Monday, August 22

yang berolah

Assalamualaikum & hye peeps. 

Pakaiannya sedap mata memandang,
Pertuturannya manis telinga mendengar,
Kelakuannya sejuk perut ibu mengandung. 
Lemah lembut, hampir sempurna

Percayalah, golongan ini wujud! They are almost perfect.

Merekalah qudwah hasanah. Mungkin mereka belum sampai ke tahap berakhlak dengan akhlak al-Quran, tetapi ana yakin mereka menjurus ke arah itu. Mereka menzahirkan tarbiyyah dengan akhlak mereka yang terpuji. Mereka menvisualisikan kata-kata @ penulisan mereka. 

Merekalah yang mengikuti tarbiyyah dalam erti kata sebenar dan merekalah yang berjaya mentarbiyyah diri dan akan mentarbiyyah orang lain.

Dann... ana? *hoh. sila menanges Jasmin!*

Berolah (nakal dalam bahasa sarawak). Ya, ana seorang yang berolah. Mungkin ada yang kata, mereka yang ikut tarbiyyah yang berolah ini sempoi, senang masuk line dengan apa segala minah. Senang nasihat orang dan bla bla bla. 

Ya, itu mungkin kebaikannya yang jauh lebih sedikit dari keburukannya. 

Persoalan pada diri. 
Kata ikut tarbiyyah, kata ikut usrah. Tapi..
Sebagai contoh, semasa memandu.
Segala sifat sabar, sangka baik mudah saja melayang entah ke mana.
Mulut mudah saja bising bising kalah popcorn digoreng.
*yang pernah mengupah saya menjadi driver tahulah perangai saya macam mana*

tulisan dan kata kata. 
macam macam nasihat
Tapi adakah ana, kita amalkan apa yang kita tulis mahupun katakan?

atau, kita tidak menjadi qudwah kepada sahabat sahabat kita,
masa berborak, kadang tak diisi dengan yang bermanfaat,
mudah dihenyak dipijak yang lagho lagho semata!
gelak gelak dan gelak. 

Haaa...ana terasa!

Astaghfirullah.

Ok, mungkin ada yang masih tak berapa nak faham apa yang ana cuba sampaikan. 

to make things clear. nak bagi satu situasi. 

si A, banyak gelak, berolah. si B (watak baik nihhh), bertentangan watak si A.
Dua dua mengajak ke arah kebaikan. Ajakan siapa yang kita ambil seriyes??
Jeng jeng jeng. clear sik?

Mungkin benar, dakwah tidak bergantung dengan akhlak dan qudwah yang hasanah semata mata, tapi bagi ana, seorang daie harus memiliki kedua dua nya. Akhlak dan qudwah hasanah. 

Kenapa? Sebab keduanya adalah senjata hebat yang melengkapi dan memperkasa jentera dakwah dan tarbiyyah. Percayalah!

Dan bimbang pula, bila mana ana menjadi "akhowat berolah" ni, perkara ini akan menimbulkan fitnah kepada dakwah dan tarbiyyah itu sendiri. Bimbang bimbang disebabkan ana akhowat berolah ini, orang akan bersangka buruk dengan dakwah dan tarbiyyah seperti "heyy kata ikut usrah, perangai macam tak ikut usrah..." dan seterusnya akan diculik lari jauh jauh daripada hidayah Allah. NAUDZUBILLAHI MIN ZALIK. 

Dan bagaimana pula, jika ana berterusan berolah begini dan ana tak sempat nak berubah dannn mati sebagai akhowat berolah yang penuh dengan tekih tekih (maksud sisa sisa dalam bahasa sarawak) datuk nenek moyang jahiliyyah.  Naudzubillahi min zalik.
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka."
[Al-Hadid, 57:16] 
 
Katanya nak berubah jam 12, tapi mati pada jam 11
-Hlovate-

Ya ALLAH, betapa menggunungnya dosa ini. 
Ampunilah daku. huu.


Doakan agar ana cepat cepat berubah supaya tidak menjadi berolah lagi.

Memburu syurga yang mahal, bukan mudah. 

Nak mengubah orang, ubahlah diri. 

Nak tarbiyyah orang, tarbiyyah lah diri.

Doakan ana.

*nanges nanges...*

2 comments:

The lady ♥ said...

dalam dakwah, perlukan orang yang berolah, sopan sesopan sopannya, kaki bola, kaki pes, kaki masak. semua watak ya penting. (: kita saling melengkapi.

Jasmin Jaraee said...

kmk setuju nak kata ktk ya. hehe. yalah, mmg plu kepelbagaian watak ya dalam DnT. kan Islam ya cara hidup, dgn kepelbagaian watak kaki bola, kaki masak ya dpt menterjemahkan Islam sbg deen dlm seluruh aspek hidup.

tp berolah ya plu ada batasnya. huhu. n kmk tok dlm kategori berolah bkn skdr brolah biasa2. tetak nyerin, x sabar, ya la mksd kmk berolah d ctok. hehe. dr aspect ya lah part berolah yg kmk mok ubah sebenarnya.