Wednesday, October 9

Siapa kata sibuk tak boleh cemerlang haaa?

"Hang ni dah final year. Hang fokus la pada study hang. Tak payah lah sibuk dengan usrah-usrah, daurah-daurah liqo' segala bagai tu."

"Alaa, selama ni aku busy jugak, tapi aku dean's list je?" 

"*panggg*"

ok. contoh tak berapa nak kena.  Macam ada bau-bau riak kat situ. Eh tapi perlu jugak buat cenggitu kalau dah macam tu bunyinya. Tapi tiada kaitan dengan saya okay? hoho. 

Biar sampai orang kata, 


"wahh, osemnya orang dakwah. Sibuk ke hulu ke hilir, tapi study tetap mantop. Nak join boleh?"

cenggitu haaaa.


Dakwah VS study


Ada kata-kata yang menyatakan bahawa

"Dakwah itu nombor satu, tapi akademik ini bukan nombor dua."

Ia seiring. 

"Alaaaa, sebok je hang dengan dakwah hang tu. Takde hang, Islam tetap jalan..."

Ok, memang benar. ALLAH tidak pernah memerlukan kita untuk menyebarkan agamaNya, akan tetapi diri kita ini amat memerlukan kerja sebagai pendakwah Islam, menolong agama ALLAH kerana pekerjaan inilah yang akan menyelamatkan kita di hari Qiamat nanti.

Meh tadabbur surah as-saff sekejap.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn . Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” 

Surah As-Saff ayat 10-13.

Haaa, takkan nak lepaskan peluang kot?

gambar semasa Jom Explorace adik asasi 3rd batch. Esoknya mostly ada paper utk final :)


Cemerlang? Kenapa?

Ingin saya memetik kata-kata Saidina Umar Al-khattab, 

"Didiklah anak kamu seiring zaman mereka" 

Errmm, mungkin tak berapa sesuai, tapi apa yang ingin saya ambil di sini adalah kita kena buat sesuatu tu, kenalah sesuai dengan zaman tu. Maksudnya cenggini....

Tidak dinafikan, pada zaman sekarang manusia memandang tinggi akan nilai prestasi akademik. Orang yang mempunyai pendidikan tinggi lazimnya mendapat penghormatan masyarakat sekaligus boleh mempengaruhi masyarakat dengan begitu mudah sekali. 

"Errrr, apa kaitannya?"

Cuba kaitkan kata-kata ini.

"Jangan dakwah kamu menjejaskan prestasi kamu, kerana prestasi kamu adalah dakwah kamu."

Kena ingat,
dakwah itu matlamat.
prestasi itu alat. 

Jangan tersalah.


Masih tak yakin orang dakwah boleh cemerlang?

Alhamdulillah, saya telah dianugerahkan ramai sahabat dan coursemate yang sangat hebat dalam dakwah mereka dan juga sangat hebat dalam akademik mereka. Saya masih ingat ada satu hari pensyarah kami memanggil nama-nama yang top scorer untuk midterm exam Microbiology, kebanyakan yang berdiri di depan adalah bukan Islam dan kami yang muslim yang dipanggil pada masa itu hanya sedikit.

Dan pelajar muslim itu, adalah mereka-mereka yang saya kenal sangat aktif dalam gerakan dakwah kampus. 

Tak yakin lagi?

Jom kita telusuri figur-figur orang yang berjaya dalam dakwahnya. Sebagai contoh, Ir. Dr. Muhammad Mursi. Siapa tak kenal? Cuba baca sikit info tentang Dr. Mursi di sini

Amacam? 

Beliau adalah antara yang aktif dalam gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin. Hebat kan?

Masih kurang?? 

Kita akan flashback pada masa keemasan Islam ratusan tahun dahulu. Di sana ada Ibnu Sina, seorang doktor muslim yang telah menulis banyak buku di bidang perubatan bahkan banyak lagi bidang yang lain. Karya beliau  Qonun fit tibb telah menjadi rujukan utama buku-buku mahasiswa perubatan di Eropah hingga abad ke 19.

luar biasa!!

Apa rahsianya?

Rahsianya adalah TARBIYYAH!

Saya yakin, benar-benar yakin, seseorang yang benar tarbiyahnya akan melahirkan seseorang yang mantap keimanannya. 

Dan yang pasti, 
mukmin yang sejati itu pasti akan bisa menjadi insan luar biasa. 

Kerana iman yang ada itu, beliau sedar akan tanggungjawab yang digalasnya.
Beliau sedar akan pentingnya merealisasikan amanah yang dipikulnya. 

Dan atas kesedaran itulah, dia mengerahkan sehabis tenaga untuk menjadi yang terbaik!

photo : IKRAMSISWA UNIMAS

Bagaimana Caranya?

Susun prioriti. Utamakan yang utama. Yang tak penting, tinggalkanlah. 

Perumpamaannya begini.

kita harus susun hidup kita dengan sebaik mungkin. ibarat meletakkan batu besar, batu kecil, batu kerikil dan pasir ke dalam sebuat balang. yang mana paling besar, kita letakkan dulu. oleh itu, kita letakkan batu besar dulu, kemudian isi batu kecil. Setelah itu baru isi batu kerikil dan kemudian pasir. baru boleh kita isi semua benda tersebut dalam satu balang.


Jaga hubungan dengan Allah. Banyakkan berdoa. 

InshaAllah, janganlah kita jadi fitnah untuk dakwah. 

Sama-samalah kita cemerlang. 

InshaAllah, boleh kalau kita usaha dan letakkan segalanya pada Allah. 

Jom!
Mumtaz for Ummah!

p/s: inshaAllah, andai berkesempatan, saya akan interview beberapa orang aktivis dakwah 

kampus yang cemerlang, dan inshaAllah akan cuba menulis tipsnya. doakan ^^

Tuesday, October 1

Tarbiyyah Ruhiyyah

Alhamdulillah, selamat recharge iman dan hamasah di Mukhayyam IKRAMSiswa Sarawak di Taman Negara Similajau Bintulu. Ada sedikit bingkisan daripada Bintulu untuk semua inshaAllah :) Ni adalah slot pertama, slot paling sentap yang boleh saya katakan. Huhu. 

***

Apa itu ruhiyah? Bagaimana ruhiyy boleh berbeza dengan jasad? Jom kita lihat situasi tentang perbezaan antara ruhiyyah dan jasad. Cuba kita lihat apa berlaku di Mesir itu sendiri. Yang menyebabkan mereka mampu bertahan selama 48 hari adalah kekuatan ruh yang ada pada mereka, hinggakan apabila diuji, mereka tetap bertahan dan bertahan. Dihalau dari medan Rabi’ah, mereka berkumpul semula di medan lain. Begitulah menggambarkan bagaimana kuatnya ruhiyy seseorang itu membuatkan mereka mampu bertahan. Jika bergantung pada jasad sahaja, sudah pasti telah lama himpunan tersebut bersurai.

Manusia itu Allah bahagikan kepada tiga elemen iaitu ruh, jasad dan akal. Antara ketiga-tiga elemen ini, elemen ruh adalah yang paling penting. Kenapa? Kerana ruh sahajalah yang akan kembali bertemu Allah. Jasad, apabila ajal menjemput, akan terkujur kaku dan akhirnya mereput di dalam tanah.

Gambar ketika main radio rosak. Jadi orang last sempat la menyenappp. hee

Walaupun begitu, jasad adalah alat untuk seseorang itu menjadi lebih dekat kepada Allah kerana pada jasad itu akan memudahkan seseorang itu mencapai kenikmatan ruh. Orang yang ruhnya hidup, semangatnya takkan luntur. Maka, hendaklah kita mengutamakan kekuatan ruhiyyah. Kerana kekuatan ruhiyyah akan menjadikan jasad kita kuat dan akhirnya melahirkan mukmin yang hebat seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah di mana Bilal bin Rabah dan Sumayyah apabila mereka diseksa, mereka tetap mempertahankan aqidah mereka. Dan baru-baru ini, tragedi yang menimpa rakyat Mesir.

Kemuncak ruhiyyah bila kita menyerahkan diri kita bulat-bulat pada Allah. Ehem. dah sampai ke tahap tu? uhukkkk.

Kadang-kadang berlaku pertentangan antara ruh dan jasad. Sebagai contoh, untuk qiam, ruh kita sangat memerlukannya tapi jasad kita pula meminta untuk tidur semula.

Bekalan untuk memiliki ruh yang hebat.
(8:29), (57:28), (65:2-3) 
Bukak le Quran kome ye :) 

Para sahabat dan salafussoleh sangat mementingkan taqwa. Kerana pada taqwa itu adalah bekal mukmin dalam mengharungi jalan dakwah yang sangat panjang yang penuh mehnah ini. Taqwa juga bekal yang menghidupkan hati dan membangunnya. Pada taqwa itu ada juga bekal cahaya yang memberi petunjuk untuk hati membezakan antara haq dan batil. Dan akhirnya, taqwa juga adalah bekal ampunan bagi segala dosa.

Namun begitu, sekarang kita menceburi pelbagai bidang. Dalam Ikhwanul Muslimin sahaja ada pelbagai individu yang pakar dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang itu bukanlah batu penghalang dalam mencapai kemenangan Islam, tapi ia adalah bukti bahawa Islam itu agama yang syumul. Akan tetapi, kepakaran-kepakaran kita dalam bidang-bidang tertentu tidak bermakna andainya taqwa tidak dijadikan sebagai asas.
Menurut Syed Qutb, taqwa ialah hati yang sensitif, perasaan yang jernih, perasaan takut yang berterusan, selalu berwaspada dan menjauhi duri-duri di jalanan iaitu pengharapan yang tak bermakna dan syahwat, ketamakan dan ambisi, ketakutan dan kecemasan, rasa takut kepad sesuatu yang tak bagi manfaat atau mudharat dan banyak lagi duri-duri penghalang yang lain.

Surah Al-Ahzab : 22-23 

Bagaimana mendapat taqwa?


1. Al-Iman – iaitu yakin pada Allah, ajaranNya, pembalasanNya, dan saksiNya.
2. Ikhlas (Al Kahfi : 28) – sentiasa berharap pada Allah agar tak kendur dalam perjuangan.
3. Asy-Syaja'ah (Keberanian) (Al-Maidah : 44) – Berani berjalan atas jalan yang penuh risiko ini.
4. As-shabru (Sabar)
5. Al-Tafa'ul (Optimis)


Bagaimana untuk tingkatkan dan kekalkan taqwa?


1. Al-Mu'ahadah (Ikrar)
Sentiasa ingat akan janji kita dengan Allah iaitu lafaz dua kalimah 
syahadah kita adakah seiring dengan perbuatan kita seharian.
2. Muraqabah (Merasakan diri diawasi / diperhatikan)
3. Mu'aqabah (Memberi saksi)
4. Mujahadah (Bersungguh-sungguh)

Monday, August 19

untuk kau fikirkan

betapa aku kecewa, 
dalam mereka sengsara,
kau bermain bahasa. 

jihad mereka,
demonstrasi mereka,
syahid mereka,

kau pertikaikan?

ingin aku bertanya pada kau,
kau setuju?
tubuh mulus anak kecil ditembus peluru?
kau setuju?
manusia dibunuh dibakar tak hirau sendu?
kau setuju?
masjid gereja dihancurkan jadi debu?

lupakah kau pada sabda nabimu,
jika kau tak hiraukan tentang nasib umatmu,
kau bukan daripada kalangan mereka? 

fikirlah dengan mata hati,
andai kau masih punya hati.

****

credit : FB


Pada masa ini, bukanlah masanya kita mempertikaikan soal yang tidak patut, merendahkan orang lain dan memandang remeh usaha mereka. 

pada masa ini, 
yang mereka perlu, 
bukan hujah yang melukakan.

mereka perlu doa kita.

Jangan hanya kerana kita tidak sefikrah dengan mereka, kita tidak mahu bersama mereka. Ketahuilah, yang bersama demonstrasi menentang kudeta itu bukan sahaja Ikhwanul Muslimin, akan tetapi mereka yang cintakan kebenaran tanpa mengira fikrah yang mereka bawa.

Cepat benar kita melabel mereka Khawarij,
apakah As-sisi itu setanding Saidina Ali?
Hingga kau kata, demonstran itu khawarij?

Jauh! Jauh sekali.

Kau kata Mursi diktator, 
lupakah bahawa Mursi itu presiden pertama yang dipilih rakyat secara sah?
Diktator, baru setahun memerintah?
Biar betul?


Kau kata mereka bodoh, 
kata mereka Islam lawan Islam, 
sekarang bukanlah Islam lawan Islam, 
tapi ia adalah antara haq dan batil. 
Islam dan munafiq atau fasik, 
dan sesuatu yang seumpamanya pernah berlaku pada zaman Nabi!  

Ketahuilah, 
golongan munafiq, zalim, fasiq itu,
di sisi manusia memanglah mereka Islam,

tapi di sisi Allah?

Untuk siapa masih lagi insist kata ia adalah islam lawan islam, 
Apakah Islam menghalalkan darah muslim yang lain?

Yang benar-benar Islam takkan membunuh, 
apatah lagi membunuh orang yang sedang rukuk dan sujud. 

Yang benar-benar Islam takkan membakar masjid dan gereja. 
apatah lagi membunuh orang-orang di dalamnya.

Fikirkan.

Dan yang berada di medan itu, 
bukanlah mereka yang mencetuskan kekacauan, 
tapi mereka berhimpun, 
untuk mengembalikan Presiden yang dipilih secara sah oleh mereka yang diculik entah ke mana.

Lupakah kita, 
mereka yang di medan itu, 
bagaimana mereka menghidupkan Ramadhan mereka?
Malam-malam mereka diisi dengan terawih, munajat dan qiamullail.
Inikah khawarij yang kamu maksudkan?

Tanya hati, cenderung pada mana. 

Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, nanti kamu disentuh api neraka. [Hud :113]


Saturday, August 17

Fighter Sepanjang Hayat

"Bro, penatlah. Jom duduk dulu." ajak Chad sambil menumbuk lembut buku limanya ke bahu Ashraff. Ashraff mengangguk cuma.

Chad dan Ashraff berjalan mengambil tempat di tepi padang. Masing-masing mengambil air minuman lalu disuakan ke mulut. 



"Wei, aku tengok kau lain macam je main tadi. Macam orang ada masalah je. Kalau ada apa-apa bagitau la aku."

Chad tersenyum. Tapi senyumannya jelas kelihatan hambar. 

"aku rasa aku makin slow lah." Chad menunduk. Tangannya menguis-nguis rumput.

"maksud kau?" 

"tak, aku rasa aku laju je Ramadhan aritu, tapi sekarang? Semua rasa berat je buat. Baca Quran pun cukup-syarat-etlis-baca je. Tahajjud pun ke laut kot. Aku rasa aku ni hipokrit je."

"Bro, kau kena faham, Ramadhan tu madrasah je. Yang penting lepas Ramadhan, kau kena istiqomah." 

"Tapi aku dah cuba. Penat kot nak istiqomah"

"Penat tu sekejap je. Nanti penat kau terbayar bila kau boleh masuk syurga, jumpa Allah. Memang, kita ni fighter sepanjang hayat, tak pernah berhenti pun."

"Fighter? Maksud kau?"

"Selagi kau hidup, kau adalah fighter. Kau kena lawan musuh kau. Bukan kau saja, aku pun sekali. Kena lawan musuh kau, musuh aku, musuh kita. Kau tahu siapa musuh kita?" soal Ashraff.

Chad hanya mengangkat double-jerk. 

"Musuh kita syaitan Chad. Dari Nabi Adam lagi musuh kita ni berjanji nak sesatkan kita, nak bawak kita ikut dia sekali ke neraka. Takkan kita nak ikut dia kot ke neraka?"

"Eeeee. Tak nak aku. Naudzubillahi min zalik."

"Tu la. Nak tak nak kita kena lawan. Kena mujahadah. Macam ni, memula memang payah. Tapi kena paksa diri. Mula dari awal, buat sikit-sikit dulu, then kau tambah lah lagi lagi dan lagi. Kita bukan hamba Ramadhan, Chad. Kita kena ingat, kita hamba Allah."

"Maksud kau, hamba Ramadhan tu apa?" berkerut seribu dahi Chad. Lagi berkerut dari jawab soalan Virology and Immunology masa final exam tahun dua dulu.

"Hamba Ramadhan tu, dia baik waktu bulan Ramadhan. Dia solat awal waktu, solat sunat rawatib, baca quran, tiap malam dia qiam. Tapi, bila masuk Syawal, benda yang dia buat waktu bulan Ramadhan dulu semua hilang entah ke mana." jelas Ashraff. 

"Allahu. Aku rasa, aku lah orang tu." sekali lagi, Chad tunduk. Air matanya jatuh ke tanah. 

"Takpe Chad. Allah tu Al-ghafur. Allah tu Al-ghafur. Allah Maha Pengampun. Aku, kau, tak lari dari buat silap. Tapi kita kena ingat, rahmat Allah tu lebih luas daripada murka-Nya. Alhamdulillah, kau rasa macam tu pun, sebab Allah sayang kat kau. Allah sayang, Allah nak kau balik semula pada Dia." lembut Ashraff berbicara sambil memeluk erat bahu Chad. 

"Terima kasih Ashraff." Chad membalas pelukan ke bahu Ashraff. 

"Laaa, apa la gunanya aku jadi kawan kau kan? Lagipun Chad, kalau kita daie ni pun ada masalah macam ni, macam mana pulak nasib yang kat luar tu. Ummah sedang sakit, kita sebagai daie harus 'sihat' sentiasa. Kalau kita pun sakit, siapa nak rawat diorang. Aku ni bukan apa membebel panjang. Aku sayang kau. Seriyes, aku nak sangat masuk syurga dengan kau. Dengan yang lain. Sebab tu aku ambil seriyes kalau bab-bab macam ni. Kau pun, kalau aku buat silap, aku nak kau tegurlah aku."

Chad senyum. Dia mengangguk mengiyakan. 

"Ashraff, kau...doakan aku selalu ya?"

"InshaAllah. Kau juga. Jangan lupa doa untuk aku." 

"Untuk Mesir juga, jangan lupa doakan mereka."

"InshaAllah."

Tuesday, August 6

detik-detik akhir

Tanpa sedar, air mataku mengalir. Tak pernah aku merasakan perasaan ini pada tahun-tahun sebelumnya. Aku merasakan ramadhan kali ini paling bermakna untukku tapi Ramadhan kali inilah yang paling cepat berlalu. Mungkin apa yang aku lakukan tak sehebat mana, tapi aku merasakan sedikit sebanyak ruh Ramadhan tahun ini. 

Allahu, dengan izin Allah, malam ini mungkin terawih yang terakhir untuk tahun ini, atau mungkin yang terakhir dalam hidup ini? Atau mungkin tak sempat pun nak terawih malam ini? Wallahu a'lam.

Apakah perasaan kita? 
Moga ada sekelumit rasa sedih, sedih akan tetamu istimewa yang bakal pergi. 

Tapi lebih menyedihkan, 
Tetamu yang sedang bertandang masih belum pergi, kita sibuk melayan tetamu yang belum hadir

Ramadhan kali ini betapa aku belajar banyak benda. 
Alhamdulillah.

Moga ada kesempatan bertemu dengan Ramadhan lagi pada tahun hadapan.
Moga istiqamah dengan amal kita pada bulan-bulan lain. 

****

Sedang yang beramal untuk Ramadhan, 
Pasti akan menemukan kelelahan, 
dan akhirnya berhenti di pertengahan. 

Sedang yang beramal untuk Tuhan, 
InshaAllah, tegar meningkatkan amalan, 
Redha Ilahi menjadi dambaan, 
Agar di akhir pengembaraan, 
Ke syurga bertemu Tuhan. 

InshaAllah. 

Taqabballahu minna wa minkum. 
Semoga Allah terima amal saya dan kalian.

Thursday, August 1

Rojak Kangkung

setiap jiwa pasti merasai mati, 
berkali-kali diulangi,
dalam Al-quran yang suci, 
petanda ia sering terlupa di hati. 

Mati itu pasti, 
dan ironi, 
bila ia terjadi, 
penuh misteri. 

dan lebih ironi, 
setiap kita tahu bahawa mati pasti, 
tapi masih lalai seolah takkan mati, 
maksiat masih melekat di hati, 
ketaatan itu sungguh berat sekali,

Allahu rabbi, 
andai ajal menjemput kini,
adakah kita pasti, 
pengakhiran kita indah sekali?

****
akhir akhir ini seringkali diberitakan tentang kematian. Hari ini, aku amat terkesan mendengarkan kematian seorang bilal dalam keadaan sujud di salah satu surau di Bangi jika tak silap. 

Dan lagi memilukan rasa, mendengar kematian 5 orang permata Islam yang tak asing lagi bumi Darul Hana (Sarawak) yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di lebuh raya (err layak ke kata lebuh raya?) Engkelili. Mereka dalam perjalanan menuju ke majlis berbuka puasa sekaligus menyebarkan kalimah tauhid di pedalaman. 

Kisah mereka, sangat membuatku terkesan. Mereka meninggal dunia dalam keadaan yang baik...... 
AKU?

****
Mereka, 
telah mengalami pengakhiran mereka? 
Indah, dalam keadaan sujud, dalam perjalanan menyebarkan al-Haq!

Aku?
Aku belum pasti. 
Walaupun aku rasa mati itu dekat sekali. 
Entah esok, lusa atau hari ini? 

Wallahu a'lam. 
Kita? Bersedialah, dengan bekalan. 
Perbanyakkan kerja-kerja Islam, 
teringat kisah para sahabat, 
para sahabat, sangat gencar kerjanya di luar rumah. 
pergi situ sini, sebar dakwah situ sini, 
bukan berehat-rehat di rumah. 

Sebab apa? Mereka takut mati dalam keadaan berehat-rehat. Allah...

Kita? Sedang kita masih ada rasa cinta pada kerehatan.

Allah. 
moga Ramadhan kali ini 
benar-benar mengubah aku menjadi 
insan yang lebih gencar amalnya, 
lebih sedikit alasannya, 
lebih membara hammasahnya.

Dan aku memerlukan kalian, akhowat fillah sekalian. 
Sangat memerlukan kalian. 
Teguran, nasihat kalian. 

Aku tak nak dah, 
bila aku dah sedar aku dah silap, 
kata-kata "Oh baru sedar rupanya...",
aku tak nak begitu. 
aku juga tak nak, 
kalian berkata-kata di belakang aku, 
tentang kesilapan aku, 
tentang kesalahan aku,
sedangkan aku tak sedar akan kesilapan aku. 

Ini permintaan aku, 
tak minta banyak, 
ini sahaja. 

Kerana aku tak kuat sendirian.
Kerana aku tak sedar jika kalian tak tegur. 

tolong, aku mohon. 

apa gunanya kata cinta,
apa gunanya ukhwah fillah, 
tapi membiarkan sahabatnya berada di tepi jurang neraka. 

*nangis*
tiba-tiba rasa sayuuu. 

ok. publish. 

assalamualaikum.

Monday, July 29

Rojak India.

21 Ramadhan.
Sudah menjelang 10 malam terakhir Ramadhan.
Sudah terampunkah doa?
Jangan berhenti berharap.
Rahmat Dia terlalu luas.

Semalam, saya mendengar khabar begitu banyak kematian.
5 orang yang saya kenali.
Allah, cukuplah kematian itu sebagai satu tazkirah yang terbaik.
Dan Dia?
Masih memberi kita peluang untuk terus bernafas dalam udara Ramadhan.
Tapi masih terus menerus bermaksiat padaNya,
Berat melakukan ketaatan padaNya.
Malu.

Dan mungkinkah tahun hadapan kita kan berjumpa lagi?
Wallahu a'lam.

****

Kuasa cinta pada Dia, merawat luka cinta pada dia.
Apabila cinta Ilahi yang diburu, segalanya sembuh semula.

Alhamdulillah, hati yang luka terawat semula.
Ajaibnya cinta pada Dia,
Merawat luka cinta pada dia.

****

Ramadhan, hentian RnR daie.
Futur? Cari semula himmah yang hilang.
Ya, Ramadhan inilah titiknya.
Kerana kau akan gali semula cinta pada Dia,
Kau akan cinta pada perintahNya,
iaitu dalam menggalas tugas Syahadatul Haq ini.

Moga aku temui semula himmah yang melemah.
Agar teguh menggalas tugas dakwah,
Agar bisa menongkah segala jahiliyyah.

****

1 minggu sudah OpsSoMe (Ops Social Media)
Fb dan twitter.
hanya dijenguk sejam sehari atau bila perlu.

Mengurang 'attachment' pada social media, sekaligus berjaya mengurangkan 'attachment' pada benda-benda lain. Hati jadi lebih tenang. Alhamdulillah.

Alhamdulillah,
baru saya sedar.
Banyak masa sebenarnya,
dan banyak benda yang boleh kita lakukan.

patutla ada kata-kata yang begini,

"masa itu yang sangat diperlukan manusia tapi masa adalah yang paling teruk pengurusannya oleh manusia"

Allah pun dah kata,
Wal 'asr. Innal insaana lafii khusr.

Allah dah bersumpah, kerugian manusia ada pada masa.

Time,
use it or lose it.

****

30 hari mencari cinta.
Sudah jumpakah?
Tingkatkan momentum ibadah.
Moga kita menjadi orang bertaqwa.

Assalamualaikum,

Wednesday, July 24

iman telur mata.

Lelaki itu, matanya berwarna perang muda. Alis matanya lentik sekali. Wajahnya peranakan Arab. Namun, tubuhnya dibasahi peluh dan ada kesan-kesan darah pada bajunya. 

Dia mendekati saya. Dengan termengah-mengah dia bertanya, 

"kau tahu apa makna syahid?" 

Saya hanya senyap. Lidah kelu, tak mampu menjawab. Dia berkata lagi,

"kau, iman kau, amal kau, lebih ringan daripada telur mata!"


Saya terbangun. Tengok jam, 4 pagi. Allah, alhamdulillah, mimpi rupanya. 




***


Disebabkan mimpi itu, saya kebingungan. Kebingungan sepanjang hari. Pelik. Mimpi yang sangat pelik. Walaupun bunyinya agak kelakar kerana iman dan amal itu dibandingkan dengan telur mata, tapi, itu tidak mendatangkan kesan apa pun. 

Yang lebih mendatangkan kesan, ok, mesti pernah tengok macam mana telur mata kan? Berat ke ringan? Ringan kan? Dan cepat je habis kalau dimakan kan?

Dan lebih menakutkan, iman dan amal saya dikatakan lebih ringan daripada itu menurut mimpu tu. Allahu rabbi. Bergetar badan dengar. 

20 tahun hidup. Amal yang dibuat lebih ringan dari telur mata? 

Allahu rabbi....

Saya terbayang, bagaimana jika ia benar-benar berlaku, Nama dipanggil seorang demi seorang untuk dihisab amalan. Dan Allah kata, 

"amal baik lebih kurang daripada amal jahat."

Allah. tak terbayang macam mana. Naudzubillahi min dzalik. 

Mati, itu bila-bila masa. Menjemput siapapun. Tak kira tua muda miskin kaya. Kerana syaratnya hanya hidup. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. 

Dan itu bukanlah persoalannya. Persoalan yang utama, bagaimana kita menghadapi hari kematian. Walaupun mati, itu bukan mati sebenarnya. Ia hanya permulaan hidup. Hidup di alam yang lebih abadi berbanding dengan alam dunia yang menggila ini. 

Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya tentang siapakah orang yang pintar di antara manusia, jawab baginda, "Mereka itu ialah orang yang memperbanyakkan mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian."

Dan kita? 
Jika Allah jemput kita sekarang, Allah tarik nyawa kita pada saat ini, amal manakah yang lebih berat? baik atau buruk? 

Buatlah sebanyak manapun kebaikan hatta dengan memberi makan burung sekalipun, kerana kita tidak tahu amal mana yang Allah terima. 

Saya teringat kisah Imam Hasan Al-banna di mana pada suatu hari beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah di suatu majlis dan beliau adalah orang yang terawal sampai. Beliaulah penceramah, beliau jugalah yang menyusun kerusi-kerusi sehingga ada yang melarangnya untuk menyusun kerusi. 

Tahu apa yang beliau jawab?

"Aku tidak tahu amal menyusun kerusi atau memberi ceramah akan membawaku ke syurga"

Subhanallah, ini jawapan yang sungguh hebat dari insan yang cukup hebat. Moga Allah merahmati beliau.

Saya menulis, adalah satu peringatan buat diri. Kadang-kadang masih ada jahiliyyah yang melekat dalam diri ini, berkira-kira untuk buat kebaikan. Sama-samalah kita terus beramal dan bekerja, kerana kita tidak tahu amal mana yang Allah terima. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang suka bertemu serta bersedia untuk bertemu dengan Allah seperti yang Rasulullah shalallahu 'alayhi wasalam sebut dalam hadis baginda, 

"Sesungguhnya orang mukmin itu, ketika dijemput oleh maut, digembirakan dengan memperolehi rahmat Allah, maka diapun amat suka untuk bertemu Allah, maka Allah S.W.T. pun suka bertemu dengannya. Manakala orang kafir pula ketika dijemput oleh maut, diberitakan kepadanya akan mendapat azab Allah, lalu dia pun benci bertemu Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya."

Moga beroleh syurga. 
Jom, dah lepas separuh ramadhan. 
Make full use of it. 
Jom, melaju vavavuuum!



Monday, July 22

Ramadhan Target : TO GET RID OF AN ADDICTION/ATTACHMENT TOWARDS SOCIAL MEDIA

Sebelum memasuki bulan Ramadhan, saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang ingin saya capai semasa bulan Ramadhan dan inshaAllah, akan berterusan walau Ramadhan telah berakhir. InshaAllah, doakan. 

Salah satunya adalah

TO GET RID OF AN ADDICTION/ATTACHMENT TOWARDS SOCIAL MEDIA

Saya sedar, ini adalah misi paling sukar dalam senarai target Ramadhan saya, maka saya telah membahagikan action plan saya kepada beberapa fasa. 

7 Ramadhan :  memadamkan aplikasi Facebook dan Twitter daripada henfon
Oleh kerana sekarang semuanya boleh access on mobile, senang je nak capai guna henfon. Maka dengan memadamkan apps media sosial ini, ada la sedikit sebanyak mengurangkan masa untuk online bila berada kat luar. Perasaan? Tipu kalau kata tak rasa apa-apa. Gelisah, bosan, semua ada terutamanya masa menunggu. Maka sebagai substitution, saya akan membawa apa-apa sahaja buku, atau substitute sahaja dengan membaca Al-quran, kan lagi bagus?

9 Ramadhan : Azam digenggam penuh tabah. Eh? silap silap. Azam nak online sejam petang, sejam malam.
Ehm. this. the most difficult part. Agak sukar pada awalnya, dan selalu je break the rule. Tapi alhamdulillah, sudah mula boleh ikut peraturan tersebut. Post pun dah mula jarang-jarang. Alhamdulillah. 

Dan azam sebelum memasuki 15 Ramadhan adalah hanya log in 1 hour before I go to bed dan hanya log in bila benar benar perlu. 

Malam ini, last update on FB dan twitter, dan I've declared on both of these social media. Kenapa declare? Well, kalau nak update dan tweet pun jadi malu sebab orang dah baca kan? So, itu motivasi! 

Kenapa buat benda ni? Bukan FB tu boleh jadi medan dakwah ke?

Ehem, benar. Tapi saya sendiri lebih kenal saya, so mungkin ini caranya untuk buang jahiliyyah yang bertompok dalam diri. 

Saya ni, boleh dikatakan terlalu attached dengan benda-benda ni terutamanya lepas ada smart phone. I did realise about it, tapi masih lagi buat. Mungkin dengan tindakan drastik seperti ini boleh membantu membuang 'false attachment' saya terhadap benda-benda ini. 

credit : Google Image
Kerana saya risau, saya risau hati ini dah attach kepada perkara duniawi semata-mata. Bukan beerti tak boleh, saya tak kata begitu, kalau nak guna medium ni untuk Islam, silakan, tapi overly-attached to it like what I did seriously it is not good. 

Dan apa yang paling merisaukan, saya risau bila rasa terpisah dengan social media lebih menggelisahkan daripada terpisah dari Tuhan, that's all. Itulah yang paling saya risaukan selama ini. 

Kerana sepatutnya dalam hati kita, dunia bukanlah perkara yang besar, tapi Allah lah yang paling besar. Dan moga-moga, dan doakan, misi saya berjaya, dan kekal hingga bila-bila. Moga masa kita boleh dikurangkan dengan benda-benda ni, dan kita substitute kepada benda yang lebih bermanfaat, inshaAllah. 

***

 Credit : err. tak tau nak credit siapa, but credit kepada yg hantar gambar ni kat saya. 


What is in our heart is what we treasure most,
and what we treasure most surely is in our heart. 
May Allah is our treasure, 
We value most.

And may Allah, only Allah is in our heart.

I hope, worldly matters are not our biggest concern, 
I hope, being separated from it are not our biggest anxiety. 
InshaAllah

Do pray for me. For all, for ummah. 

Friday, July 19

la'allakum tattaquun.

Humairaa' mengah. Tak pernah-pernah jogging satu pusingan tasik. Aisyah nun dah ke depan, dah masuk dua pusingan. Masih lagi meneruskan lariannya. 

"Haih, akak sorang ni, kalau berlari memang tak ingat dah kita kat belakang ni." bebel Humairaa'. Nafas ditarik dalam-dalam untuk membayar hutang-hutang oksigen yang berlaku setiap penjuru badannya. Otot-otot menjerit-jerit dah mintak nyawa. Setelah nafasnya kian stabil, dia berjalan menuju bangku yang berdekatan. 

Pandangan matanya dilontarkan ke arah tasik. Tasik di Desa Ilmu, tempat biasa dia 'lepak' kalau kepala serabut. Tak tahu kenapa, dia suka duduk situ. Tenang. Cuma kadang-kadang, sakit jugak la mata dia tengok sampah-sampah atau lebih mesra dia panggil Abang Sam. Tak faham dia macam mana la orang boleh buang sampah merata. Civic minded entah ke mana. Jauh lagi ketinggalan dari negara lain. 


Gambar : Tasik Desa Ilmu. 

'Dah 11 Ramadhan.' sekadar monolog. Sambil mata jauh memerhati matahari yang sedang berada di ufuk barat itu. 

'dah dapat taqwa ke aku?' dia sambung lagi. Jauh dia termenung. Tengok jam, 5.30 p.m.

"Haaaa.", suara dari belakang datang menyergah. Badan Humairaa' bergetar, terkejut. 

"Akak ni, selalu macam ni kan? Nasib baik la jantung saya ni sihat lagi tau" Humairaa' membebel. Dia memang jenis yang mudah terkejut hatta dikejutkan dengan benda kecil sekalipun.

"Aseef, aseef. Ingat sedar tadi. Hmm, termenung jauh nampak. Entah apa la yang dia fikir tu?", tanya Aisyah sambil membetulkan badannya untuk duduk di sebelah Humairaa'.

"Tak kak, terfikir. Hari ni 11 Ramadhan, kejap lagi Maghrib dah nak masuk 12 Ramadhan. Dah dapat taqwa ke tak saya ni?"

"Tu biar Allah yang tentukan, inshaAllah, kalau kita sungguh-sungguh taat padaNya, kita doa agar amalan kita diterima, inshaAllah, taqwa tu akan jadi milik kita."

"Akak, ce akak terangkan sikit macam mana dengan puasa kita dapat taqwa?"

"Ermm, sebenarnya banyak aspek bagaimana kita boleh dapat taqwa tu, tapi inshaAllah, akak try explain apa yang termampu. Humairaa' ingat tak ayat mana yang menyuruh kita berpuasa?"

"Alhamdulillah, ingat akak. Surah Al-baqarah ayat 183." 

"Ingat tak makna dia?"

"Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."

"Hebat adik akak sorang ni. Allah kata dalam ayat ni, kepada orang-orang yang mempunyai iman, Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu, seperti mana orang sebelum kamu. Siapa orang sebelum kamu itu?"

"Bani Israel?" teka Humairaa'.

"Yup. Bani Israel. Allah juga pernah menyuruh mereka berpuasa. Tapi kalau kita tengok awal-awal surah Al-baqarah, Allah kata, mereka takde taqwa pun. Dan Allah juga menyuruh kita untuk berpuasa, sebab apa?"

"moga-moga kita dapat taqwa, kan? Tapi apa kaitan dia?"

"Haa, akak nak tanya, apa yang Humairaa' rasa sekarang?" Aisyah memulangkan soalan.

"Err, in term of?" 

"Ermm, rasa lapar? Dahaga? Badan lemah sedikit?"

"Adalah sikit, dahaga tu memang lah. Lapar, dari tadi dah buat konsert Ghazal untuk Rabiah."

"Haaa, dari situ laa." 

"Err, still can't get the point. Explain further please?" 

"Maksudnya, masa dahaga dan lapar, tekak kita menjerit-jerit, nak air, nak air. Perut kita pulak dah membebel-bebel, heey apa jadi ni? mana supply makanan? Kan?"

Humairaa' mengangguk-angguk. Aisyah menyambung lagi. 

"Nak tak nak, tekak kita merayu-rayu untuk dibasahi, perut kita merayu-rayu untuk diisi. Badan kita pulak dah rasa lemah-lemah. Tapi ada satu kuasa yang menentang rayuan tekak dan perut kita tu, hingga kita tak menuruti rayuan tekak kita, perut kita. Kerana kita tahu, jika kita ikutkan rasa tekak dan perut kita, maksudnya kita melanggar perintah Allah."

"And the point is?" Berkerut-kerut dahi Humairaa'. Masih belum dapat apa yang hendak disampaikan. 

"The war is going on inside you. The physical war. Your throat is against you, your stomach is against you. Your body is getting weaker and begging you, 'please disobey Allah, please disobey Allah.'. And you stay the entire day of fasting fighting your body and say, 'No! My heart is submitted to Allah.'. Dan sebenarnya secara tidak langsung, masa kita berpuasa, kita melatih hati kita untuk mengawal anggota-anggota badan kita."

"Maksudnya, secara tidak langsung, hati kita menjadi lebih kuat. Tak gitu?" Humairaa' bertanya. Nampaknya sudah mula memahami apa yang ingin disampaikan.

"Yes. Exactly. Tu lah yang akak nak sampaikan. Dan bila selepas Ramadhan, inshaAllah hati kita akan lebih kuat, dan boleh mengawal segala kehendak anggota kita. Tak makan suka hati, tak tengok suka hati dan sebagainya. Dan akak nak tanya, taqwa tu letaknya kat mana?"

"Kat sini." jawab Humairaa' sambil tapak tangannya diletakkan di atas dada. 

"Ya, hati. Pada hati itulah taqwa. Dan pada bulan ramadhan ini, Allah nak latih hati-hati kita supaya lebih kuat menepis kehendak-kehendak nafsu. Ditambah lagi dengan supplement-supplement hati yang lain, qiam, tilawah, solat. Maka moga-moga lepas ramadhan ni, kita jadi hambaNya yang lebih baik. InshaAllah. Itulah yang dikatakan 'moga-moga kamu menjadi orang bertaqwa' dalam ayat tu. Dapat tak?"

"Alhamdulilllah. Faham dah kak. Jazakumullahu khayran jaza'. Moga-moga dah lepas 1/3 Ramadhan ni kita lebih melaju. Ramadhan Vavavuum, bak kata APG. Eh kak, dah nak pukul 6 ni. Tak lama lagi nak berbuka. Jom balik? 

"Jom."