Assalamualaikum & hye peeps.
ok, muhasabah, bukan muhasarawak.
ok, muhasabah, bukan muhasarawak.
Cerebrum sekali lagi menghantar nerve impulse ke phalanges untuk terus menulis.
Alhamdulillah, Allah masih lagi beri kesempatan kepada diri ini untuk bernafas di buminya yang begitu sempurna ini. Bernafas tanpa caj. Dan yang paling utama, Allah masih lagi membenarkan kita bernafas dalam nikmat terbesar yakni Iman dan Islam.
Tapi, ana sendiri jarang sekali bersyukur. Astaghfirullah...
Kuliah sudah mula seminggu dan alhamdulillah, ana sudah jatuh cinta dengan jurusan ana kali ini. Ana juga sudah mula dapat mengadaptasikan diri dengan suasana zaman degree. Biarpun kena jalan hari-hari dari Kolej Bunga Raya ke Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, yang jauhnya, jauh la jugak. Tapi tak sejauh perjalanan hijrah Rasulullah dari Mekah hingga ke Madinah kan? Seringkali ana ingatkan diri sendiri, setiap kali terdetik hati dan mulut mengeluarkan rungutan, kenapa tidak kita pernah bersyukur dan gantikan rungutan itu dengan keikhlasan? memang tak semudah menulis, tak semudah bertutur, tapi tidak mustahil kan?
Andai setiap langkah kita bersulamkan keikhlasan, inshaAllah, langkah itu bukan langkah yang sia sia. InshaAllah ada ganjaran pahala dalam setiap langkah itu. Tapi andai kita sering merungut, menyeranah, menyalahkan takdir "kenapa la bas sikit sangat." maka, langkah itu cuma penat dan peluh semata-mata kan?
Allahu,muhasabah diri.
Hidup ini umpama sebuah kembara. Kembara hamba mencari cinta Ilahi. Kita diutuskan di bumi Allah ini tidak lain dan tidak bukan, sebagai hamba, sebagai khalifah.
Allah telah berfirman :
“Dan tidaklah Kuciptakan jin dan manusia, kecuali untuk menyembah kepada-Ku” (QS. 51:56)
dan
Sebagai hamba, sentiasalah terus mencari redha dan cinta Ilahi, mendekatkan diri padaNya, biarpun terpaksa merangkak dan kadangkala terjatuh. Itulah mehnah itulah pahit manisnya jalan ini. Kita tiada pilihan lain, cuma jalan ini sahaja yang perlu kita lalui.
Beginilah kehidupan seorang hamba. Sentiasa melihat dirinya dari kaca mata pencipta. Merasai hakikat diri sebagai sebagai seorang hamba tidak memberikan kerugian di dalam kehidupan, tetapi lebih membawa kepada keuntungan. Apabila berada dalam kesusahan, merasakan tenang jiwanya kerana masih adalah Allah yang maha kaya dalam hidupnya. Apabila berada dalam kesenangan diri sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan.
Seperti kata-kata hukama’ “Nikmat itu ibarat binatang liar, maka tambatlah ia dengan syukur”. Sekiranya gagal diselarikan nikmat itu dengan syukur dikhuatiri membawa kepada kufur. Sehingga digelar orang sebagai kufur nikmat. Hidup di dunia dan akhirat tidak selamat.
Nauzubillahi min zalik.
Ini muhasabah buat ana sendiri. Ana yang kadang kadang merangkak, seringkali tersungkur di jalan ini. Bila tersungkur, cepat cepatlah bangun semula, jangan terus tersungkur. Berdiri dan teruskan berjalan. Berjalan tanpa henti menuju cintaNya, mengejar redhaNya, menyambut rahmatNya. Jangan juga lupa, sepenuh pergantungan kita hanya padaNya. Teruskanlah berdoa. Ia senjata mukmin.
p/s : jannah, awak bukan sekadar kawan saya, awak sahabat saya. Iboh kecik ati if i didn't share things that I should share as a sahabat. :)) awak tetap sahabat saya di dunia dan akhirat. :))
No comments:
Post a Comment