Saturday, December 17

bersilat taekwondo di medan imtihan

Assalamualaikum & hye peeps.

Masanya tiba lagi...
Waktunya sudah kembali...

Pelbagai ragam, pelbagai perangai...
Ada yang tenang, cool...
Ada yang gelabah, resah...
Tak kurang ada yang baru memulakan musim ibadah...

Minggu Final Exam. 
Ya! Kini kembali hoyeaahh. err.

Masa ini, 
buku pen nota jadi pendamping setia, 
Makan tidur bangun nota,
Biasalah, semua nak 4.00 flat kan?

Ceritera hubungan
Kadangkala selalu kita lupa pada yang Memberi Kejayaan. 
Kita terlalu larut dengan buku pen nota hingga lupa padaNya. 
Waktu solat bukan lagi pada awalnya, 
Seringkali berkata, "kejap kejap, alang alang lagi ni..."
Kejap kejap tu sampai bila? 
Sampai bila bila pun takkan selesai...

Memang ada juga yang baru memulakan musim ibadahnya,
tapi berapa ramaikah yang hadir hatinya? 

siapalah aku untuk berkata kata
aku bukan yang layak 
cuma kata kata ini sekadar nasihat
nasihat buat kamu
lebih lebih lagi buat diri ini
yang sering alpa dan lalai...

hanya Dia yang layak mengadili
apa usaha dan perbuatan kita selama ini
teruskan dengan seikhlas hati
moga Allah mengganjari di akhir nanti.

strive for Deen List & Dean's List
INSHAALLAH!


p/s : doa bukan pada awalnya sahaja, tawakkal bukan pada akhirnya sahaja, tetapi pada setiap masa, dari awal hingga ke akhirnya...

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 
[2:186]

Dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang Yang beriman itu bertawakal.
[3:122]

p/s/s : buku cop kolej dah dihantar...pelbagai ragam...kerisauan melanda...terfikir, buku amal kita pula bagaimana ye?

No comments: