Friday, April 13

faham, maka fahamlah. tidak, maka tidaklah.

Assalamualaikum & hye peeps. 


[Disklemer] Post ini agak berbelit-belit. Siapa yang faham, fahamlah. Siapa yang tidak faham, maaf. 


*mode melankolik*


13 April 2012-12 Mei 2012


Sebulan lagi.
Allahu, sebulan lagi. Malah lebih singkat lagi sebenarnya. Hati ana terusik apabila mengenangkan tempoh ini. Rasa macam terlalu banyak amanah tak terlaksana. Terlalu banyak hak tak tertunai.Tempoh itu bagi ana, tempoh kritikal, terlalu singkat. Tempoh di mana ana perlu buat yang terbaik. Ini bukan bermakna ini penamat tugas ana, malah ini baru permulaan. Allahu.  


Harapan 
Sejujurnya harapan ana sangat besar. Ya, hendak melihatkan Islam tertegak di bumi-Nya. Akan tetapi, semuanya bermula dengan individu muslim yang muntij. Itulah harapan ana. Harapan agar jumlah yang sedikit ini menjadi banyak dan akhirnya menuju ustaziatul alam.


Oh, mungkin ini rasa 'orang terdahulu.'
Baru faham apa 'orang terdahulu' rasa. Mereka cuba buat apa sahaja untuk tujuan ini. Bukan sekali dua, malah selalu ana tidak menghargainya. 


Bersyukurlah.
Alhamdulillah, berkat kesabaran 'orang terdahulu', kini ana berada di jalan ini. 
Jalan yang sumpah panjang. 
Jalan yang tiada karpet merah. 
Jalan yang bukannya wang ringgit jadi habuan. 
Jalan yang bukannya populariti yang diidamkan. 


Bukan bukan bukan. 
Jalan ini dihiasi onak duri di sepanjang perjalanannya. 
Jalan ini menuntut seluruh jiwamu, 
Masa hujung minggu yang kini untuk jalan ini.
Malam tidak lagi untuk bermain-main.
Tidur kini tidak lagi 5 jam sehari. 
Kadang-kadang, malam exam pun berkorban masa.
Jalan ini juga menuntut hartamu.
duit belanja harus dibahagikan. infak. infak. 
minyak kereta sentiasa ditakat E (enough?) bukan F.


maka harapan ana, 
agar mereka turut bersama-sama mengharungi jalan ini.
bersama-sama membina barisan dan menyusun langkah untuk bergerak seiringan. 
jika ada yang jatuh, hulurkanlah
jika ada yang menjauh, bantulah
jika ada yang tersalah, tegurlah...


kemenangan yang hakiki
moga saf-saf inilah yang akan beriringan menuju Jannah kelak. InshaAllah :')


peringatan juga
bila berada di jalan ini, janganlah memandang rendah kepada mereka yang belum lagi menyertai jalan ini. kerana kita tidak tahu. yang menentukan bukanlah permulaan, tetapi pengakhiran kita. siapa tahu pengakhirannya kita pula yang futur (naudzubillah) dan dia pula yang menegakkan agamaNya? (alhamdulillah) kita tidak tahu. maka sentiasa berdoa, agar kita tidak larut dengan tapisan-tapisan duniawi. moga tsabat.







No comments: