Monday, May 28

Kembara Cinta

Kembaraku bermula sejak 20 tahun 4 hari yang lepas. Ia sebuah kembara, kembara cinta menuju Cinta Agung sebagai seorang hamba dan juga khalifah. Kembara ini bukanlah aturanku sendiri yang hanyalah hamba-Nya. Tapi ia sudah direncanakan. Direncanakan oleh Yang Maha Hebat rencanaNya. Setiap yang berlaku telah direncanakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. 

Ingin aku tegaskan di sini, terbaik itu tidak mungkin datang dalam bentuk yang kita suka semata-mata, tapi juga datangnya begitu pahit untuk ditelan. Kerna Dia Maha Tahu, apa yang kita perlu. Aku teringat akan pesanan murabbiah tercinta, 


"Maka yakinlah, tiada yang mungkin-mungkin itu lebih baik daripada apa yang telah berlaku..."
.
.
.
24 Mei 2012 
Genaplah usiaku 19 + 1 tahun. 
Sepanjang kembara cinta ini, terlalu banyak nikmatNya yang dikecapi. 
Setiap hari, Allah subhanahu wa ta'ala menghadiahkan hari-hari baru buat kita.
Sedangkan hari-hari semalam tidak dimanfaatkan sebaiknya, bahkan diisi dengan maksiat.


Allahu rabbi. 
Tidak nampak lagikah kita? 
Betapa Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Allah subhanahu wa Ta'ala kepada kita? 


Terfikir sejenak,
usiaku sudah mencecah angka 20-an,
20 tahun!
Tempoh yang begitu panjang.
MAKA, 
APAKAH SUMBANGANKU UNTUK AGAMA AL-HAQ INI? 


Jazakillah khayr ya sahabat atas ucapan, doa, blog post (roommate asasi post, hehe. sweet tak?), kek dan sebagainya. 
24Mei2012 -> macam2 dugaan pada hari tersebut. 
Bagi ana, 
cukuplah Allah telah menganugerahkan antunna sebagai sahabat yang baik buat ana,
sahabat, teman perjuangan dalam menelusuri jalan ini. 


jazakillah khayr Shafa, Fara Izmyra, Elyn, Heda dan Maisa. 
saya dapat sesuatu dari benda ini. 
Moga sama-sama kita terus berjuang menegakkan agamaNya. 
pengalaman makan nasi hujan panas sama-sama kat tangga sangat best! ^^


jazakillah khayr sahabat-sahabat bulatan gembira dan akak-akak semua! 
moga kita terus sama-sama bergerak dalam saf-saf yang tersusun 
dalam menyebarkan kalimah lailahaillah. andai ana tersilap, mohon teguran.
credit to : murabbiah (kak Aishah), Kak Su, Kak Mizah, Kak Izati, Kak Abid, Mas, Aini, Dzatul, Najiya, Kak Pijan, Kak Yus, Kak Ainina & Kak Ulifah. Ana uhibbukunna fillah.




Ya,
dengan adanya antunna,
kata-kata semangat antunna,
nasihat antunna,
teguran antunna,
ana bisa jadi lebih kuat menempuh jalan dakwah ini. 


mohon doa kalian ya? 


"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh."
-Saidina Umar al-khattab- 


p/s : 
tiba-tiba teringat satu pesanan, 


Jangan biarkan virus-virus ukhuwwah menghambat kerja dakwah kita. 
Jangan biarkan kita larut dengan masalah peribadi sehingga menjauhkan diri dengan kerja dakwah. 
Jangan merajuk lama sangat. BAHAYA! 

No comments: