Sunday, April 25

sound trouble??? hadoi~

Assalamualaikum & hye peeps~

Ingatlah..jika dimarah kamu DIAM.. jika difitnah kamu SENYUM.. jika dikeji kamu KETAWA.. Nescaya dgn berbuat demikian, kamu tergolong orang2 yang SOUND TROUBLE....
-status fb seseorang-

Sejuk hati Jasmin baca. Ingatkan nak bagi tazkirah ke apa....hmmm..lepas baca habis..hadoi2~~~
Takkan la terus kena cop SOUND TROUBLE?? Bersangka baiklah..mana tahu yang diam tu kerana sabar. Sedangkan adalah seringan-ringan ibadah. Hadis turut menyatakan:

"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam". 
(HR. Bukhari dan Muslim)


SENYUMAN....
wahh..hebat apa? kalau kena fitnah kita senyum..hadapi segala masalah dengan senyuman. Senyuman adalah sesuatu yang terindah bagi siapa saja yang mendapatkannya, kerana senyum merupakan ekspresi dari hati atas kesenangan atau kegembiraan yang dirasakan sang pemilik senyum itu sendiri, akan tetapi terkadang sulit bagi kita untuk senyum  kepada orang yang tidak kita sukai, meskipun kita paksakan untuk tersenyum. Meskipun kita sedang menghadapi masalah seberat apapun dalam hidup ini, dengan sebuah senyuman dan keyakinan akan dpt mengurangi beban dalam fikiran, Semua orang punya masalah tapi cara penyelesaiannya yang berbeza tentunya hasilnya pun akan berbeza . Seberat apapun masalah dalam hidup ini apabila kita hadapi dengan senyuman secara psikologinya beban itu akan berkurang..

hmmm....sound trouble..kesian..orang yang sabar dicop sound trouble..hmmm~ 
=_="

No comments: