Wednesday, August 25

Panggilan Itu: Pembakar Semangat vs Serba Salah

Assalamualaikum & hye peeps~

Sekarang tepat jam 1:27a.m. Otak Jasmin sudah tepu dengan nombor-nombor yang mungkin dibawa oleh neuron2 merayau ke dalam otak ni. Mata Jasmin pulak masih lagi segan silu nak tertutup. Mungkin terlebih tidur petang tadi kot. Hmm. Jasmin sendiri tak tahu apa la nak jadi dengan Jasmin ni. Sejak masuk asasi ni, pandai pulak tidur petang. Sebelum ni, tak pandai pun tidur petang. Malam-malam ni, selepas duduk sorang-sorang dengan roomate pun dah hanyut entah ke mana dibawa mimpi, tiba-tiba Jasmin terfikir balik cita-cita Jasmin. Mampukah Jasmin capai cita-cita tersebut? Mampukan Jasmin untuk tidak mengecewakan ibu ayah Jasmin yang  telah memberi "greenlight" untuk Jasmin mencapai cita-cita Jasmin? Tadi terima mesej dari ayah:

"Buat apa tu Dr. Jasmin? Study elok2....jangan main-main...mak dah rindu kat Dr."

Ya Allah, betapa luluh hati ni! Panggilan Dr. Jasmin oleh mak ayah sudah cukup membuat Jasmin serba salah. Sungguh tinggi harapan mereka. Takut Jasmin mengecewakan mereka. Tidak kurang jugak ada sesetengah sahabat tu memanggil Jasmin dengan nama sedemikian rupa. Jasmin sedar panggilan tersebut boleh jadi satu doa yang istiqamah. Tapi, Jasmin takut tidak mampu. 

Haizzz....kenapa la boleh merayau sejauh ni pemikiran ni! Astaghfirullah...banyak sangat fikir yang bukan2 la ni! Apa-apapun Jasmin! Jangan menyerah sebelum sampai ke penghujungya! ni baru permulaan (walaupun dah dekat nak habis 1st sem)..eh2,,tak sesuai...bukan baru permulaan..tetapi masih belum terlambat. Jangan menyerah Jasmin. Kau MAMPU! InsyaAllah.



Apa-apapun sahabat-sahabat sekalian, doakan Jasmin ye. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik. Saya akan jadikan panggilan tersebut sebagai pembakar semangat!! InshaAllah!

3 comments:

Mimi said...

Insya-Allah...doa kan senjata kita...Allah xpernah kecewakan hamba-NYA...kita mesti yakin...tapi, seandainya terjadi bnda y kita xmok, jgn kecewa...Allah kan lebih tau apa yang terbaik utk kita....Redha dgn setiap ketentuan...Insya-Allah kita sentiasa berjaya....=D

erni said...

jasminnnn, kta menghadapi masalah yang sama! mek selalu tepike gya juakkk. and umi! ktak nang pemberi nasehat yang baek! gud luck tak duak! semoga kawan mek duak org tok jadi doktor yang berjaya! =DDD

Jasmin Jaraee said...

thnx ummi!!! 4 ur advice! inshaAllah akan kmk pegang kata2 ktk ya! mudah2an kta sama2 berjaya!!

erni!
kmk doakan ktk berjaya juak!! ameen!!

rndu ktk 2!!! mbak smgt kmk rah overseas!!