Sunday, December 18

Just a simple post about bulatan gembira.


Assalamualaikum & hye peeps.

Mereka mampu buat saya angau.
Haha. Ayat tak bley bla. Eh. Tak bley bla pulak guna words tak bley bla di sini. Hehe.
Hari ni jemput adik adik kat airport. Wahh, seronok pulak diorang dah balik.
Tapi ana tau, mesti jiwa adik adik tu masih kat rumah. hehe
Cepat cepat la bawak jiwa tu bersama ye.
Tak baik untuk diri,tak baik untuk study.
Hehe.

Bulatan gembira. 



Apabila engkau melewati taman taman syurga, maka berlabuhlah di sana
Ada sahabat bertanya,“Apakah taman-taman syurga itu.” Baginda menjawab, “Majlis-majlis ilmu.” (HR Thabrani)
 
Ana sendiri tidak menyangka bahawa ana berbulatan gembira kerana ana antara golongan bulatangembiraphobic masa dulu dulu. Nak lari je keje masa kawan ajak masa sekolah dulu. Dan juga tak sangka ana berpakaian sebegini sebab ana dulu allergic dengan clan clan T.L ni. Ana gelar dulu tudung obor obor. Jahat mulut kan? Hehe. Tapi itula, hidayah Allah tu luas, milikNya. Dia berhak memilik siapa saja yang Dia nak. Masuk unimas, diperkenalkan dengan bulatan gembira. Tak silap Dzatul ajak  kot. Sebab tu ‘terperangkap’ dengan bulatan gembira sampai sekarang. Tambah tambah akak akak ni sweet sangat. Hehe.

Bila menjejak ke alam degree, melangkah satu langkah lagi. Memiliki bulatan gembira. Alhamdulillah.Sungguh tak disangka. Apapun, rencana yang Allah susun itu cantik bukan? Adek adek bulatan gembira yang osem osem semuanya. Sekejap je boleh buat ana sayang dengan mereka macam keluarga sendiri. Itulah keajaiban bulatan gembira.

Buat mereka yang belum berbulatan gembira, cari la bulatan gembira anda. Ana pasti, anda akan merasakan ke-osem-an nya. Tak perlu rasa anda belum cukup baik untuk berada dalam bulatan gembira. Tak perlu takut, tak perlu segan.

bulatan gembira dihadiri bukan kerana mereka baik,
tetapi kerana mereka yang berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik.

Harapan.
Semoga muka muka ini, sahabat sahabat akak akak adek adek bulatan gembira, muka muka merekalah yang bakal kita lihat di syurga kelak. Semoga kita sama sama tsabat [maksud : kekal] di jalan ini dan terus berpimpinan hingga ke pintu syurga. InshaAllah. :')

p/s : terharu menerima buah tangan dari Terengganu :’)

p/ss : menjelang nak final makin ghajen pulak hapdet nya. heh. hehe.

No comments: