"Hang ni dah final year. Hang fokus la pada study hang. Tak payah lah sibuk dengan usrah-usrah, daurah-daurah liqo' segala bagai tu."
"Alaa, selama ni aku busy jugak, tapi aku dean's list je?"
"*panggg*"
ok. contoh tak berapa nak kena. Macam ada bau-bau riak kat situ. Eh tapi perlu jugak buat cenggitu kalau dah macam tu bunyinya. Tapi tiada kaitan dengan saya okay? hoho.
Biar sampai orang kata,
"wahh, osemnya orang dakwah. Sibuk ke hulu ke hilir, tapi study tetap mantop. Nak join boleh?"
cenggitu haaaa.
Dakwah VS study
Ada kata-kata yang menyatakan bahawa
"Dakwah itu nombor satu, tapi akademik ini bukan nombor dua."
Ia seiring.
"Alaaaa, sebok je hang dengan dakwah hang tu. Takde hang, Islam tetap jalan..."
Ok, memang benar. ALLAH tidak pernah memerlukan kita untuk menyebarkan agamaNya, akan tetapi diri kita ini amat memerlukan kerja sebagai pendakwah Islam, menolong agama ALLAH kerana pekerjaan inilah yang akan menyelamatkan kita di hari Qiamat nanti.
Meh tadabbur surah as-saff sekejap.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn . Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”
Surah As-Saff ayat 10-13.
Haaa, takkan nak lepaskan peluang kot?
gambar semasa Jom Explorace adik asasi 3rd batch. Esoknya mostly ada paper utk final :)
Cemerlang? Kenapa?
Ingin saya memetik kata-kata Saidina Umar Al-khattab,
"Didiklah anak kamu seiring zaman mereka"
Errmm, mungkin tak berapa sesuai, tapi apa yang ingin saya ambil di sini adalah kita kena buat sesuatu tu, kenalah sesuai dengan zaman tu. Maksudnya cenggini....
Tidak dinafikan, pada zaman sekarang manusia memandang tinggi akan nilai prestasi akademik. Orang yang mempunyai pendidikan tinggi lazimnya mendapat penghormatan masyarakat sekaligus boleh mempengaruhi masyarakat dengan begitu mudah sekali.
"Errrr, apa kaitannya?"
Cuba kaitkan kata-kata ini.
"Jangan dakwah kamu menjejaskan prestasi kamu, kerana prestasi kamu adalah dakwah kamu."
Kena ingat,
dakwah itu matlamat.
prestasi itu alat.
Jangan tersalah.
Masih tak yakin orang dakwah boleh cemerlang?
Alhamdulillah, saya telah dianugerahkan ramai sahabat dan coursemate yang sangat hebat dalam dakwah mereka dan juga sangat hebat dalam akademik mereka. Saya masih ingat ada satu hari pensyarah kami memanggil nama-nama yang top scorer untuk midterm exam Microbiology, kebanyakan yang berdiri di depan adalah bukan Islam dan kami yang muslim yang dipanggil pada masa itu hanya sedikit.
Dan pelajar muslim itu, adalah mereka-mereka yang saya kenal sangat aktif dalam gerakan dakwah kampus.
Tak yakin lagi?
Jom kita telusuri figur-figur orang yang berjaya dalam dakwahnya. Sebagai contoh, Ir. Dr. Muhammad Mursi. Siapa tak kenal? Cuba baca sikit info tentang Dr. Mursi di sini.
Amacam?
Beliau adalah antara yang aktif dalam gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin. Hebat kan?
Masih kurang??
Kita akan flashback pada masa keemasan Islam ratusan tahun dahulu. Di sana ada Ibnu Sina, seorang doktor muslim yang telah menulis banyak buku di bidang perubatan bahkan banyak lagi bidang yang lain. Karya beliau Qonun fit tibb telah menjadi rujukan utama buku-buku mahasiswa perubatan di Eropah hingga abad ke 19.
luar biasa!!
Apa rahsianya?
Rahsianya adalah TARBIYYAH!
Saya yakin, benar-benar yakin, seseorang yang benar tarbiyahnya akan melahirkan seseorang yang mantap keimanannya.
Dan yang pasti,
mukmin yang sejati itu pasti akan bisa menjadi insan luar biasa.
Kerana iman yang ada itu, beliau sedar akan tanggungjawab yang digalasnya.
Beliau sedar akan pentingnya merealisasikan amanah yang dipikulnya.
Dan atas kesedaran itulah, dia mengerahkan sehabis tenaga untuk menjadi yang terbaik!
photo : IKRAMSISWA UNIMAS
Bagaimana Caranya?
Susun prioriti. Utamakan yang utama. Yang tak penting, tinggalkanlah.
Perumpamaannya begini.
kita harus susun hidup kita dengan sebaik mungkin. ibarat meletakkan batu besar, batu kecil, batu kerikil dan pasir ke dalam sebuat balang. yang mana paling besar, kita letakkan dulu. oleh itu, kita letakkan batu besar dulu, kemudian isi batu kecil. Setelah itu baru isi batu kerikil dan kemudian pasir. baru boleh kita isi semua benda tersebut dalam satu balang.
Jaga hubungan dengan Allah. Banyakkan berdoa.
InshaAllah, janganlah kita jadi fitnah untuk dakwah.
Sama-samalah kita cemerlang.
InshaAllah, boleh kalau kita usaha dan letakkan segalanya pada Allah.
Jom!
Mumtaz for Ummah!
p/s: inshaAllah, andai berkesempatan, saya akan interview beberapa orang aktivis dakwah
kampus yang cemerlang, dan inshaAllah akan cuba menulis tipsnya. doakan ^^
p/s: inshaAllah, andai berkesempatan, saya akan interview beberapa orang aktivis dakwah
kampus yang cemerlang, dan inshaAllah akan cuba menulis tipsnya. doakan ^^
No comments:
Post a Comment