Monday, January 23

hati yang hilang

Assalamualaikum & hye peeps.



lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun


noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

petikan lagu kembara ilmu oleh Shuhaimi. 

noda di hati melemahkan minda.

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

somehow, sometime 
persoalan tiba tiba timbul.
betulkah hati ini penuh noda? 
mungkin benar.

“Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” 
(Hadis riwayat Ibn Majah)

sebab itulah, 
ilmu yang ditimba tak melekat, 
mudah sahaja lupa. 



mungkin perlu cari "hati yang hilang" itu. 
sebelum ia hilang tak kembali.
sebelum pemilik hati itu, pergi tak kembali. 
T_T





No comments: