Berehat sebentar bersama Kit Kat. Eh.
Alhamdulillah, masih lagi menghirup oksigen pada awal tahun 2012.
Alhamdulillah wa syukrulillah,
mengakhiri 2011 dengan berbulatan gembira dengan adek adek terchienta.
memulakan 2012 dengan program qiam dengan sahabat sahabat
osem. [heh, pengaruh APG punya blog. ]
Alhamdulillah, an awesome ending for 2011 and an awesome starting for 2012. hee.
Alhamdulillah, dalam kesibukan study week,
Allah masih pilih ana berada dalam jalan ini.
Allah masih pilih ana untuk terus istiqamah dengan program tarbiyyah.
********
Islah nafsak wad'u ghairak.
[perbaikilah dirimu dan ajaklah orang lain]
Istilah, konsep, perkataan, ayat yang baru dipelajari/didengari beberapa hari yang lalu.
Makna yang cukup mendalam. Sangat.
"Perbaikilah dirimu DAN ajaklah orang lain"
DAN.
bukan "KEMUDIAN"
mahupun "ATAU"
maksudnya mudah,
proses membaiki diri dan menyeru orang lain harus bergerak seiring.
serentak. pada masa yang sama.
bukan perbaiki diri sendiri semata-mata tanpa mengajak orang lain.
atau kata mudah, baik sorang sorang. ouchh. huh.
bukan sekadar ajak ajak orang buat kebaikan tanpa usaha perbaiki diri sendiri.
mutabaah amal entah macam mana.
dalam bulatan gembira cakap..
"hadek hadek kena jaga mutabaah amal, jaga hubungan dengan Allah..." err.
tapi sekadar meniti di bibir, pemanis kata.
kata manis tanpa tindakan, sia sia.
please WALK THE TALK.
ehem, soft reminder buat ana jugak yang terkadang tergelincir
"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab? (taurat) Tidakkah kamu mengerti?"
Jangan jadi lilin, nak menerangi orang lain, diri sendiri terbakar.
Alaaaaa....
"Nak ajak orang macam mana? Aku ni bukan baik mana punnn"
"Ilmu aku tak cukup lagi nak buat kerja kerja dakwah ni..."
well, ana sendiri pernah beralasan dengan alasan yang sama.
berfikiran tugas menyebarkan risalah Syahadatul Haq digalas oleh pak ustaz, ustazah semata-mata.
Alhamdulillah, setelah mendapat tarbiyyah di universiti tarbiyyah yang osem ini, baru ana sedar bahawa mindset and perception ana terhadap dakwah ini adalah salah.
Kerja dakwah ini tanggungjawab semua yang telah melafazkan syahadatain.
Berbalik kepada alasan alasan tadi,
andai difikir fikir balik, sampai bila kita nak beralasan?
Ingat, HIDUP INI BUKAN UNTUK BERALASAN.
Ana rasa kebanyakan dari kita pernah mendengar Hadith Nabi Muhammad s.a.w yang
berbunyi "sampaikanlah walaupun sepotong ayat". Jadi, semuanya terpulang sendiri.
"Bekalan (dakwah) ini terdapat di dalam keimanan yang kuat dan ketaqwaan kepada Allah. Ini merupakan bekalan yang terbaik."
Syeikh Mustafa Masyhur dalam buku bekalan di jalan dakwah.
Tepuk dada tanya iman. Walk the talk dan belajar untuk melaksanakan. :)
p/s : first paper rabu. mohon doanya ya. Umat Islam harus cemerlang hoyeaahhhh! heh. ok, sambung study! :)
4 comments:
buku mustafa masyhur yg mne stu enti bace? bole sher x?
buku tu bertajuk "bekalan di jalan dakwah" oleh mustafa masyhur.
bcelah, menarik. tp ana sendiri pun baru mula membaca buku tersebut.
http://dakwah.info/category/buku-tarbiyah/bekalan-di-sepanjang-jalan-dakwah/
ok, ukhti 4 sharing :)
nnti apa yg enti baca sher2 la kt dlm blog ni. hihi
inshaAllah. ana x la bnyk mana membaca. inshaAllah berusaha memperbanyakkan bacaan :)
Post a Comment