Assalamualaikum & hye peeps~
Walaupun mata ni agak mengantuk, tetapi digagahkan jua mata dan jari ni untuk mengisi blog Jasmin yang tidak punya apa-apa ini. Jasmin baru sahaja balik dari ceramah intelek anjuran Unit Pengurusan Masjid UNIMAS (UPMU).
Ceramah tersebut bertajuk (kalau tak silap) Mahasiswa Islam Pencetus Empayar Islam. Jasmin hari tu memang rugi sangat-sangat sebab datang agak lewat ke ceramah tersebut. Tetapi pepatah Inggeris ada menyatakan "better late than never" kan?
Antara yang sempat Jasmin coretkan:
3 Metode Perubatan yang seringkali diamalkan oleh Rasulullah SAW.
1. Minum madu.
Tidak dinafikan, madu mengandungi 1001 khasiat yang boleh mencegah pelbagai jenis penyakit. Allah telah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
(Surah An-Nahl:68-69)
Sekarang, banyak penemuan khasiat madu oleh para saintis sedangkan Al-quran telah menemukan khasiat madu lebih kurang 1400 tahun yang lalu.Tidak dapat dinafikan lagi Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia. Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:
(Surah Ali Imran: 191).
2. Berbekam
Berbekam merupakan teknik pengubatan wahyu yang diilhamkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah SAW bersabda:
"tidak aku melewati para malaikat pada malam Isra' melainkan kesemuanya menganjurkan kepadaku: Ya Muhammad, hendaklah kau melakukan bekam."
3. Memanfaatkan sumber alam semulajadi sebagai ubat.
Sumber alami seperti kurma, buah zaitun dan habbatus sawda mengandungi khasiat yang tinggi. Habbatus sawda sendiri sebagai contoh, terdapat hadis Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut".
(Riwayat Bukhari)
Jika nak tahu lebih lanjut khasiah habbatus sawda, tanya je dengan pak cik google dan mak cik yahoo.
APA KAITAN DENGAN KITA? BAGAIMANA MAHASISWA BERILMU DAPAT MENGEMBALIKAN EMPAYAR ISLAM YANG DULUNYA PERNAH GEMILANG?
Ingin sekali saya memetik kata-kata Pak Soekarno:
Beri aku 10 orang tua, aku akan menggegar Indonesia, tetapi, beri aku 10 mahasiswa, nescaya aku mampu menggoncang dunia"
Di sini, ternyata dan jelaslah bahawa betapa hebat kita sebagai mahasiswa memainkan peranan dalam empayar Islam. Dalam usaha mengembalikan kegemilangan empayar Islam seperti zaman Rasulullah SAW, Zaman Khulafa' Ar-rasyidin, Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Sultan Muhammad Salahuddin Al-Ayubi, mahasiswa tersebut hendaklah tahu hukum hakam dan syariat Islam itu sendiri. Seorang doktor misalnya, haruslah mengetahui secara mendalam syariat islam itu sendiri. Sebagai contoh kerjaya seorang doktor sudah tentu tersangat la sibuk dan kadangkala mencecah 36 jam waktu bekerja. Pembedahan yang panjang kadang kala menyebabkan solat tidak dapat dilakukan dan kadang2 miss solat. Tapi, ada jalan penyelesaiannya iaitu dengan menjamakkan solat tersebut.
Konklusinya, jika bukan kita siapa? Jika bukan sekarang, bila? Renung2kan? Tepuk dada tanya IMAN!
No comments:
Post a Comment