Ibarat belajar memandu kereta,
begitu juga perjalanan sebuah ukhuwwah.
Pada awalnya agak kekok,
lama-kelamaan terasa mesra pemanduannya.
Kemesraan pemanduannya itu bukan tercapai sekali perjalanan.
Tapi berkali-kali.
Bahkan dalam sebuah perjalanan itu pasti ada silapnya.
Tersalah masuk gear, terlaju masuk simpang, nyaris terlanggar orang?
Macam-macam.
Begitu juga perjalanan sebuah ukhuwwah.
Tak selalunya suka,
pasti turut ada duka.
Pentingnya saling percaya, menerima seadanya bagaimana individu-individu yang bersama dalam sebuah perjalanan itu.
Kerana masing-masing punya cara tersendiri.
Maka mereka yang berada dalam sebuah perjalanan itu haruslah saling menasihati agar perjalanan itu lancar menuju destinasi.
Destinasi sebuah ukhuwwah?
Sudah tentu redha Allah,
Sudah tentu ingin menatap kembali wajahnya di syurga Allah.
Surah Hijr ayat 46 hingga 48
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".
Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.
Sumpah, sebuah perjalanan ukhuwah itu sungguh manis.
Dan seandainya gula tahu betapa manisnya sebuah ukhuwwah berpaksikan Ilahi, pasti gula akan tersipu malu kerana manisnya tidak seberapa.
No comments:
Post a Comment