Wednesday, April 7

Salah Anggap Penggunaan Perkataan InsyaAllah...

Sebelum Jasmin teruskan kepada apa yg Jasmin nak cakap...Jom kita layan lagu InshaAllah oleh Maher Zain...Current playlist Jasmin ni. 



best tak lagu ni??
OK..Jasmin nak teruskan ke agenda utama. Shioh..skema dek bunyi Jasmin.hahah...
Jasmin masih ingat conversation Jasmin dgn salah seorang sahabat.

Sahabat : Min, dapat tak awak bawa lapik meja awak by esok?
Jasmin: InsyaAllah...esok saya bawa...
Sahabat: Aih..takde insyaAllah2...saya nak esok awak bawa jugak..

hmmm..berdasarkan dialog tu tadi, nampak kan yang Sahabat salah faham makna InsyaAllah. Kebanyakan orang Melayu berpendapat bahawa perkataan InsyaAllah macam nak tak nak je kan? Jasmin tak marah pun dengan orang macam ni, sebab dulu Jasmin pun berpendapat demikian jugak. hohohoh..

InsyaAllah bermakna dengan izin Allah atau dalam BI nya God Willing..hmm.Maknanya apa sahaja yang kita rancang atau janji hanya akan berlaku dengan keizinan Allah. Dan bila kita berjanji, kita nak buat sesuatu, kita kata InsyaAllah. Tu maknanya kita memang betul2 dan serius nak melaksanakan tugasan tersebut dan setelah berusaha, semuanya hanya terserah kepada keizinan Allah utk merealisasikan kehendak atau rancangan kita tersebut. 

Oleh itu...Jasmin harap, lepas ni tak der la sahabat2 Jasmin yang salah anggap makna perkataan InsyaAllah ye..heheheh..

ok..
nampaknya setakat ni shj entri Jasmin hari ni..
yang baik dari Allah..
yang buruk kelemahan Jasmin.
Jazakumullah...
Assalamualaikum.

3 comments:

ibrahim1987 said...

Saya suka lagu & layout blog awak.

Nur Cahaya said...

nk tnye pasal gune insyaAllah... lau kite dh berjanji n ckp InsyaAllah..pas 2 kite x dpt tunaikan janji kite 2.. adakah kite dikira mgkir jnji n berdosa?

Jasmin Jaraee said...

bergantung dengan niat. kalau dh berniat memang betul2 nak laksanakan, tak dianggap berdosa. sebab kte kne ingat, kite merancang, Allah jugak merancang, Allah jugak yg menentukan.

lain la kes kalau memang buat2 tak dpt laksanakan tu, tu baru mungkir janji.

wallahu a'lam.
sy jwb yg termampu.