Thursday, July 12

action speaks louder than words

"ni boikot ni. kenapa awak beli barang boikot? Johnson & Johnson, Milo. Awak sokong benda-benda ni?" gadis bertudung labuh itu menyelak almari Rasyidah satu persatu. Tanpa rasa hormat. 
.
.
.
Watak di atas, memang rekaan. Tapi situasi yang sama pernah berlaku, diceritakan oleh sahabat ana sendiri. Perkara tersebut pernah berlaku kepada kakaknya. Peluh kecil. Dan peluh itu membesar membuak-buak apabila situasi itu berlaku di UNIMAS. sekarang, peluh besar.  

Mendengarkan kisah itu, ana mengeluh, sambil geleng-geleng kepala. Tidak menyangka, ada juga insan yang berpakaian membawa imej Islam berakhlak sedemikian rupa. Memang benar, barang tersebut, barang-barang boikot. Menyumbang kepada tentera Israel. Akan tetapi, begitukah akhlak seorang da'ie? Masuk ke bilik dan membuka almari orang lain tanpa kebenaran? 

Qudwah Qabla Da'wah

Qudwah hasanah sebelum dakwah. Ramai para du'at (huh peluh kecil dan tolonglah terasa penulis heyy) gagal untuk melihat perkara ini. Sememangnya, dakwah itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu digalas oleh setiap peribadi yang bernama muslim.



Namun, marcapada ini, fenomena dakwah tanpa amalan (peluh besar) telah merencatkan proses tarbiyyah itu sendiri. 


Maka, lahirlah seorang yang tidak mampu melahirkan fikrah (tiktiktik air mata jatuh) yang diperoleh dalam medan amal apatah lagi dalam medan jihad. Perlunya qudwah hasanah seorang da'ie itu kerana seorang da'ie itu bukan sahaja menjaga hubungan baik dengan Khaliqnya, malah dengan makhluk Allah dan seluruhnya.



Da'ie Itu Contoh Bergerak

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya; 
apakah perbuatan yang menyebabkan banyak manusia masuk jannah? 
Rasulullah menjawab, taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik”.

Hadis di atas menunjukkan peripentingnya akhlak yang baik dalam diri seorang da'ie. Kerana da'ie itu adalah contoh, contoh yang bergerak. Merekalah contoh dari segi amalan. Merekalah contoh dari segi percakapan. Mudah kata, dari seluruh aspek kehidupan, merekalah contoh bagi orang sekeliling. 

Mustafa Masyhur pernah berkata, 

“Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain”

Maka, siapakah contoh terbaik yang boleh dijadikan teladan?


Contoh Teladan Terbaik

Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah terdapat contoh tauladan yang baik bagi seseorang yang mengharapkan Allah dan hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”

( Surah Al-Ahzab: 21 )

Menjadi kewajipan bagi seorang pendidik untuk mempelajari sirah Rasulullah shallallahu ’alaihiwa sallam kerana sirah baginda menceritakan tentang risalah dan sahsiah.

Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam adalah contoh untuk semua peringkat manusia sepanjang zaman. Akhlak baginda adalah al Qur’an. Baginda adalah sebaik-baik manusia. Baginda seorang abid pada waktu malam dan ahli siasah yang berhasil menyatukan umat manusia. Baginda seorang ahli peperangan yang mahir mengatur strategi peperangan dan seorang panglima di medan pertempuran. Baginda seorang ayah yang penuh kasih sayang dan lemah lembut. Baginda seorang suami yang berjaya mewujudkan mawaddah, rahmah dan ketenteraman dalam rumahtangga. Baginda seorang teman yang setia.  Baginda seorang jiran yang prihatin terhadap masalah tetangga. Baginda seorang hakim yang adil. Baginda seorang penguasa yang kasih kepada rakyat. Baginda menziarahi orang yang sakit. Baginda memberi bimbingan kepada manusia yang memerlukan hidayah dengan penuh kasih sayang.
Manusia melihat secara langsung isi da’wah Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam pada peribadi baginda sehingga hati mereka tergerak untuk menerima risalahnya. Baginda adalah seorang murabbi yang membimbing manusia dengan qudwah hasanah sebelum ucapan. 
Maka, adakah insan lain yang terbaik dijadikan contoh teladan melainkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?
Penutup


Sesungguhnya para pendidik membawa tugas para nabi. Mereka perlu jujur dan benar dengan Allah subhanahu wa ta’ala, sama ada dalam kata-kata mahu pun dalam perbuatan. Mereka tidak boleh menginginkan sesuatu melainkan keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala. Mereka bertanggungjawab untuk berusaha mewarisi akhlak Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam.



Qudwah hasanah adalah asas kepada tarbiyyah dan dakwah. Ingatlah dakwah Islam memerlukan saf yang komited secara amali untuk berkembang. Janganlah kerana akhlak kita yang tak hensem, perangai kita yang tak comel, perkataan kita yang tak cantik, tapi hanya hebat berkata-kata, menulis (huhuhu) kita menjadi fitnah kepada risalah yang kita bawa. Benarlah pepatah Inggeris, 'action speaks louder than words'





2 comments:

tusyipum merah jambu said...

org itu bukan saya min

Jasmin Jaraee said...

heee. harap2 bkn kita...tekojut eden.