Monday, July 19

hesh too oh

Assalamualaikum & hye peeps~

Nikmat Allah. Sangat sedikit kita mensyukurinya. Bila nikmat tersebut Allah tarik sedikit demi sedikit, mula la kita gelabah. Baru sedikit! Kalau Dia tarik sekaligus. Amacam? Ni la bukti menunjukkan kita ni hanyalah hambaNya yang lemah. Setiap masa dari saat kita lahir, nikmat Allah tak putus-putus. 

Dari ke setiap butir nasi yang kita suapkan ke dalam mulut kita, setiap teguk minuman yang kita hirup, bahkan setiap zarah oksigen yang kita sedut, kita seringkali terlupa bahawa kesemua nikmat tersebut datangnya dari Allah SWT. Lantasan itu, kita juga seringkali lupa untuk bersyukur atas nikmat kurniaanNya.




Inila yang berlaku kepada diri Jasmin sendiri. Selama ini, nikmat air jarang sekali Jasmin syukuri bahkan kadang-kadang berlaku pembaziran. Dua tiga hari ni berlaku masalah air di kolej kediaman Jasmin. Rasa budak KML pulak dalam masa 2 3 hari ni. hehe..jangan marah ye students KML...

Kadang-kadang geli hati jugak tengok diaorang (termasuk kite sendiri_ gelabah. Kalau tekanan air rendah, mulalah semua BERDUYUNNNNN TIBAAAA ke bilik air. Tiba-tiba ayat "KANDANG AEK" terpacul keluar dari mulutku. Sahabat-sahabatku dari semenanjung hanya ternganga mendengar apa yang keluar dari mulutku.

Aku lantas memberi penjelasan makna perkataan yang aku sebutkan. 

"Maksudnye, takung air...jangan pulak korang ingat air tu sejenis binatang ke apa.."

Ok...sekadar selingan. Sebenarnya, terdapat pelbagai hikmah yang tersirat di sebalik ketiadaan air dalam 2 3 hari ni. 




Kadang-kadang berada dalam zon selesa menyebabkan kita lalai dan alpa atas segala nikmat kurniaanNya...
Oleh itu, masalah bekalan air ni menyedarkan betapa besarnya dan pentingnya nikmat Allah yang sangat jarang kita syukuri. 


Selain itu, budak2 semenanjung takkan pernah dengar perkataan KANDANG AEK kalau tak kerana masalah ni. So, kira bertambahla kosa kata korang kan..kan?? 


Sebagai pengalaman baru laa... Mungkin ade yang tak pernah rase lagi macam mana rasanya tak de bekalan air ni. So kalau dah merasa tu, jangan2la membazir air lagi ye..(pesanan untuk diri...)


Apa-apa pun...korang memang sentiasa terbaikk!! hahaa..tetibe je kan??? 


2 comments:

Mimi said...

hahaha...kandang aek!! baik pny!!

Jasmin Jaraee said...

hahaha...tersasul bahh...hahahaha...