Assalamualaikum & hye peeps
Ladang dakwah terhampar luas. Kewajipan kita untuk menyirami tanah-tanah yang tandus. Menyemai benih benih unggul agar tumbuh pohon-pohon kejayaan Islam. Dakwah ini akan terus mengalir menuju redha Allah. Di mana kita berada, di situlah dakwah kita sebarkan.
Ladang dakwah terhampar luas. Kewajipan kita untuk menyirami tanah-tanah yang tandus. Menyemai benih benih unggul agar tumbuh pohon-pohon kejayaan Islam. Dakwah ini akan terus mengalir menuju redha Allah. Di mana kita berada, di situlah dakwah kita sebarkan.
Allah memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya dan darjat yang setinggi-tingginya bagi mereka yang sabar dan lulus ujian di jalan dakwah. Jika ujian, cobaan yg diberikan Allah hanya yang mudah-mudah saja, tentulah kita tidak akan memperoleh ganjaran yang hebat. Di situlah letak hikmahnya, yakni seorang daie harus sungguh-sungguh dan sabar dalam meniti jalan dakwah ini. Perjuangan ini tidak bisa dijalani dengan ketidaksungguhan, azam yang lemah serta pengorbanan yang sedikit.
petikan movie Sang Murabbi.
Sangat terkesan di hati.
“Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada mereka yang menyeru ke jalan Allah dan beramal saleh dan berkata: Sesungguhnya aku adalah terdiri daripada Muslimin. [Surah Fussilat:33]
Sharing dari akhowat Johor semasa daurah semalam,
(tapi tak sempat la dengan direct dari beliau, sebab datang2 je dah "setakat ini sahaja....." tapi alhamdulillah, adik2 asasi yang baik lagi comel bagi sharing ni, tapi tak la exactly seperti yang telah mereka sampaikan.
"Jika hendak Islam tegak di muka bumi, rapatkan barisan-barisan jamaah. Ambil contoh lidi. Jika satu batang kecik lidi digunakan untuk menyapu sampah, tak boleh kan. Tak pun, ambil satu lidi sorang, sorang sapu sini, sorang sapu kat sana. pun tak jadi kan? So, kita kena kumpulkan lidi lidi tersebut, baru kita boleh sapu sampah kan? begitulah juga kita. Kena berjemaah, baru kuat."
InshaAllah, malam esok akan berangkat ke Kuala Lumpur bersama akhowat-akhowat Sarawak. Jaulah Kuala Lumpur. Mohon doa mendoakan.
Moga Allah beri kemudahan,
Moga Allah beri kekuatan,
Moga dapat ibrah,
Moga Allah redha.
doakan eh. takut nak naik kapal terbang. gayat. huhu
doakan eh. takut nak naik kapal terbang. gayat. huhu
No comments:
Post a Comment