Disklemer 1: Ini bukan cerpen pun. Cerpendek ada la. Eh? Time setting pun pendek je.
Disklemer 2: Jika anda pejuang bahasa yang alergi dengan bahasa rojak, ini bukan bahan bacaan yang sesuai. Sekian.
“La yukallifullahu nafsan illa wus’aha…” kata-kata itu
menyapa gegendang telinganya. Terasa tangannya dipegang. Lembut dan
menenangkan. Humairaa’ mengangkat wajahnya.
“Means?”
“He, Allah won’t burden you to something that you couldn’t
bear.”
“But among all, why me?”
“Just because He loves you. He misses your voice in your
prayers. And yes, He loves you.” Aisyah
berhenti sebentar. Saja, memberi ruang untuk Humairaa’. Biar dia tenang dahulu.
Mug berwarna hijau aquamarine berisi air French vanilla tea kat depan mata
dicapainya dan dibawa ke mulut. Diminumnya dan dibiarkan mengalir membasahi
oesophagusnya.
Humairaa’ mengangkat muka. Dia menarik nafas panjang.
Pandangannya dilemparkan ke arah landskap ala Jepun di depan rumah kak Aisyah.
“Tapi kak, it hurts me much. Kadang-kadang sampai tak boleh
nak buat apa. Kerja tergendala, emosi tak stabil, macam-macam. It’s hurt to
hold on, but it’s more hurt to let go. Saya tak boleh nak faham kenapa dia jadi
lain. She changes, a lot. She’s not the old her. She’s not the same. Dan, susah
saya nak terima, kak.”
“Humairaa’, awak tahu kenapa sakit? Sebab, awak letak erti
bahagia derita awak pada dia, bukan pada Dia.”
Zaaaaap, tertujah pisau rasanya. Humairaa’ senyap sebab sentap.
Sakit benar tujahan kata-kata kak naqibah dia. Boleh masuk hospital gamaknya. Hilang
entah ke mana rasa sedihnya. Mungkin rasa sentap mengatasi.
Aisyah menyambung lagi, “Kalau pasu pecah, nak salahkan pasu
ke atau awak sendiri yang letak kat tepi meja?”
“Laa, dah letak tepi meja tu memang cari pasal lah kan?”
“Haaa, tau tak pe. Macam tu jugak hati kita. Dah kita letak
pada benda yang tak sepatutnya. Memang macam nak serah diri untuk diremuk
berderai lah kan?”
Dushhh. Terasa piano oak spinet 38 inci tinggi 38 inci lebar
jatuh atas kepala Humairaa’. Tak mampu nak debat balik walaupun dia pembahas
terbaik debat ala parlimen peringkat kebangsaan masa sekolah dulu.
[credit]
“Did you ever heard or came across the phrase false attachment?”
“Nope. Kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu, pergantungan
palsu. Kalau nak macam saintifik lagi, pseudoattachment?” Haa, hambik. Bila
budah biotech berbicara.
“Pseudoattachment pun boleh.”
Mereka gelak. Kemudian senyap
semula.
Humairaa’ bertanya, “apa
maksudnya tu kak?”
“Pergantungan yang bukan pada
tempatnya. Betul lah, pergantungan palsu. Dan pergantungan yang kita rasa
pergantungan tu lah yang akan melukakan kita. Macam Humairaa’, mungkin dia tu
adalah segala-galanya untuk Humairaa’. Apple of the eyes, kan?”
Humairaa’ hanya mengangguk. Dia
teringat betapa dia sanggup mengorbankan apa sahaja untuk dia. Masa, duit,
tenaga, penat lelah. Semuanya lah. Kalau boleh, setiap saat nak dengan dia. Tak
boleh hilang sikit dari depan mata.
“Dan rasa sakit tu adalah satu
sign dari Dia. Ya, Allah jeles la kut. Sebab segala pergantungan seharusnya
hanya pada Dia. Macam ni la, kalau ada orang sayang kita sesayang-sayangnya,
dan bila kita pula buat tak endah dan sayang orang lain lebih dari dia, siapa
tak jeles tak?” Aisyah bagi analogi mudah sebelum menyambung lagi.
“Dan jelaslah, hati kita ni dah
terisi dengan dunia.”
Humairaa’ berkerut seribu. Ada
riak tak faham. Ada riak tak puas hati.
“Akak, bukan ke dunia tu harta
benda kan? Tapi kak, haa, tengok henfon saya tu, dah tiga tahun dah pakai Nokia
3310 lagi. Orang lain dah sampai Samsung SIV dah. Tu pun kira terikat dengan
dunia ke?” Humairaa’ bertanya. Bukan sebab meninggi diri, tapi memang
betul-betul tak faham.
“Haaa, ni la ramai orang salah
faham. Dunia tu tak semestinya harta benda gadget sahaja tahu? Boleh jadi jugak
manusia. Orang-orang sekeliling kita. Tempat yang kita suka. Ataupun kita letakkan sepenuh pergantungan kita pada akademik semata-mata. Sindrom no-degree-equal-to-gagal-dalam-kehidupan. Macam-macamlah.” Tekun Aisyah menerangkan.
"
"
“Oh, begitu ke kak. Selama ni
saya ingat dunia tu = harta benda material je. Huhu…”
“Takpe, it’s never too late to
learn. And remember Humairaa’, the nature of heart is to seek and love
something perfect and eternal. Dunya is neither perfect nor eternal. It’s full
of flaw, sis. But akhirah, yes, it’s land of flawless, perfect and eternal. So, hearts are not made for dunya, sis.But for
akhirah. Stop, detach yourself from dunya, because it will breaks your heart
apart. Seek akhirah, fill your heart with Allah’s love and place your highest attachment to Him,
inshaAllah everything gonna be fine. And leave your heart to Allah, to mend
your broken heart. Have faith in Him, sis.” Aisyah mengurut-gurut bahu Humairaa’.
Faham apa yang Humairaa’ rasa kerana dia telah merasainya dahulu. Ya, sakit
memang sakit. Tapi lagi sakit jika Allah murka kan? Sakit yang Allah bagi ni
sebenarnya tanda Allah sayang. Dia tak nak kita tersimpang jauh lagi.
Humairaa’ tunduk. Insaf. Tersedar
dari alam fantasi yang dirasakan begitu sempurna itu. Dan sudah tiba masanya,
dia melepaskan semua itu. Bukan melepaskan terus, tapi melepaskan rasa
pergantungan dia pada sesiapa sahaja, yang dirasakan melebihi pergantungan
padaNya. Ya, hidup ini untuk mati. Dan alam selepasnya. Usah diserahkan pada
yang tak layak, sementara dan penuh kekurangan.
“Akak. Terima kasih banyak.”
“Awat nak terima kasih pada akak.
Apa yang akak cakap ni, Allah juga yang ilhamkan. Akak ni, Allah jugak yang
hantar. Ya, akak ni hanya alat. Sama juga dengan sahabat awak tu. Jangan silap
antara alat dan matlamat. Dah..dah, habiskan air ni. Sejuk dah ni. Dari jauh
import air ni. Rugi tak habiskan…”
Mereka gelak. Bahagia. Beruntung
rasanya punya sahabat yang saling menasihatkan. Agar tak terus lalai, tak terus
alpa.
Bahagia. Derita. Letakkan saja
pada Dia, bukan dia. Bulat tekadnya.
‘Terima kasih Allah. Terima kasih
akak.’ Katanya hanya bergema dalam hati.
No comments:
Post a Comment