Cuti semester tinggal dua tiga hari.
Maka bermulalah episod sebagai seorang pelajar.
eh, skema. hadoi.
Yuran, alhamdulillah settle.
E-daftar dah buat.
Pendaftaran kursus yang menagih kesabaran juga selesai.
*mak ana terus tanya, "jadual exam dah keluar?" hadoi. semangat.*
Alhamdulillah, moga-moga ini yang terbaik buat ana.
InshaAllah, ana cuba susun gerak kerja yang lebih teratur untuk semester dua ni.
Sebab betapa pentingnya kita menyusun atur prioriti kita.
Teringat masa induksi program PERKEPIS satu ketika dulu.
Susun kerja ikut keutamaan
penting dan utama
tidak penting tapi utama
penting tapi tidak utama
tidak penting dan tidak utama
Teringat juga satu perkongsian oleh ustazah Halimah Alaydrus semasa Seminar Sayyidah Khadijah Al-Kubro,
kita harus susun hidup kita dengan sebaik mungkin. ibarat meletakkan batu besar, batu kecil, batu kerikil dan pasir ke dalam sebuat balang. yang mana paling besar, kita letakkan dulu. oleh itu, kita letakkan batu besar dulu, kemudian isi batu kecil. Setelah itu baru isi batu kerikil dan kemudian pasir. baru boleh kita isi semua benda tersebut dalam satu balang.
bayangkan kita isi pasir terlebih dahulu, dapat tak kita isi balang itu dengan semua benda. tidak bukan? begitulah kehidupan kita. jika kita isi dengan yang tidak utama dulu, maka habis lah, yang utama ketinggalan.
Itulah, sebagai pelajar anda harus tahu keutamaan anda. Suka kata-kata ini,
"Dakwah is the first, study is not the second!"
Mungkin ada yang berkata,
"studi tu dunia je, tak penting pun untuk akhirat..."
*gelenggelengkepalasebabadajumpaorangmacamni*
jika itulah mentaliti kita, maka lahirlah orang-orang Islam yang memandang enteng dengan study, tak ambil berat, assignments tak siap dan macam macam lah.
wahai sahabat-sahabatku,
ingat, setiap apa yang ada kita adalah satu amanah. Pancaindera kita amanah, harta kita amanah dan hatta study kita pun amanah titipan dari Allah. Apabila kita menganggap study kita satu amanah, maka kita akan nak yang terbaik. Apabila kita nak yang terbaik, sudah tentulah kita nak berusaha sebaik mungkin.
betul ke dunia semata-mata?
tidak. mungkin benar apa yang ana antum belajar tiada kaitan dengan ilmu agama. Seperti ana, ambil course biotech. tapi, boleh lah kita jadikan apa yang kita pelajari sebagai alat untuk capai matlamat iaitu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. bukankah Allah ada berfirman,
sesungguhnya pada semua petala langit dan bumi, terdapat dalil-dalil kekuasaan Allah oleh orang-orang yang beriman. Juga pada penciptaan dirimu dan penciptaan segala makhluk bergerak yang berkeliaran di permukaan bumi ini, terdapat pula dalil-dalil kekuasaan Allah untuk kaum yang meyakini. [surah Jatsiyah:3-4]
sebagai contoh, ana belajar segala macam cell, metabolism, reaction dan sebagainya. tidakkah kita terfikir betapa agungnya rabb kita? SubhanAllah, cantiknya susunan ilah kita. hatta yang sekecil-kecil organisma hingga sebesar-besar galaksi pun punya sistem. Sangat teratur dan tersusun. Apatah lagi kehidupan kita. Allah nak tunjuk di sini, semua benda perlu sistem sistematik. Kehidupan, gerak kerja kita juga perlukan sistem yang teratur dalam hidup kita.
wahai para dai'e,
tahukah kalian, kita boleh berdakwah dengan membuat yang terbaik
mendapat yang terbaik dalam study kita?
ya, ini adalah "sihir" untuk memudahkan penyampaian dakwah.
ini adalah alat untuk mencapai matlamat
yalah, sekarang era di mana orang sangat mengambil berat tentang pelajaran.
kita tak nak jadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyyah,
apatah lagi Islam itu sendiri.
kita tak naklah orang kata
"eh, budak surau ni, hari hari pergi surau, tapi study entah apa apa..."
*uihh. tidak terasakah anda? batu besar hempap kepala*
inshaAllah,
kembali ke semester dua dengan azam baru.
gerak kerja tersusun
semangat membara
buat yang terbaik
demi Allah, demi Rasul-Nya, demi Islam.
huh. payah bunyinya kan?
apapun, niat kena sentiasa jaga.
renew, refresh, reupgrade niat
dan
walk the talk!
inshaAllah,
moga Allah membantu
moga Allah beri kekuatan
moga Allah permudahkan
yang paling penting
moga Allah redha.
p/s: ana menulis ini sebenarnya lebih untuk pesanan diri ana sendiri. ye lah, selalu lalai, leka.
No comments:
Post a Comment