Venue: Bilik study Wing AA Kolej Seroja UNIMAS
Meeting Kolej Seroja Blok A.
Tengah tension dengar meeting dalam keadaan letih, panas, sempit dan sendat, tiba-tiba seorang kawan menerima panggilan telefon menyatakan ada bangunan hangus. Rasa memang tak percaya disebabkan macam tak logik seolah-olah panggilan telefon tersebut sekadar main-main.
Tiba-tiba, ada seorang akak tu menjenguk ke luar dan menjerit...
"hoi!!! terbakar...ada bangunan terbakar...api besar!!!"
Kita orang pun masing berlalu dan meninggalkan tempat meeting dan pergi ke tempat mesyuarat. Rupa2nya computer lab untuk asasi yang berdepan dengan Masjid Unimas yang terbakar. Api betul-betul marak dan tersangat besar. Jasmin hampir menangis dan lutut ini terasa lemah melihat api tersebut. Apa2pun, Jasmin bersyukur sebab lokasi tersebut tidak ada orang dan jauh dari kolej kediaman Jasmin. Dalam masa yang sama, Jasmin sangat risaukan sahabat2 Jasmin yang terlalu...sorry to say..mengikutkan darah panas orang muda yang terlalu curious sehingga sanggup berdiri terlalu hampir dengan lokasi kebakaran tanpa memikirkan langkah keselamatan yang lain. Ingat..ikut hati muda..nanti sengsara!
Jap...tengok ni. Klik sini.
Ni gambar sikit2.
Tidak lama lepas tu, terdengar muslimin melaungkan azan. SubhanAllah, semasa azan tersebut berkumandang, api tu semakin mengecil dan pergerakkannya lembut dan tidak ganas. Maha Suci Allah...kuasa Allah! Alhamdulillah, kira-kira 20minit lepas tu, api berjaya dipadamkan.
Sejurus selepas itu, bekalan api terputus! Ya Allah..dugaan apakah ini. Kami kena berkumpul di perkarangan kolej dalam keadaan gelap gelita mengikut blok masing2. Ya Allah. Sengsaranya part ni. Jasmin ni rabun malam. Tak nampak muka. Kena suluh sorang2 baru nampak. Setelah selesai taklimat, kami tak dibenarkan untuk balik ke bilik atas faktor keselamatan. So, Jasmin decide duduk kat cafe bersama sahabat2 Jasmin.
Tiba2..seorang sahabat yang menghidap asma teruk diserang asma. Ya Allah. Dugaan. Berlaku depan2 mata! dan Jasmin yang terpaksa handlekan budak tu. Jasmin tak tahu nak buat apa melainkan call felo.Batt handphone pulak low! Call berkali2 tak angkat. Allahu...Jasmin memang risau. Ilmu kecemasan pun tak de. Nasib baik Pak Ali tolong hantarkan budak tu. Alhamdulillah. Sahabat Jasmin ok.
Lepas tu, balik bilik masing2. Satu bilik kitaorang berkumpul 4 orang. ATAS DASAR KESELAMATAN. Alhamdulillah, tidak lama lepas tu, elektrik pulih dan segalanya kembali normal.
Inilah ujian Allah pada malam 1 Ramadhan.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2)
selepas....
selepas....
p/s: kempunan tak de kelas keesokkan hari..
No comments:
Post a Comment