Tuesday, May 31

hati-hati membawa hati

masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi..
IKAN, tapi apabila ikan telah mati..
secubit garam pun mampu untu memasinkannya..

begitulah ♥ HATI
hati yg hidup sangat sukar dinodai,
tetapi apabila HATI sudah mati...
mudahnya dipengaruhi....

hati,
jangan biarkan ia mati,
kerana di situlah jatuhnya pandangan Allah,
di situlah letaknya pernilaian Rabb kepada kita,
di situlah tembusnya ilmu.

oleh itu, 
jaga lah hati.
agar tidak rosak,
supaya tidak kotor,
tidak keras dan akhirnya mati.



bukankah Rasulullah S.AW telah bersabda:

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ialah hati.
[Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari]

Tahukah kita, setiap satu maksiat yang dilakukan akan menyebabkan titik-titik hitam dalam hati?

“Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Apabila hati hitam keras sakit, sukar bagi seseorang itu untuk merasakan manisnya ibadah. Sukar untuk memahami suatu ilmu tersebut. 

Bagaimana nak gilap balik hati?

Oleh itu, peliharalah hati dengan sebaik mungkin agar tidak menjadi kotor, hitam, dan mati. Hidupkanlah hati dengan  mengingati mati. Gilapkanlah hati dengan zikrullah. 


Firman Allah bermaksud :

Ketahuilah! Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.”
(Surah al-Ra'd, ayat 28)



p/s : pesanan buat diri. masa cuti, macam-macam cabaran. rindu nak usrah~~~

No comments: