Alhamdulillah, selamat recharge iman dan hamasah di Mukhayyam IKRAMSiswa Sarawak di Taman Negara Similajau Bintulu. Ada sedikit bingkisan daripada Bintulu untuk semua inshaAllah :) Ni adalah slot pertama, slot paling sentap yang boleh saya katakan. Huhu.
***
Apa itu ruhiyah? Bagaimana ruhiyy boleh berbeza dengan jasad? Jom kita lihat situasi tentang
perbezaan antara ruhiyyah dan jasad. Cuba kita lihat apa berlaku di Mesir itu sendiri. Yang menyebabkan mereka mampu bertahan selama 48
hari adalah kekuatan ruh yang ada pada mereka, hinggakan apabila diuji, mereka
tetap bertahan dan bertahan. Dihalau dari medan Rabi’ah, mereka berkumpul
semula di medan lain. Begitulah menggambarkan bagaimana kuatnya ruhiyy
seseorang itu membuatkan mereka mampu bertahan. Jika bergantung pada jasad
sahaja, sudah pasti telah lama himpunan tersebut bersurai.
Manusia itu Allah bahagikan kepada tiga elemen iaitu
ruh, jasad dan akal. Antara ketiga-tiga elemen ini, elemen ruh adalah yang
paling penting. Kenapa? Kerana ruh sahajalah yang akan kembali bertemu Allah.
Jasad, apabila ajal menjemput, akan terkujur kaku dan akhirnya mereput di dalam
tanah.
Gambar ketika main radio rosak. Jadi orang last sempat la menyenappp. hee
Walaupun begitu, jasad adalah alat untuk seseorang
itu menjadi lebih dekat kepada Allah kerana pada jasad itu akan memudahkan
seseorang itu mencapai kenikmatan ruh. Orang yang ruhnya hidup, semangatnya
takkan luntur. Maka, hendaklah kita mengutamakan kekuatan ruhiyyah. Kerana
kekuatan ruhiyyah akan menjadikan jasad kita kuat dan akhirnya melahirkan
mukmin yang hebat seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah di mana Bilal bin
Rabah dan Sumayyah apabila mereka diseksa, mereka tetap mempertahankan aqidah
mereka. Dan baru-baru ini, tragedi yang menimpa rakyat Mesir.
Kemuncak ruhiyyah bila kita menyerahkan diri kita
bulat-bulat pada Allah. Ehem. dah sampai ke tahap tu? uhukkkk.
Kadang-kadang berlaku pertentangan antara ruh dan
jasad. Sebagai contoh, untuk qiam, ruh kita sangat memerlukannya tapi jasad
kita pula meminta untuk tidur semula.
Bekalan untuk memiliki ruh yang hebat.
(8:29), (57:28),
(65:2-3)
Bukak le Quran kome ye :)
Para sahabat dan salafussoleh sangat mementingkan taqwa.
Kerana pada taqwa itu adalah bekal mukmin dalam mengharungi jalan dakwah yang
sangat panjang yang penuh mehnah ini. Taqwa juga bekal yang menghidupkan hati
dan membangunnya. Pada taqwa itu ada juga bekal cahaya yang memberi petunjuk
untuk hati membezakan antara haq dan batil. Dan akhirnya, taqwa juga adalah
bekal ampunan bagi segala dosa.
Namun begitu, sekarang kita menceburi pelbagai
bidang. Dalam Ikhwanul Muslimin sahaja ada pelbagai individu yang pakar dalam
pelbagai bidang. Bidang-bidang itu bukanlah batu penghalang dalam mencapai
kemenangan Islam, tapi ia adalah bukti bahawa Islam itu agama yang syumul. Akan
tetapi, kepakaran-kepakaran kita dalam bidang-bidang tertentu tidak bermakna
andainya taqwa tidak dijadikan sebagai asas.
Menurut Syed Qutb, taqwa ialah hati yang sensitif,
perasaan yang jernih, perasaan takut yang berterusan, selalu berwaspada dan
menjauhi duri-duri di jalanan iaitu pengharapan yang tak bermakna dan syahwat,
ketamakan dan ambisi, ketakutan dan kecemasan, rasa takut kepad sesuatu yang
tak bagi manfaat atau mudharat dan banyak lagi duri-duri penghalang yang lain.
Surah Al-Ahzab :
22-23
Bagaimana mendapat taqwa?
1. Al-Iman –
iaitu yakin pada Allah, ajaranNya, pembalasanNya, dan saksiNya.
2. Ikhlas (Al Kahfi : 28) – sentiasa
berharap pada Allah agar tak kendur dalam perjuangan.
3. Asy-Syaja'ah (Keberanian) (Al-Maidah : 44) – Berani berjalan atas jalan yang
penuh risiko ini.
4. As-shabru (Sabar)
5. Al-Tafa'ul (Optimis)
Bagaimana untuk
tingkatkan dan kekalkan taqwa?
1. Al-Mu'ahadah (Ikrar)
Sentiasa ingat akan janji kita dengan Allah
iaitu lafaz dua kalimah
syahadah kita adakah seiring dengan perbuatan
kita seharian.
2. Muraqabah (Merasakan diri diawasi /
diperhatikan)
3. Mu'aqabah (Memberi saksi)
4. Mujahadah (Bersungguh-sungguh)
2 comments:
(= subhanallah. jelesnya.lama dah tak p mukhayyam.
fuhh. orang yang ruhhnya hidup semangatnya takkan luntur.
astaghfirullahalazim.
tiba2 terwondering. apakah ruh ni hidup lagi. T.T
SubhanaALLAH.. hanim baru tau kak min ada blog.. :) hanim rasa slot ni yg paling sentapp.. mknn bkn tujuan utama sesuatu program... tp pengisian yg nk disampaikan.. mcm mn ruh yg kuat itu lebih dahagakan ilmu berbanding mknn yang berbentuk fizikal. kekuatan itu yg kita nk bina utk menghadapi mehnah dlm jalan dakwah..:)
Post a Comment