Wednesday, June 29

menuju ustaziatul alam part 2

yang belum baca part 1, sila klik sini

”Assalamualaikum...ana Mus’ab”  tegur lelaki itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Umar menjawab salam dan memberitahu namanya kepada lelaki tersebut. Dia dipersilakan duduk.

”Ana menunggu orang lain datang, untuk makan sekali. Kebetulan enta datang, jom la kita makan sekali.” lelaki itu memulakan bicara. Seorang pelayan lelaki menghampiri mereka dan mengambil pesanan. Sementara menunggu makanan siap, Umar mengambil kesempatan untuk meleraikan segala persoalan yang bermain di mindanya.

”Errr saudaraku, ana sebenarnya bingung. Banyak sangat yang bermain di kepala ana.” kata Umar. Sebenarnya dia tidak begitu biasa menggunakan istilah ana-enta.
 
”Apa yang bermain di kepala enta sampai bingung begitu sekali?” lelaki tersebut bertanya. Wajahnya putih bersih dan jelas terpampar keprihatinan pada wajahnya.

”Ana ingin bertanya, di manakah tempat ini?”  Umar memulakan soalan.

tempat ini namanya Muhsinin. Di bawah naungan empayar islam yang bernama Darul iman.”

“Darul Iman? Muhsinin? Bukan kita di Sarawak ke, akh? Tanya Umar, kebingungan.

“Tak silap ana, memang dulu nama tempat ni Sarawak. Tapi itu dulu. Ana pernah belajar tentang sejarah tempat ni dulu, masa ana masih di sekolah menengah.”

" Erm, ana nak tanya, sebentar tadi ana ada melihat dua orang lelaki, berpakaian segak dan berserban lilit biru. Mereka mendenda seorang anak remaja yang membuang sampah merata-rata. Siapakah mereka?" tanya Umar lagi biarpun masih dirundung keliru.

"Mereka merupakan Penguatkuasa 3I (Islam Iman Ihsan). Negara ini melaksanakan hukum-hukum berdasarkan undang-undang Islam. Siapa sahaja yang melanggar undang-undang Islam, akan dihukum berlandaskan Al-quran dan as-sunnah. Alhamdulillah, sekarang negeri ni aman damai, tiada lagi jenayah-jenayah yang berlaku"

Umar hanya mengangguk-anggukan kepala. Suasana menjadi sepi sebentar. Air yang berada di atas mejanya dihirupnya perlahan-lahan.

“Kalau begitu, mesti selamat kan tinggal di sini? Tiada kes bunuh, kes rompak…” Umar menyambung. Dia sedar bahawa dia bukan berada di tempat yang biasanya dia berada. Dia berada di tempat lain. Tempat yang jauh bezanya daripada tempat asalnya. Tempat yang penuh harmoni,  menjunjung tinggi ajaran Islam. Mana tidaknya, semua yang berlaku di sekelilingnya sangat menenangkan, selamat, selari dengan nama Islam itu sendiri.

“Alhamdulillah, sekarang memang tiada lagi kes-kes tersebut. Orang yang terakhir membunuh pun, pada 15 tahun yang lepas. Dia sendiri meminta untuk dihukum. Hukum hudud. Kerana takutnya pemuda itu kepada seksaan neraka.”

Umar tidak mampu berkata apa-apa lagi. Lidahnya menjadi kelu untuk berbicara. Apa yang ada di hatinya adalah perasaan kagum yang tidak terhingga. Matanya masih lagi meliar melihat sekeliling. Di depan jalan sana, kelihatan papan tanda peringatan, ‘setiap yang hidup pasti merasai mati’. Cukup menginsafkan.

Dari jauh, turut kelihatan sebuah keluarga yang nampak sangat bahagia. Si suami berjubah serba putih dengan serban hijau diletakkan di atas bahu manakala si isteri bertudung labuh serta berpurdah. Si suami memimpin anak-anak mereka. Semuanya comel-comel belaka. Yang lelaki berkopiah, yang perempuan bertudung lengkap.Comel.

sekadar hiasan


Umar mengembalikan pandangannya kepada Mus’ab. Belum sempat Umar bertanya soalan lagi, pelayan gerai tersebut menghidangkan makanan kepada mereka. "Jemput makan ya saudara-saudaraku.," kata pelayan itu dengan sopan. Umar menjemput Mus’ab untuk makan. Tetapi sebelum itu, mereka membaca doa makan bersama-sama. Mus’ab menyuapi Umar. Umar tidak teragak-agak kerana sudah terbiasa. Subhanallah, sunnah baginda SAW tidak dilupakan di sini. Hidup. Setelah itu, Umar mencapai gelas lalu meminum air tersebut.

”Kurang manis la air ni,” Umar berkata.

”Negara ni sangat menitikberatkan soal kesihatan. Semua makanan yang disediakan bukan sahaja halal, tetapi baik. Halalan thoyyiban. Bukankah Allah ada berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud; Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu..”

“Oh, kalau macam tu, mesti tak ramai yang kena kencing manis ni..” Umar cuba berseloroh.

“Oh ya, ana ada terbaca tentang penyakit tersebut dalam buku  perubatan tiga ratus tahun yang lalu, tahun 2009 tak silap, tapi sekarang dah tiada lagi penyakit tersebut.”

“tiga ratus tahun dahulu? Maksudnya? Sekarang kita di tahun berapa?” Umar bertanya, kehairanan.

1730Hijrah..

“Tahun masihi?”

“Ana sendiri tak pasti. Sistem tahun masihi telah lama dilupuskan. Sekarang ni, semua negara di seluruh dunia menggunakan sistem tahun Hijrah. Tiada lagi tahun masihi digunakan. Kali terakhir sistem masihi digunakan pada tahun 2191M. “

Umar kehairanan. Dia memerhatikan jam digital di tangannya. Masih tahun 2011. Umar mengangkat mukanya. Keadaan berubah. Lelaki sebentar tadi turut hilang dari pandangan. Hanya kedengaran orang memanggil namanya berulang-ulang kali.

*****

“Umar..umar..bangun. Dah nak zohor ni. Bangun Umar.”

Perlahan-lahan matanya dibuka. Seraya membuka mata, Umar lantas duduk.

“Kita kat mana sekarang ni? Tahun mana??” Umar bertanya.

Sahabatnya tergelak. “Umar, enta mimpi apa ni? Sampai begini sekali. Sekarang ni kita kat Kolej Cempaka la. Tahun 2011…”

“Kolej Cempaka? Buat apa kat sini???”

“Eh Umar, jauh bebeno mimpi tuh. Kan kita ada ISK kat sini.Cepat, ambil wudhu’. Orang dah nak mula ni.”

Umar tersengih. Dalam hatinya terasa bahagia sekali. “Ini sejarah kita. Ustaziatul alam.” Umar tersenyum lalu bingkas bangun untuk berwudhu’.

p/s : agak kucar kacir. maaf, baru belajar. ana insan lemah mohon tunjuk ajar. sory, ending tak best.ana mengakhiri dengan mimpi. tak tau nak habiskan cita ni macam mana.

5 comments:

farahin :) said...

best sgt cte ni. fara pernah baca cerpen mcm ni gak, tp still very nice. :)

Jasmin Jaraee said...

akak pun ada jgak ambik dr cite2 yg akak pnh bce.

akak bwat cerpen ni, sbb teringin nak duduk kat negara macam tu, dimana islam dijunjung setinggi2nya. hmm..entah sempat ke tidak~~

Anonymous said...

salam

jalan cerita yang menarik. tp, nak tnye 1 soalan, ustaziatul alam tu ape ek??

tq.

farahin :) said...

betul tu, semua mesti slg ingt mengingati antr satu sma lain n hdp dalm harmoni.

Jasmin Jaraee said...

to anonymous :
waalaikumussalam. ustaziatul alam, dalam kata omputehnya, world order. ataupun islam dijunjung dengan begitu tinggi di seluruh dunia. Islam rules the world. :)

to fara : btol3~ :)