Sunday, April 8

yang kita sering lupa

Assalamualaikum & hye peeps.


Alhamdulillah, masih lagi bernafas dalam nikmat Islam dan Iman. 
Moga moga dimatikan dalam keadaan Islam dan Iman. 
Moga moga dimatikan dalam keadaan memperjuangkan agama-Nya.
Mati syahid, cita-cita tertinggi. 


Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'ala diinik. 


-------


Hancur luluh


"Salam akak, maaf. Saya tak boleh join daurah hujung minggu ni..."


"Hujung minggu ni tak de pape kan?" 


"Saya ikut program kolej..." 


"Oh, ok."


*sedih sedih hancuq hati* 


di satu kisah yang lain. 


Sang murabbiah dengan berbunga-bunga hatinya men-sms hadek hadek memberitahu yang hari sekian sekian sekian ada bulatan gembira. Ada yang membalasnya, ada yang tidak. Ternanti-nanti sms daripada hadek yang tidak membalas sms itu. Cuba bersangka baik, mungkin hadek itu tiada airtime kot. 


Hari bulatan gembira - hadek yang tidak membalas sms itu, langsung tidak menampakkan batang hidung. 


hancur luluh hati sang murobbiyah. *pranggg..*


Sang murobbiyah cuba mengkoreksi diri. Mungkin banyak kelemahan dalam diri yang perlu diperbetulkan. Mungkin mereka masih belum merasakan nikmat berukhwah dengan usrahmates dan murobbiyahnya. 




Habis Usaha


Mungkin sudah banyak benda yang kita lakukan supaya mereka komited dengan dakwah dan tarbiyyah. Kata-kata nasihat diberikan entah kali yang ke berapa. Kata-kata taujih, dan macam-macam lagi yang kita buat supaya mereka faham seperti apa yang kita faham. Sudah habis usaha! 




eh eh. Fakta..! Anda belum habis lagi. 


Kita lupa satu benda. 


Doa. Doa. Doa.


Pernahkah kita berdoa untuk mutarabbi kita dalam setiap doa kita? 
Pernahkah kita menyebut nama-nama mutarabbi kita dalam setiap kalam doa kita?
Pernahkah kita mendoakan bahawa fulanah binti fulan, fulanah binti fulan ini terus komited dengan dakwah dan tarbiyyah?


Belum Cukup


Ukhti. Sedarlah hakikat ini. 
Memang, di dalam bulatan gembira kita sedaya upaya memahamkan mereka. 
Memang, di dalam bulatan gembira kita sedaya upaya memberikan kata nasihat. 


Tapi hakikatnya, bukan kita yang memegang hati mereka ukhti. Bukan. 
Allah lah yang memegang hati mereka. 
Allah lah yang membolak balikkan hati mereka.
Allah lah yang memberi kefahaman kepada mereka.
Allah lah yang memberi hidayah kepada mereka. 




Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alaa diinik.
Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu 


Ummu Salamah pernah menanyakan kepada Rasulullah s.a.w, kenapa doa tersebut yang sering baginda baca


 يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِىٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ

Wahai Ummu Salamah, yang namanya hati manusia selalu berada di antara jari-jemari Allah. Siapa saja yang Allah kehendaki, maka Allah akan berikan keteguhan dalam iman. Namun siapa saja yang dikehendaki, Allah pun bisa menyesatkannya.” (HR. Tirmidzi no. 3522. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Dalam riwayat lain dikatakan
  إِنَّ الْقُلُوبَ بِيَدِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ يُقَلِّبُهَا

Sesungguhnya hati berada di tangan Allah ‘azza wa jalla, Allah yang membolak-balikkannya.” (HR. Ahmad 3/257. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini qowiy (kuat) sesuai syarat Muslim)



Maka Berdoalah..! 


Berdoalah untuk mereka. Bukan terhad selepas solat sahaja. Paling bagus masanya, kita doakanlah mereka ini di solat malam kita. Sebut nama mereka satu persatu. 


Berdoalah setiap kali kita ingat kepada mereka, hatta ketika masak, memandu, hatta exam sekali pun. 


Jangan lupa. Doa senjata orang mukmin. Makanya, kita yang mendoakan, haruslah jaga betul-betul hubungan kita denganNya. Bersihkan hati kita, agar tidak terhijab dariNya. 


Allah tidak tuli. Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya. 

No comments: