Sunday, May 1

cinta sampai mati.

Assalamualaikum & hye peeps.

"...Binalah ukhwah atas dasar keimanan dan daripada keimanan berbuahnya keikhlasan. InsyaAllah, ukhwah yang dibina dengan kalimah bismillah, hanya diakhiri dengan innalillah..bilamana kita bertemu & berpisah kerana Allah, semuanya akan menjadi indah..."

indah. sangat indah.
ukhuwwah fillah yang sangat indah.
tak mungkin aku lupakan.
mesti lepas ni aku rindu nak kacau-kacau bilik kawan-kawan.
rindu nak jalan-jalan turun kuliah sama-sama.
rebut cermin besar punya dekat seroja.
rindu nak jalan-jalan balik masjid sama-sama.
rindu makan aiskrim sama-sama bila balik kelas English.
rindu nak usrah sampai malam-malam.
rindu nak buat lab report last-last minute.
sampai 3 4 pagi.
rindu nak buat website sama-sama.
walaupun hangpa semua t'tdoq masa aku wat website.
rindu kat anak aku,
angelino juling.
rindu english exhibition.
rindu nak g niah sama-sama.
rindu nak g rumah mayat sama-sama.
rindu nak daki gunung sama-sama.
daurah, mukhayyam sama-sama.
RINDU.RINDU.RINDU.
konklusinya,
aku akan merindui setiap detik aku di sini.


di sini,
aku belajar macam-macam.
tarbiyyah.
di sini aku menjumpainya.
di sini,
berukhwah fillah dibajai keimanan.
sweet sangat-sangat.
tak mungkin aku melupakannya. 

mungkin ini sebabnya Allah campak aku kat sini,
gerakkan hati aku ke sini.
bukan di UIA, bukan di Royal Medical College.
memang,
Allah sebaik-baik perancang.
Allah yang Maha Mengetahui.
He knows the best!

teringat aku ayat-ayat cintaNya yang tertulis dalam surah Al-baqarah ayat 216,

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh juga kamu menyenangi sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..."

InshaAllah.
kenangan kita sama-sama kat sini..
akan aku simpan ketat-ketat.
akan aku semat kemas-kemat.
akan aku ingat sampai mati.
p/s: Min agak terkilan sebab tak sempat jumpa sesetengah sahabat lain. huhuhu. bila la akan berjumpa lagi kan?? eh lupa. MAP asasi kan ada?? DUK SEPARUH!!! RENDAH LAGI...! hehe :)

P/s/s : agak risau waktu cuti. agak jauh dari tarbiyyah. apa2pun, jaga iman. jaga mutabaah. tarbiyyah hati. :)

No comments: