Thursday, December 6

Kerana Cinta Itu.......

Akhawat fillah,
hidup kita ini bukanlah siri telenovela yang pengakhirannya indah-indah sahaja.
Dan bukan pula berkisar dengan kisah cinta yang melulu dalam mencari pasangan hidup semata-mata. 


apa apa yang membawa ke syurga, itu cinta. 
Sebaliknya, bukan cinta namanya. 
Bagaimana mungkin mengatakan sayang tapi mengheret orang yang disayangi ke lembah neraka?
T.T


Nafas seorang mukmin itu punya nilai yang jauh lebih besar daripada itu.
Ia adalah sebuah amanah daripada Allah harus dimanfaatkan di jalan yang benar.
Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja

Bersikaplah biasa dan sederhana, serta singkap kelemahan kita. Kelemahan dalam penjagaan akhlak, kelemahan dalam menjaga ikhtilat.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan itu dirasakan biasa-biasa. Dan dari sesi inilah semuanya bermula. Maka mula timbullah perasaan suka. Ya, aku tahu itu fitrah, dan Islam sangat meraikan fitrah ini, tapi tidak sedarkah kita bahawa syaitan lebih bijak mengipas-ngipas perasaan, siri lanjutan perasaan tentu sangat kalut dan mengharukan?


Dan sebenarnya....

Kita wanita, memang lemah.

Punya jiwa yang lembut dan hati yang sensitif.

Maka, mungkin dengan kata-kata sahaja hati itu sudah terusik.

Maka akhwat fillah.

Berhati-hatilah dalam menjaga pergaulan kita. Kita tahu, ikhtilat yang tidak terjaga akan menggelapkan hati. Kerana kita tahu, hati itu jatuhnya pandangan Ilahi. Maka bagaimana mungkin kita membawa hati yang kotor menghadap Ilahi?

Nilailah dengan hati.

Nilailah secara matang.

Aku tahu, ujian cinta itu berat.

Jika ujian cinta itu menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, tak kan dua sumber yang agung ini (Al-Quran dan Sunnah) tidak memberi panduan tentangnya?

Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya.

Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah?

Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah.

Bersama redha Allah.

p/s : entah kenapa tergerak untuk menulis. sedangkan sat gi kena hantar assignment, tapi tu lah. tak tenang selagi tak diluahkan di sini. Seriously, sangat disturbed dengan apa yang baru sahaja ana lihat tadi. Allah. jaga dia. Kerana aku tahu Kau lebih menyayanginya lebih dari aku menyayanginya. Dan aku tidak mahu kamu mati, melainkan dalam jalan ini. T.T


No comments: