Dipandang semacam.
Ditangkap gambar. *rasa macam artis heh*
Disindir dan macam macam lagi.
"Budak tazkirah..."
"Usrah..usrah..usrah..."
"Akak, tak nak buat kaunseling kat kami ke?"
Jaulah Kuala Lumpur.
Satu malam, akan ana ingat sampai bila bila.
Ana dapat melihat dengan mata kepala sendiri realiti masyarakat sekarang.
Ana dapat merasai besarnya peranan mereka mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang dai'e.
*banyak lagi kerja kita T_T*
Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan). Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan). [3:104]
Tugasan mengejut.
Sekembali daripada program Raikan Cinta, kami diberikan satu tugasan mengejut.
Singgah di Dataran Merdeka, kena approach mana-mana couple, dan sampaikan sesuatu kepada mereka dan akhiri dengan mengatakan kepada mereka,
"saya sayang awak, maka katakan anda bijak jauhi zina..."
masa mula-mula terima task ini, skru lutut terasa longgar. menggeletar.
nerve impulse sudah mula menghantar mesej2 apakah cara terbaik untuk mendekati mereka.
sangat mencabar.
alhamdulillah. jam dua pagi, selesai misi.
konklusi 1
mereka tahu, mereka mahu dengar, cuma belum ada kefahaman yang sebenar.
tapi inilah tugas-tugas kita kan?
ummah sedang sakit.
menjadi tugas kita untuk merawatnya.
pada malam tu, tiba-tiba ana teringat satu hadith
“Islam bermula dengan asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka beruntunglah orang yang asing.”
ana juga belajar tentang satu ni.
'izzah. (kebanggaan)
sejauh mana kita 'izzah dengan islam.
bayangkan kita p tempat tempat macam tu, then kena sampaikan sesuatu dengan islam, kita malu kah?
TAK PERLU MALU.
kebanggaan yang dilahirkan rasanya di atas kefahaman dan penghayatan bahawasanya Islam yang dibawanya ini adalah dari Allah, dan memeliharanya sebagaimana yang diturunkan Allah adalah satu izzah kita kepada islam.
*****
banyak lagi perkongsian yang sangat sangat berharga dan sangat debabooom oleh ikhwah akhowat di sekitar selangor ni. inshaAllah, jika tiada ada apa-apa aral dan kesempatan masa, ana cuba share ye.
nak share satu lagi. Sharing dari mak cik Sharifah Mahiza,
"masa kita belum berkahwin ni, ambil lah sebanyak mana peluang dan buatlah ALL OUT di jalan dakwah ni."
No comments:
Post a Comment