Friday, April 13

Empat Huruf Itu

empat huruf itulah tempat jatuhnya pandangan Ilahi.
empat huruf itulah yang senang berpenyakit.
empat huruf itulah yang bisa mempengaruhi seluruh anggota. 
empat huruf itulah yang menampakkan segala yang berlaku padanya baik sahaja
empat huruf itulah yang membezakan orang munafik dan mukmin.
empat huruf itulah bisa merubah seorang mafia kepada ulama'. 

hebat kan peranan si empat huruf itu?



empat huruf itu adalah H.A.T.I

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah, bila berbicara soal hati ini, terasa seolah diri ini bukanlah yang selayaknya berbicara soal hati. Terasa hati ini begitu banyak noda-noda hitam yang melekat padanya. Allah, bagaimana hati ini akan dibawa menuju Ilahi? Dengan hati begini, yang kotor, bagaimanakah untuk dibawa kepada Ilahi?

Kadangkala hati ini tidak peka merasakan keberadaan Rabbnya, sehingga seenak-enak sahaja maksiat dilakukan. Lupa bahawa Allah itu maha Melihat dan segala amal kita akan ditayangkan di Padang Mahsyar kelak. Malah berbangga-bangga lagi. tidak menutup aurat, berpasangan dengan yang belum halal, tidak solat lima waktu, pandangan mata, pendengaran, tutur bicara, langkah kaki tak terjaga. Masalah hati - riak, ujub, takbur, sum'ah dan sebagainya. Tidak sedar. Tidak sedar bahawa kita ini hanya hamba. Tidak sedar bahawa terlalu banyak nikmat Allah yang telah kita dustakan. Tidak sedar bahawa yang ada di bumi dan di langit dan di antaranya itu milik Allah. Tidak sedar jika Allah murka, bila-bila masa sahaja azabnya akan turun. Mungkin bila-bila masa saja langit boleh menghempap kita, bumi boleh menelan kita, rumah boleh roboh, nafas kita boleh sesak sesesaknya dan sebagainya. Tidak sedar bahawa ajal itu datangnya bila-bila masa saja, mungkin tengah kita bermaksiat dan tidak sempat bertaubat. Tidak sedar bahawa neraka itu pedih azabnya. Allahu. Tidak terasa takutkah lagi kita?  Allahu Allah......

“Sekali-kali tidak! Bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Muthaffifin:14)

Allahu rabbi. Susah benar menjaga sekeping hati kan?  

Sedangkan pada hati itulah penilaian Rabb kepada kita.
Apakah hati ikhlas ataupun tidak. 
Apakah hati kita tidak mengharapkan keredhaan selain Allah. 

Perihal Ikhlas

Hati yang ikhlas akan membuahkan amal yang ikhlas.
Hati yang ikhlas akan bisa membasahkan jiwa-jiwa yang kering dahagakan tarbiyyah.
Hati yang ikhlas akan bisa menyentuh hati-hati mad'u-mad'unya. 

Amal yang ikhlas itulah yang akan dipandang olehNya. Allahu rabbi. Sudah ikhlaskah kita? 
Seseorang yang meletakkan Ilahi sebagai matlamat utama dirinya akan cuba sedaya upaya melahirkan hati yang ikhlas. 

Persoalan, di manakah kita meletakkan Allah di hati kita? 
Adakah hanya apabila kita dilanda musibah sahaja? 
Dan bila musibah itu Allah tarik balik, kita terus melupakanNya? 
Begitukah layaknya kelakuan seorang hamba kepada penciptaNya?

Renung-renungkan. 

Setiap penyakit ada ubatnya. :) Maka segeralah berubat sekiranya ia berpenyakit. 



Apa yang penting, MUJAHADAH...!










No comments: