Thursday, August 1

Rojak Kangkung

setiap jiwa pasti merasai mati, 
berkali-kali diulangi,
dalam Al-quran yang suci, 
petanda ia sering terlupa di hati. 

Mati itu pasti, 
dan ironi, 
bila ia terjadi, 
penuh misteri. 

dan lebih ironi, 
setiap kita tahu bahawa mati pasti, 
tapi masih lalai seolah takkan mati, 
maksiat masih melekat di hati, 
ketaatan itu sungguh berat sekali,

Allahu rabbi, 
andai ajal menjemput kini,
adakah kita pasti, 
pengakhiran kita indah sekali?

****
akhir akhir ini seringkali diberitakan tentang kematian. Hari ini, aku amat terkesan mendengarkan kematian seorang bilal dalam keadaan sujud di salah satu surau di Bangi jika tak silap. 

Dan lagi memilukan rasa, mendengar kematian 5 orang permata Islam yang tak asing lagi bumi Darul Hana (Sarawak) yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di lebuh raya (err layak ke kata lebuh raya?) Engkelili. Mereka dalam perjalanan menuju ke majlis berbuka puasa sekaligus menyebarkan kalimah tauhid di pedalaman. 

Kisah mereka, sangat membuatku terkesan. Mereka meninggal dunia dalam keadaan yang baik...... 
AKU?

****
Mereka, 
telah mengalami pengakhiran mereka? 
Indah, dalam keadaan sujud, dalam perjalanan menyebarkan al-Haq!

Aku?
Aku belum pasti. 
Walaupun aku rasa mati itu dekat sekali. 
Entah esok, lusa atau hari ini? 

Wallahu a'lam. 
Kita? Bersedialah, dengan bekalan. 
Perbanyakkan kerja-kerja Islam, 
teringat kisah para sahabat, 
para sahabat, sangat gencar kerjanya di luar rumah. 
pergi situ sini, sebar dakwah situ sini, 
bukan berehat-rehat di rumah. 

Sebab apa? Mereka takut mati dalam keadaan berehat-rehat. Allah...

Kita? Sedang kita masih ada rasa cinta pada kerehatan.

Allah. 
moga Ramadhan kali ini 
benar-benar mengubah aku menjadi 
insan yang lebih gencar amalnya, 
lebih sedikit alasannya, 
lebih membara hammasahnya.

Dan aku memerlukan kalian, akhowat fillah sekalian. 
Sangat memerlukan kalian. 
Teguran, nasihat kalian. 

Aku tak nak dah, 
bila aku dah sedar aku dah silap, 
kata-kata "Oh baru sedar rupanya...",
aku tak nak begitu. 
aku juga tak nak, 
kalian berkata-kata di belakang aku, 
tentang kesilapan aku, 
tentang kesalahan aku,
sedangkan aku tak sedar akan kesilapan aku. 

Ini permintaan aku, 
tak minta banyak, 
ini sahaja. 

Kerana aku tak kuat sendirian.
Kerana aku tak sedar jika kalian tak tegur. 

tolong, aku mohon. 

apa gunanya kata cinta,
apa gunanya ukhwah fillah, 
tapi membiarkan sahabatnya berada di tepi jurang neraka. 

*nangis*
tiba-tiba rasa sayuuu. 

ok. publish. 

assalamualaikum.

No comments: