“ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang di perintahkan ”. (At-Tahrim:6)
Kadang kadang terasa nak menangis andai baca ayat ni. Sebelum cuti, entah berapa kali terjumpa (bukan mencari...) artikel tentang dakwah keluarga. Mungkin Allah cuba menyampaikan sesuatu buat diri ana. Memang bukan mudah, tapi ana cuba untuk berusaha sebaik mungkin. Dakwah keluarga. Cuti ini lah peluangnya. most of the time we are be with them.
Kadang ana sendiri terfikir, macam mana la nak memulakan?
Ana ingin nak share sikit apa yang ana pernah baca, bincangkan dengan sahabat-sahabat, naqibah dan ana pernah bincangkan perkara ini dengan hadek hadek bulatan gembira (rindunye kat diorang...)
Pernah ana terbaca satu artikel, mulakan dengan dakwah bil hal. Berdakwah dengan perbuatan kita. Jadikan diri kita sebagai qudwah buat mereka. Maksudnya, kita kena tunjukkan yang baik baik sahaja kepada mereka. Ambil hati mereka. Kalau boleh, jadi anak yang perfect di mata mereka. (wahhh.) Macam mana perfect tu ek? Kita lah parents' list, kita lah deen list, kita jugak la dean's list. hehe. berat nanang. tapi tak mustahil.
Yang paling penting,
Jangan jadikan kita sebagai fitnah dalam dakwah dan tarbiyyah.
Contohnya, begini, ibu ayah kita dah tahu yang kita ikut usrah di kampus dan ibu ayah kita sedia maklum tentang apa itu usrah walaupun sedikit. Paling tak pun, mereka tahu yang kita ikut usrah untuk belajar tentang agama. (Eh, macam belit belit ayat ni...). Oleh yang demikian, kita janganlah buat benda yang mereka tidak suka seperti berkasar dengan mereka sehinggakan mereka berkata,
" eh, ni ke yang awak dapat dalam usrah..?"
tak pun,
"ingatkan dah ikut usrah perangai makin elok..tapi..."
see, dari situ kita dah jadi fitnah dengan DnT sekaligus kita menghilangkan kepercayaan ibu ayah kita kepada kita. Berdakwahlah dengan mereka dengan penuh kasih sayang. Niat kena sentiasa refresh, renew dan reupgrade.
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [An-nahl:125]
Kedua, kita ceritakanlah sedikit demi sedikit tentang Islam kepada mereka. Ceritalah apa yang kita dapat daripada daurah, usrah dan sebagainya kepada ibu bapa kita. Tapi kita kena pastikan apa yang kita nak ceritakan kepada mereka, perkara yang se'level' dengan pemahaman mereka. Dakwah kan ada tahapannya. :) Contohnya, mungkin ada ibu bapa yang benda basic tentang Islam pun masih kabur silau, so ceritakanlah yang basic lagi penting itu.
Ketiga, jangan sesekali lupa doakan ibu bapa dan keluarga kita dalam setiap doa. Ingat, hidayah itu bukan kita yang pegang, tapi Allah. Kita hanya menyampaikan, yang memberi hidayah itu adalah Allah. Doakan supaya Allah melembutkan hati ibu ayah kita dan diberikan hidayah.
INI PALING PENTING!
Kita tak boleh nak mengharapkan dengan kekuatan kita semata-mata. Ingat, dari siapa datang kekuatan itu? Siapa yang memegang hati ibu ayah dan keluarga kita? Siapakah yang layak memberikan hidayah?
SIAPA?
ALLAH, kan?
So, maksudnya?
KITA KENA JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH.
Apa kaitan nya pulak?
Bila mana hati kita kuat hubungannya dengan Allah, kita minta tolong dari Allah untuk sentuh hati ibu ayah kita. Mohon kepada Allah untuk memberikan kekuatan kepada kita sekaligus permudahkan segala urusan kita. InshaAllah, kuatnya hubungan hati kita dengan Allah, Allah akan bantu. Hati yang kuat hubungannya dengan Allah, hatinya bersih. Bila hati seseorang itu bersih, mudahlah kita membuat satu satu kerja dengan hati yang tulus. Hati yang bersih mampu menyentuh hati. So, hati-hatilah dalam menjaga hati. hehe.
Apa-apapun, sebenarnya ibu bapa mana tak nak yang terbaik buat kita bukan? Cuma, mereka masih belum faham dan meluahkannya dengan cara kita. Wallahu a'lam.
p/s: semalam tiba2 adek teringin nak baca al-Quran terjemahan ana, mungkin ini sign yang baik. Semalam juga adek bertanya dengan ana tentang bunyi di langit sekitar kota samarahan. Ana simply jawab, dunia dah tua. Kiamat dah dekat. Tanda2 kecik semua dah berlaku. Tinggal tunggu tanda tanda besar lagi. (eh, dahsyat beno jawapan, tapi itulah kebenarannya) Ibu bapa ana pun macam takut jugak dengar explanation ana (eh, jahatnye takut2kan parents) Lantas mereka menceritakan tentang zaman diorang dulu2, tak tahu apa apa tentang agama, tak de belajar agama. Hmm, mungkin ini petanda baik? InshaAllah, doakan ana.
p/ss: andai ada idea lain yang osem lagi bergaya, antum boleh share, share lah ye. kat ruangan komen.
No comments:
Post a Comment