Thursday, December 6

[tajuk fikir sendiri]

memang betul, seperti yang kau kata...

"berpegang dengan yang asal,namun pemikiran terbukamenjaga pergaulan bukan bermakna tiada pergaulan langsung dgn jantina yg sebaliknyasekalipun tidak bercakap or berbual,kelakuan kita?"

bukan begitu,
cuma aku hanya ingin mencegah, 
menjauhi apa yang ditegah, 
ingin mengelak dari fitnah, 
kerana hatiku mudah goyah,
hingga imanku jatuh rebah, 
dan di kemudian hari menanggung susah.

maaf.
bukan kerana aku syadid. 

cuma...

Andai tak punya keperluan,
Andai tak punya urusan,
Andai sekadar bertanya dah makan atau belum, 
Andai tiada urusan penting,
Andai bukan darurat,
Andai topiknya hanya bertanya khabar,
Andai cuma berkongsi cerita, 
Andai tidak ada topik yang utama,

Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
~Ustazah Fatimah Syarha.

memang aku akan membiarkan chatbox itu sepi. tak terbalas. 

[gambar diedit zaman asasi dolu dolu. ouh, saya rindu asasi]


maka fahamilah, hormatilah pendirian aku. 

itu sahaja pinta dariku.

p/s : ada orang marah bila chatbox dibalas sepatah kemudian dibiarkan sepi. sampai tulis tulis kat status facebook. huhu. ukhuwwah teras kegemilangan. peace. 

p/s/s : hari ni memang lah ujiannya sama ja. Allah nak uji kot, sama ada kita buat tak apa yang kita kata. Allahu Allah.bantulah aku untuk terus taat kepadaMu. 


2 comments:

nj said...

wow!fuyyoo!baru baca ni...ngehngehngeh,,mantop2...satu post utk itu...hehe

Jasmin Jaraee said...

nj? hehe