yup. Bani Israel. Allah juga pernah menyuruh mereka berpuasa. Tapi kalau kita tengok awal-awal surah Al-baqarah, Allah kata, mereka takde taqwa pun. Dan Allah juga menyuruh kita untuk berpuasa, sebab apa?"

"moga-moga kita dapat taqwa, kan? Tapi apa kaitan dia?"

"Haa, akak nak tanya, apa yang Humairaa' rasa sekarang?" Aisyah memulangkan soalan.

"Err, in term of?" 

"Ermm, rasa lapar? Dahaga? Badan lemah sedikit?"

"Adalah sikit, dahaga tu memang lah. Lapar, dari tadi dah buat konsert Ghazal untuk Rabiah."

"Haaa, dari situ laa." 

"Err, still can't get the point. Explain further please?" 

"Maksudnya, masa dahaga dan lapar, tekak kita menjerit-jerit, nak air, nak air. Perut kita pulak dah membebel-bebel, heey apa jadi ni? mana supply makanan? Kan?"

Humairaa' mengangguk-angguk. Aisyah menyambung lagi. 

"Nak tak nak, tekak kita merayu-rayu untuk dibasahi, perut kita merayu-rayu untuk diisi. Badan kita pulak dah rasa lemah-lemah. Tapi ada satu kuasa yang menentang rayuan tekak dan perut kita tu, hingga kita tak menuruti rayuan tekak kita, perut kita. Kerana kita tahu, jika kita ikutkan rasa tekak dan perut kita, maksudnya kita melanggar perintah Allah."

"And the point is?" Berkerut-kerut dahi Humairaa'. Masih belum dapat apa yang hendak disampaikan. 

"The war is going on inside you. The physical war. Your throat is against you, your stomach is against you. Your body is getting weaker and begging you, 'please disobey Allah, please disobey Allah.'. And you stay the entire day of fasting fighting your body and say, 'No! My heart is submitted to Allah.'. Dan sebenarnya secara tidak langsung, masa kita berpuasa, kita melatih hati kita untuk mengawal anggota-anggota badan kita."

"Maksudnya, secara tidak langsung, hati kita menjadi lebih kuat. Tak gitu?" Humairaa' bertanya. Nampaknya sudah mula memahami apa yang ingin disampaikan.

"Yes. Exactly. Tu lah yang akak nak sampaikan. Dan bila selepas Ramadhan, inshaAllah hati kita akan lebih kuat, dan boleh mengawal segala kehendak anggota kita. Tak makan suka hati, tak tengok suka hati dan sebagainya. Dan akak nak tanya, taqwa tu letaknya kat mana?"

"Kat sini." jawab Humairaa' sambil tapak tangannya diletakkan di atas dada. 

"Ya, hati. Pada hati itulah taqwa. Dan pada bulan ramadhan ini, Allah nak latih hati-hati kita supaya lebih kuat menepis kehendak-kehendak nafsu. Ditambah lagi dengan supplement-supplement hati yang lain, qiam, tilawah, solat. Maka moga-moga lepas ramadhan ni, kita jadi hambaNya yang lebih baik. InshaAllah. Itulah yang dikatakan 'moga-moga kamu menjadi orang bertaqwa' dalam ayat tu. Dapat tak?"

"Alhamdulilllah. Faham dah kak. Jazakumullahu khayran jaza'. Moga-moga dah lepas 1/3 Ramadhan ni kita lebih melaju. Ramadhan Vavavuum, bak kata APG. Eh kak, dah nak pukul 6 ni. Tak lama lagi nak berbuka. Jom balik? 

"Jom."

jika benar kau makhluk terbaik, bukti?




kenangan di Kubah National Park, Mukhayyam GenQ.


mentari cemerlang menyinari alam,
gunung teguh mencengkam bumi,
bayu lembut memukul pipi.
ombak setia menerjang pantai.

melihat alam raya,
betapa aku malu,
malu pada mentari yang bercahaya,
taatnya pada tuhan tak pernah sirna.
malu pada gunung yang menjadi paksi,
zikirnya pada tuhan tak pernah henti,
malu pada sang bayu yang lembut berpuput,
patuhnya pada tuhan tak pernah luput.
malu pada ombak yang memukul pantai,
percayanya pada tuhan tak pernah tercerai.

sedang aku, 
dikatakan tuhan sebaik-baik ciptaan.
kadang ingat selalu lupa pada Tuhan,
lupa akan matlamat hidup insan,
bahawa perhambaan seorang insan itu, hanya pada Tuhan

Thursday, July 18

bro, akhlak lu macam mana?

Umat Islam amat mudah dipermainkan oleh isu. 
Bila isu pasangan Cina belum Muslim itu memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh dengan ucapan selamat berbuka puasa dan siap ada cop halal lagi, semua sibuk pung pang pung pang.
Tak habis dengan isu itu, timbul pulak isu anai-anai makan 22 juzuk al-Quran. 
Tak habis lagi, timbul pula isu air minuman rambut Rasulullah shallallahu 'alayhi wasalam. 
Tak selesai lagi, datang pula isu serunding 30 juzuk.

Jika islam hanya pada isu, 
jangan harap dapat manfaat sekalipun sebesar tisu. eh? 

ok. sambung.

Ana tidak berniat hendak menjelaskan betul salah hukum hakam dan sebagainya, cuma ana nak kita sama-sama berfikir tentang satu perkara. 

Akhlak yang indah, 
antara sunnah terbesar Rasulullah shalallahu 'alayhi wasalam yang dilupakan. 

Setinggi mana pun ilmu, 
Dari kulit ke kulit, 
Dengan ilmuan mana pun anda bertalaqqi, 
jika akhlak sumbing, 
hina caci cerca,
tegur keras tak kena dengan orang,
pada ana tiada guna. 

Maaf, mungkin kasar, 
tapi ana sudah rimas, 
rimas dengan ilmuan, orang yang belajar agama, hentam orang sini sana.
tak cukup dengan itu, siap jaja-jaja kesalahan orang kat facebook twitter bagai. 

Cuba kalian fikirkan, 
jika kalian kasar dalam menegur, 
sebetul mana pun apa yang ingin anda sampaikan, 
fokus yang ditegur itu adalah pada cara anda menegur, 
bukan apa yang ingin anda sampaikan. 

hinggakan, 
point anda orang tak dapat, 
tapi yang terkesannya,
akhlak anda yang sumbing itu.

ingat bro, akhlak. Akhlak. 

dan akhirnya dengan itu, orang nampak Islam berpecah belah.

Cuba teliti hadis ini....

Daripada Anas RA, beliau telah berkata, “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang Arab Badui (a’rabi) lalu berdiri sambil kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah SAW pun berteriak, “Apa yang dilakukannya, apa yang dilakukannya?!” Namun Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian menghentikan kencingnya, biarkanlah ia meneruskannya.” Mereka pun membiarkannya sehingga ia meneruskan kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil Arab Badui itu dan bersabda, “Sesungguhnya masjid ini tidak patut terkena kencing dan kotoran sedikit pun. Masjid ini hanyalah untuk zikrullah ‘Azzawajalla, solah dan membaca Al-Quran.” Lalu beliau menyuruh seorang antara mereka untuk mengambil sebekas air dan menyiramkan pada tempat yang dikencingnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

lihat, betapa hikmahnya cara nabi. Subhanallah. Andai kita mengambil teladan akhlak baginda, ana pasti, tidak ada lah berlaku hina caci bagai, tidak adalah label melabel, tidak adalah kutuk dan tidak adalah orang melihat kita berpecah belah. 

Dear muslim friends, wake up. 
Ummah di sana sedang bersatu padu nakkan keamanan, 
menentang kezaliman, 
kita di sini pula menjemput perpecahan. 

Selamat berfikir. 

maaf post kucar kacir, mudahan ada yg tersampai, janji nak online sejam. hehe.


Saturday, July 13

Pengorbanan

Pengorbanan. 

Mungkin biasa didengar, namun hendak melakukan memerlukan mujahadah yang cukup tinggi. Lebih-lebih lagi ia melibatkan sesuatu yang kita suka. 

Bila bercerita tentang pengorbanan, ana sepanjang hari semalam, sepanjang masa terasa efeknya, teringat-ingat, sampai begitu sekali ana terkesan. Kadang-kadang hingga mengalir air mata. Malu.

Sungguh. Ana sungguh terkesan akan pengorbanan seseorang yang inshaAllah saya cintai keranaNya. Tidak perlulah ana menceritakan apa yang beliau telah korbankan tapi yang ana pasti, ana sendiri pun tak mampu nak berkorban sampai sebegitu rupa. Hatta mungkin yang kecil-kecil ana tak mampu! 

Malu. 

credit : Google Image


***

Berkorban di Jalan Dakwah

Bila disebut soal berkorban, apa yang tergambar?

Beban. 
Berat. 
Sulit.
Merugikan.
Menyakitkan. 

Macam-macam perkara negatif. Memang. Kerana berkorban bermakna mengorbankan kepentingan dirinya sendiri demi kepentingan sesuatu selain diri. Dan ia akan merasa berat bagi hati-hati yang tidak memahami urgensi pengorbanan itu terutamanya dalam dakwah.

Namun bagi hati-hati yang memahami esensi sebuah pengorbanan itu, langsung tiada istilah negatif yang dirasakan. Segalanya hanya manis, baik-baik sahaja. 

Malah dia meyakini kalam Tuhannya,

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. 
[QS al-Baqarah:261]

Dia juga meyakini kata-kata agung kekasihNya, Rasulullah s.a.w, 

“Barangsiapa menafkahkan sesuatu dijalan Allah maka akan dilipatgandakan sampai tujuh ratus kali lipat”. (HR. Ahmad)

Agar Berkorban itu Menjadi Ringan

Agar berkorban itu menjadi ringan, perlu adanya cinta. Perkara itulah yang paling dia cintai. Maka, agar berkorban di jalan dakwah itu menjadi ringan, maka dakwah adalah sepatutnya perkara yang paling dia cintai. Kerana ia meyakini bahawa inilah jalan-jalan yang dilalu para nabi. Dia meyakini bahawa jalan inilah yang membawanya ke syurga. Ya, yakin.

Ana teringat kisah para sahabat yang sanggup berkorban demi kelangsungan sebuah dakwah itu. 

Kisah Saidina Abu Bakar radhi Allahu anhu di mana beliau mengorbankan seluruh hartanya untuk hijrah. 

Rasulullah bertanya, “Adakah harta yang engkau sisakan? Ia menjawab, “Ada pada Allah dan Rasulnya.” 

Kerana apa? Kerana cintanya kepada dakwah itu. Cintanya pada Rasulullah shallallahu alayhi wasalam. Dan paling penting, kerana cintanya ia pada Allah. 

Zaid bin Haritsah pula tidak merasa takut melesak ketengah barisan musuh di perang Mu’tah. Kerana yang ia cari adalah syahid dijalan Allah. Ia telah menjual dirinya kepada Allah dengan syurga sebagai harganya. Inilah yang Allah gambarkan dalam firmanNya:

Sesungguhnya Allah Telah  membeli dari  orang-orang  mukmin  diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. 
(QS. At-Taubah:111)

Semuanya Kerana Cinta
Dengan mencintai dakwah sebagai wujud kecintaan kita kepada Allah kita akan merasa ringan ketika harus berkorban dijalannya. Seperti seseorang yang mencintai isteri dan anaknya maka ia akan rela berkorban untuk mereka. Seorang sahabat yang benar-benar mencintai sahabatnya pasti sanggup mengorbankan apa sahaja demi sahabat yang dia cintai. Atau seperti seorang lelaki yang mencintai seorang gadis, ia akan rela melakukan apapun demi mendapatkan cintanya.
Seorang hamba yang mencintai Allah dengan sepenuh hatinya ditanya tentang kebiasaannya yang suka memberikan hartanya dan mengorbankan jiwanya di jalan Allah tanpa perhitungan, apa gerangan yang membuatnya demikian? 
Ia mengatakan, “Suatu ketika aku mendengar sepasang manusia yang sedang mabuk cinta berbisik-bisik di tempat yang sunyi. 
Sang pemuda berkata kepada gadis di sampingnya, “Aku, demi Allah sangat mencintaimu sepenuh hati, tapi mengapa engkau selalu berpaling dariku.” 
Gadis itu menjawab, “Jika engkau benar-benar mencintaiku, apa yang hendak engkau persembahkan sebagai bukti cintamu.” 
Pemuda itu berkata, “Akan aku persembahkan seluruh jiwa ragaku untukmu.” 
Hamba Allah itu berkata, “Ini adalah kisah cinta sesama makhluk, bagaimana jika yang dicintainya itu adalah Sang  Khaliq yang layak untuk dipuja dan disembah?”
Kedua, membiasakan diri dalam berkorban. Para nelayan yang sudah terbiasa menghadapi ombak dan badai serta dinginnya angin malam tidak merasa berat dengan semua itu, mengapa? Kerana mereka sudah biasa. Dengan membiasakan diri untuk berkorban kita akan merasa ringan. Oleh kerananya sejak dari awal sejatinya dakwah harus disertai dengan semangat pengorbanan dan dibiasakan untuk berkorban baik harta, tenaga, waktu bahkan jiwa. Jika perlu diri kita harus dipaksa untuk berkorban agar hal itu menjadi sebuah kebiasaan. Dan yang  harus  memaksanya adalah diri sendiri, bukan orang lain. 
Sunnatullah Perjuangan.
Pengorbanan merupakan sunnatullah dalam perjuangan. Tidak ada kemenangan tanpa perjuangan dan tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan. Untuk mencapai suatu tujuan yang sukses dari sebuah upaya perjuangan, maka pengorbanan merupakan suatu hal yang wajib.

Bila seorang yang ikut berdakwah tidak memiliki daya juang yang besar, maka alamat lah ia akan terpental dari jalan dakwah tersebut. Demikian juga mereka yang berkorban hanya setengah-setengah, biasanya mereka akan merasa letih, kehabisan energi bergerak, merasa dirugikan dan sebagainya. Sehingga pada akhirnya mereka akan mundur dari barisan dakwah.

Dan gerabak ini akan bergerak laju. Menuju destinasi. Sama ada dengan kita, atau tanpa kita bersama. 

Maka, kitalah yang memilih, sama ada mahu bersama atau tidak. 
Dakwah tidak akan rugi apa-apa. :) 


Monday, July 1

Raining of Mercy

Humairaa’ menarik nafas panjang lalu menghembuskan semula udara bercampur air, karbon dioksida dan sedikit oksigen itu. Besar rahmat Allah. Hatta dalam setiap nafas itu terselit rahmat-Nya. Dia senyum, sambil memandang Aisyah.

[Credit ]


“Suka sangat hujan.” Humairaa’ berkata sambil tangannya mencapai kopi 3 in 1 cap Mahkota Dewa panas. Matanya memandang ke luar rumah. Hujan turun dengan lebatnya. Mereka duduk di beranda rumah Aisyah, menghadap air terjun buatan tempat bermain si ikan kap. Lepak tarbawi katanya.

“Kenapa?”

“Sebab scent dia. Awesome. Give one’s heart tranquility.”

“Indeed yang turunkan hujan lah yang bagi ketenangan tu kan?”

Humairaa’ mengangguk. Setuju sangat. Kopi 3 in 1 Mahkota Dewa dah separuh dihabiskannya. Hangatnya sesuai dengan mood hujan-hujan macam ni. Tiba-tiba Aisyah bersuara lagi,

“Imagine for a moment that it’s raining. It is pouring, heavily.”

“Tak perlu imagine dah. Memang dah depan mata dah ni. Hehe.” gurau Humairaa’

“Isy budak kecik ni. Orang serius dia main-main pulak.

“Ok ok, my fault. I’m sorry.” Humairaa’ meminta maaf sambil mengelip-ngelipkan mata buat gaya innocent. Lagi innocent dari budak darjah dua.

“And imagine that there is something very different about this rain. Tak pernah tengok kat mana-mana sebelum ni. On this day, it is not raining water. Tapi something yang lebih precious dari tu.”

“Contoh?”

“Duit RM50 berkepuk-kepuk jatuh. Tak henti-henti. Sepanjang hari. Apa yang Humairaa’ akan buat?”

“Uihh, sepanjang hari sanggup bertapa tunggu duit tu. Sampai tak tidur malam pun sanggup.”

“Amboi budak ni. Memang laa, pantang tengok duit…” Aisyah mencuit pinggang Humairaa’. Humairaa’ dah buka kuda-kuda silat gayung yang dah dia belajar zaman sekolah dulu. Pantang betul dia kalau orang main poke-poke ni.

“Respons dia, kemain lagi.” Aisyah hanya tergelak.

“Tak suka la akak.”

“ok ok, lain kali akak janji akak buat lagi.”

“Akak!!!”

“Ok, sambung-sambung. Akak tak habis cerita lagi ni.”

“Ye la ye la…”

“Bayangkan pulak sesuatu yang lebih berharga dari tu Allah nak bagi, sepanjang hari, siang dan malam sepanjang satu bulan?”

“Itu lagi masyuk kak!”


“Itulah umpamanya bulan Ramadhan. Month of blessings. It’s neither thousand dollar bills, nor trillions. But it’s the mercy of Allah subhanahu wa ta’ala. A currency that no human currency could even measure!”

Humairaa' membesarkan mata dia yang memang kecik itu. 
Nampak gaya tamak di situ.
Ramadhan kian hampir.
Seminggu lagi.

Humairaa' memasang niat nak jadi tamak.
Hee. 
Rahmat Allah, nak tamak macam mana pun tak pa lah kan? 
Senyum.

*****
RAINING OF ALLAH'S MERCY DURING RAMADHAN

[Credit : Google]

Prophet Muhammad (peace be upon him) said,
“Ramadan has come to you. It is a month of blessing, in which Allah covers you with blessing, for He sends down Mercy, decreases sins and answers prayers. In it, Allah looks at your competition (in good deeds), and boasts about you to His angels. So show Allah goodness from yourselves, for the unfortunate one is he who is deprived in (this month) of the mercy of Allah, the Mighty, the Exalted.”
 [Narrated by Tabarani]
In another hadith, The PropheT (p.b.u.h_ said: 
“Whoever fasts during Ramadan out of sincere faith, hoping to attain Allah’s rewards, then all of his past sins will be forgiven.” 
[Narrated by Bukhari]
 “When the month of Ramadan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained.” 
[Narrated by Bukhari]
And also, within this month, there is a night that is greater than a thousands month as Allah told in surah Al-qadr verse 1 - 5 
1. Verily! We have sent it (this Qur'an) down in the night of Al-Qadr (Decree)
2. And what will make you know what the night of Al-Qadr (Decree) is?
3. The night of Al-Qadr (Decree) is better than a thousand months (i.e. worshipping Allah in that night is better than worshipping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months).
4. Therein descend the angels and the Ruh [Jibrael (Gabriel)] by Allah's Permission with all Decrees,
5. Peace! (All that night, there is Peace and Goodness from Allah to His believing slaves) until the appearance of dawn.


So, what greater loss can there be than to find ourselves standing in the middle of this massive downfall of blessings without collecting all we can of Allah’s mercy?