"When you allow yourself to be TOO ATTACHED to someone, you become weak, overly sensitive, and bruise much too easily. Its not worth it."
-Yasmin Mogahed-
oh snap. terkena sebijot!
Ya, belakangan ni memang dapat rasa yang saya 'overly attached' kepada sesetengah orang.
Dan lebih parah, perkara ini menyebabkan emosi saya menjadi kurang stabil, mudah sensitif, lembab, senang distracted, risau terlebih dan macam-macam lagi.
Allahu, apa nak jadi dengan saya ni.
Bukan nak kata tak boleh 'attach' tapi bersederhanalah.
Berlebih-lebihan akan menjadi racun, merosakkan.
Jangan jadikan 'attachment' kita pada manusia mengatasi 'attachment' kita pada Allah.
Itu 'false attachment' namanya.
Sedangkan Dia yang menemukan kita pada dia.
Sedangkan Dia yang mencampakkan cinta kita pada dia.
Sedangkan Dia yang menabur rasa rindu kita pada dia.
Kenapa perlu 'attach' pada dia melebihi Dia?
Kenapa rasa cinta kita pada dia melebihi Dia?
Kenapa rasa rindu kita pada dia mengatasi Dia?
Fikirkan.
Orang yang paling kita sayang pun boleh menjarakkan diri dari kita.
Orang yang paling kita percaya pun boleh memungkiri janjinya.
Orang yang paling kita rapat pun boleh terpisah.
Sebenarnya, Allah mahu mengajar sesuatu. Berhenti, berhenti bergantung dan berharap pada manusia melebihiNya. Kerana hanya Dia, hanya Dia yang sentiasa di sisi, hanya Dia yang tepat janjiNya, dan hanya Dia yang mencintai kita tanpa syarat.
Dengarlah amaran keras dari Allah ini.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Surah Taubah : 24
****
Hati.
Jika diisi lebih dari satu cinta, harapan dan pergantungan,
Maka apa akan terjadi pada yang menciptanya?
Hati umpama span.
Bisa menyerap apa sahaja.
Baik, buruk.
Kita yang memilih.
Sesekali tersilap serap,
yang kita serap itu cinta kepada manusia melebihi cintaNya, cinta pada dunia dan sebagainya,
Ia akan mendasar sedalamnya.
Hingga nak membuangnya semula, sejauh-jauhnya,
begitu sukar, begitu menyakitkan.
Juga seperti span,
untuk mengeluarkan apa yang telah diserap,
perlu diperah semahunya,
dan sudah tentu sukar dan menyakitkan.
Itulah nilai mujahadah.
Bukan sekadar usaha memisahkan yang haq dan batil,
duniawi mahupun ukhrawi,
tapi mengikis semula apa yang telah terlakar,
Sabar. Solat.
Moga Allah membantu.
p/s : just a midnight random thought, based on true experience though. sensitive pepagi buta.astaghfirullah. and I just wanna out from virology and immunology yang memeningkan kepala. Moga ada manfaat, walau sedikit.
1 comment:
Mcm dah parah sahabat saya sorang tok huhu. Byk sibukkan diri, bermunajat padaNya. Moga Allah membantu
Post a Comment