Saturday, July 28

rasa hati, taip tanpa backspace.


Perlunya muhasabah diri, bertanya dan koreksi diri.
Cukupkah amalan selama ini untuk dibawa ke akhirat sana?
Sudah cukupkah bekalan yang kita kutip sepanjang pengembaraan ini?
Cukup beratkah timbangan amalan kebajikan kita?
Mampukah ia mengatasi amalan kejahatan kita?
Dan bagaimana pula hendak disembahkan amalan-amalan ini kepadaNya,
Apakah Dia sudi menerimanya?

Namun, kita masih hanya mensia-siakan kembara kehidupan ini dan leka dengan yang sementara.

****

Aku yang penuh noda, dikotori lumpur dosa. Andai dosa itu berbau busuk, aku pasti tiada insan yang mahu mendekatiku. Sedangkan pada masa yang sama, aku mengingatkan orang lain supaya jauhi perkara yang boleh mendatangkan dosa. Allah. Sungguh hina hambaMu ini. Ampuni aku dan kuatkanlah imanku, ya Raheem.



Astaghfirullahal 'azeem. Kerdilnya insan itu, apabila ia sedar bahawa ia seorang hamba [QS 51:56]. Sekalipun diangkat darjatnya sebagai khalifah [QS 2:30] yang mentadbir bumi ini, dikurniakan akal fikiran lagi. Namun, apa kita, siapa kita di sisiNya andai kita tidak beriman. Allahu rabbi. Sungguh malu aku pada orang-orang terdahulu. Diseksa, ditindih batu, masih lagi berkata "ahad, ahad, ahad". Diseksa ditengah padang pasir, masih lagi mempertahankan iman mereka. Allah...

 Terfikir, kalau kita? Entah bagaimana. 

Apa gunanya harta dan pangkat, andai diri dizalimi? Bukan oleh orang lain, tapi diri sendiri. 

Allah bagi kita tangan, Allah bagi kita mata, Allah bagi kita kaki, Allah bagi kita mulut. 
Tangan itu dikurniakan untuk meneruskan amal bakti, bantu yang memerlukan, berdoa padaNya.
Kaki? Untuk melangkah ke tempat yang membawa ke syurgaNya.
Mata itu pula untu memerhati dan menghayati kebesaraNya. 
Mulut itu sudah tentu untuk mengukir madah memuji asma-asmaNya.

Tapi kita? Apakah digunakan sebaik mungkin?
Apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? 
Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? 
Sedangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menangis semalaman apabila diturunkan ayat [QS 3:190-191]

Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? 
Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? 
Mengapa  membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?



Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini.








Ya, kita tahu adanya pahala, adanya dosa. Mengapa tidak diendahkan?

Kita sedar akan adanya kematian. Mengapa sering dilupakan?
Kita juga tahu dunia ini sementara. Mengapa gayanya seperti akan hidup selamanya?
Kita yakin adanya hidup selepas kematian. Mengapa terus leka?



Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mengucapkan syukur kepadaNya seolah-olah kita perolehnya dengan usaha kita sendiri semata-mata. Kita mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman.









Bukankah kita terlalu angkuh kepadaNya?

Mengapa kita jadi sebegini jahil sedangkan kita ini lemah? 
tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya

Sedarlah insan, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini melainkan hanya penderitaan semata-mata jika kita tidak beriman kepadaNya.



Dekatkanlah diri kita denganNya, 
rendahkanlah diri dihadapanNya, 
basahilah pipi ini dengan air mata taubat, 
sinarkanlah wajah ini dengan siraman air wudhuk, 
bersihkan dan sucikan hati dengan keikhlasan dalam segala amal kebaikan
pagarilah diri ini dengan benteng keimanan yang teguh dan utuh. 
dan yakinlah, bahawa Allah sentiasa bersama kita biarpun suka atau duka.






Ya Allah Ya Rahman, setiap hela nafas kami, hanya milikMu. Kami tahu, jika Kau berkehendakkan kami kembali kepadaMu bila-bila masa sahaja, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu. Maka kami bermohon terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini. Sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu. Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu menghampiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. 


Bantulah kami untuk mencorak jalan pulang kami, ya Allah. 

Aku tidak mahu jadi manusia jahil, yang membina rumah di tengah tengah jambatan. 

p/s : rasa tertampar tampar bila tadabbur surah an-nisa' [jeles tgk org lain dah jauh. huhu. baru start 3 hari y lepas...] untuk hari ini. mention tentang munafik @ kafir berulang-ulang kali. tiba teringat satu kata-kata dalam novel contengan jalanan. kita ni kadang kadang perasan sangat. tadabbur, "wahai orang-orang beriman!" kita rasa kitalah watak putih itu, kita bukan watak hitam "wahai org2 kafir.." sedangkan apa yang kita buat pun belum pasti membuatkan kita jadi watak kelabu ke tidak. serious tertampar semezupppp. huhu. 


p/sss: satu lagi, disengajakan diletakkan [QS 2:30], [QS 51:56] dan [QS 3:190-191] sahaja. hee. supaya belek al-Quran tu. Quran is for a self, not shelf! Sharu ramadhan, shahrul quran! 

No comments: