Assalamualaikum & hye peeps.
Hari ini kita belajar sejarah sedikit.
Biarpun tiada dalam buku sejarah sekolah menengah.
15 Mei 1948
Tahu ke tak? Tarikh apakah itu?
haa..garu-garu kepala yang tak gatal.
63 tahun yang lepas merupakan hari Nakba, yang bermaksud malapetaka. Malapetaka bagi Palestin secara khususnya dan kepada kita, umat Islam sebenarnya.
Palestin diduduki dan dijajah oleh Israel. Mengenang sejarah 15 Mei 1948 meninggal kesan luka mendalam terhadap hati nurani umat Islam Palestin. Pada tanggal tersebut berlakunya peristiwa Nakba iaitu peristiwa malapetaka di mana Israel melancarkan pembersihan etnik iaitu sejumlah rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka dan merupakan tarikh di mana negara haram (ye ke negara?) Israel ditubuhkan (kononnya...)
Persoalannya,
pernahkah kita mengambil peduli akan tarikh tersebut?
15 Mei 1948?
Tarikh tragis buat kita, umat Islam?
Nabi sallallahualaihi wasallam bersabda : “ Sesiapa yang tidak mengambil berat nasib dan hal ehwal umat Islam, maka mereka bukanlah di kalangan umat Islam tersebut”.
Apa yang kita boleh perjuangkan?
Jika mereka berjuang memperjuangkan hak mereka di bumi anbiya' dengan nyawa dan darah menjadi pertaruhan, kita juga harus memperjuangan hak kita. Sebab? Perjuangan mereka, perjuangan kita. Kita sama. Kita, mereka adalah sama. Sama-sama melafazkan kalimah agung yang mentauhidkan Allah.
Di Palestin, mereka bermandikan darah dihujani peluru pada setiap hari. Apakah masih sanggup lagi kita hanya mendiamkan diri tanpa melakukan apa-apa? Paling tidak pun, ambil peduli? Ingatlah, biarpun sumbangan kita sedikit cuma tetapi ia adalah sesuatu yang sangat bermakna buat mereka dan adalah mulia di sisi Allah S.W.T.
Mengapa tidak kita menadahkan sambil menitiskan airmata mendoakan mereka? Jika mereka menembak dengan pistol senapang batu sebagai senjata, kenapa tidak kita menembak dengan doa? Doa kan senjata mukmin? Jangan pernah kenal erti putus asa, kerana mereka tidak pernah putus asa, pejuang-pejuang Islam tak pernah berputus asa.
Ingatlah,
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina
ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi
No comments:
Post a Comment