Monday, April 19

habis.finish.selesai.the end.tamat

Assalamualaikum & hye peeps~ 


Jasmin dah selesai baca novel Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan Hadi. Semakin berkobar-kobar.Bukan sahaja untuk menjadi seorang doktor, tetapi menjadi dai'e yang bergerak di hospital. Ameen. OK, antara yang Jasmin dapat:


1. Macam-macam ilmu baru terutamanya fiqh medik dan wanita. Sebagai contoh fiqh medik, seorang doktor yang melaksanakan pembedahan yang panjang dibenarkan untuk menjamakkan solatnya. hmm..selama ini ingatkan musafir sahaja yang menjamakkan solat. Selain itu, Jasmin dapat tahu cara membezakan darah haid dan darah istihadhah. Darah haid lebih pekat, kehitaman dan berbau manakala darah istihadhah cair, merah muda dan tidak berbau. Jasmin juga dapat info tentang air selusuh supaya Jasmin dapat berhati-hati suatu hari nanti. 


2. Kehidupan seorang doktor:
        - on call + waktu bekerja yang kadang2 mencapai 36 jam. 
        - kena tengking pakar, kena hamun pesakit adalah perkara biasa.
        - berisiko untuk berhadapan dengan penyakit atau bahaya, contoh: terkena needle prick 
          daripada pesakit HIV, hepatitis B & macam2~




dah...x pat sambung gik. entah tiba-tiba blur~ klak2 mun ilang blur Jasmin sambung. Banyak gik sebenarnya~





No comments: