Tuesday, December 11

kerana berdua itu lebih baik



Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [Surah Tahrim : 6]

Sesungguhnya, 
dakwah keluarga ini bukan mudah.
Perlu kekuatan. 
Perlu keazaman.
Perlu kuat hubungan dengan mereka.
Dan yang paling penting.
Hubungan dengan Allah. 

Ya Allah, 
Kau Yang Maha Kuat, 
Maka Kau kurnialah kekuatan kepadaku. 
Dan tingkatkanlah keazaman dalam diriku.

Ya Allah, 
Kau yang Membolak-balikkan Hati,
Maka Kau tetapkan hatiku,
Agar terus taat kepadaMu,
Dan setia dalam mencari cintaMu. 

Allah,
sungguh, 
aku ingin berhimpun dengan mereka sekali lagi di akhirat kelak
di syurgaMu....

*nanges*

*****

InshaAllah. sedang berusaha untuk berdua. 
Kerana ana yakin, 
berdua itu lebih baik, lebih kuat, lebih berpengaruh. 

Ehem, jangan salah faham maksud berdua tu apa. 
Kat fb ramai dah salah faham. 
Aihohehhh.

Ana ada sorang adik. 
Dan bila ada adik sekali bersama dalam DnT ni,
mesti lebih mudah nak ajak family yang lain kan?
Begitulah maksudnya. 
Jelas ? 

oh ya, ana pernah post tentang dakwah keluarga sebelum ni. 







No comments: