Thursday, April 19

Zea mays

Assalamualaikum & hye peeps.

Harapan si penanam jagung itu cukup besar. Tidak lain tidak bukan berkehendakkan benih-benih jagung yang ditanamnya tumbuh dengan subur dan sihat. Bukan sekadar itu, si penanam jagung itu mengharapkan benih-benih jagung itu menjadi pokok yang subur, tegar melawan penyakit dan berbuah bagi memberikan serta menyebarkan kebaikan dan manfaatnya kepada orang lain. 

Maka, si penanam jagung itu tidaklah menanam sekadar "tanam dan biarkan begitu sahaja". Sudah tentulah si penanam jagung itu memberi penjagaan dengan begitu rapi. Perasaan sayang dan ambil berat mula berputik dan subur. Disiramnya benih-benih jagung itu setiap hari, dibaja jika perlu. Apabila benih-benih jagung itu ditimpa penyakit, maka si penanam jagung itulah yang paling risau. Bermacam-macam usaha yang hendak dilakukan bagi mengelakkan benih-benih jagung itu diserang penyakit. 

anasir-anasir yang bisa merosakkan jagung

Hendak menantikan benih-benih itu bercambah, si penanam jagung itu tidak bisa memaksa benih itu terus bercambah. Si penanam jagung itu perlu bersabar dan tidak perlu tergopoh gapah. Sekira tergopoh gapah untuk menuai hasilnya sehingga membuat perkara yang bisa merosakkan jagung tersebut, maka rugilah. 

Apabila satu ketika, benih-benih jagung itu mula bercambah, Allah...gembiranya perasaan si penanam jagung itu. Tetapi tidak cukup dengan sekadar bercambahnya benih-benih itu, maka diharapnya agar jagung itu berbuah bagi menyebarkan kebaikan dan manfaatnya kepada orang lain. 

bercambahlah kamu, dan sebarkan kebaikan wahai benih-benih jagungku :)

Dari buah jagung itu jugalah yang akan menghasilkan lebih banyak benih-benih jagung yang bisa menumbuhkan pokok jagung yang berbuah sehingga mampu menyebarkan kebaikan dan manfaatnya kepada orang lain.  :) 

No comments: