Saturday, July 28

rasa hati, taip tanpa backspace.


Perlunya muhasabah diri, bertanya dan koreksi diri.
Cukupkah amalan selama ini untuk dibawa ke akhirat sana?
Sudah cukupkah bekalan yang kita kutip sepanjang pengembaraan ini?
Cukup beratkah timbangan amalan kebajikan kita?
Mampukah ia mengatasi amalan kejahatan kita?
Dan bagaimana pula hendak disembahkan amalan-amalan ini kepadaNya,
Apakah Dia sudi menerimanya?

Namun, kita masih hanya mensia-siakan kembara kehidupan ini dan leka dengan yang sementara.

****

Aku yang penuh noda, dikotori lumpur dosa. Andai dosa itu berbau busuk, aku pasti tiada insan yang mahu mendekatiku. Sedangkan pada masa yang sama, aku mengingatkan orang lain supaya jauhi perkara yang boleh mendatangkan dosa. Allah. Sungguh hina hambaMu ini. Ampuni aku dan kuatkanlah imanku, ya Raheem.



Astaghfirullahal 'azeem. Kerdilnya insan itu, apabila ia sedar bahawa ia seorang hamba [QS 51:56]. Sekalipun diangkat darjatnya sebagai khalifah [QS 2:30] yang mentadbir bumi ini, dikurniakan akal fikiran lagi. Namun, apa kita, siapa kita di sisiNya andai kita tidak beriman. Allahu rabbi. Sungguh malu aku pada orang-orang terdahulu. Diseksa, ditindih batu, masih lagi berkata "ahad, ahad, ahad". Diseksa ditengah padang pasir, masih lagi mempertahankan iman mereka. Allah...

 Terfikir, kalau kita? Entah bagaimana. 

Apa gunanya harta dan pangkat, andai diri dizalimi? Bukan oleh orang lain, tapi diri sendiri. 

Allah bagi kita tangan, Allah bagi kita mata, Allah bagi kita kaki, Allah bagi kita mulut. 
Tangan itu dikurniakan untuk meneruskan amal bakti, bantu yang memerlukan, berdoa padaNya.
Kaki? Untuk melangkah ke tempat yang membawa ke syurgaNya.
Mata itu pula untu memerhati dan menghayati kebesaraNya. 
Mulut itu sudah tentu untuk mengukir madah memuji asma-asmaNya.

Tapi kita? Apakah digunakan sebaik mungkin?
Apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? 
Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? 
Sedangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menangis semalaman apabila diturunkan ayat [QS 3:190-191]

Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? 
Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? 
Mengapa  membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?



Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini.








Ya, kita tahu adanya pahala, adanya dosa. Mengapa tidak diendahkan?

Kita sedar akan adanya kematian. Mengapa sering dilupakan?
Kita juga tahu dunia ini sementara. Mengapa gayanya seperti akan hidup selamanya?
Kita yakin adanya hidup selepas kematian. Mengapa terus leka?



Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mengucapkan syukur kepadaNya seolah-olah kita perolehnya dengan usaha kita sendiri semata-mata. Kita mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman.









Bukankah kita terlalu angkuh kepadaNya?

Mengapa kita jadi sebegini jahil sedangkan kita ini lemah? 
tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya

Sedarlah insan, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini melainkan hanya penderitaan semata-mata jika kita tidak beriman kepadaNya.



Dekatkanlah diri kita denganNya, 
rendahkanlah diri dihadapanNya, 
basahilah pipi ini dengan air mata taubat, 
sinarkanlah wajah ini dengan siraman air wudhuk, 
bersihkan dan sucikan hati dengan keikhlasan dalam segala amal kebaikan
pagarilah diri ini dengan benteng keimanan yang teguh dan utuh. 
dan yakinlah, bahawa Allah sentiasa bersama kita biarpun suka atau duka.






Ya Allah Ya Rahman, setiap hela nafas kami, hanya milikMu. Kami tahu, jika Kau berkehendakkan kami kembali kepadaMu bila-bila masa sahaja, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu. Maka kami bermohon terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini. Sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu. Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu menghampiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. 


Bantulah kami untuk mencorak jalan pulang kami, ya Allah. 

Aku tidak mahu jadi manusia jahil, yang membina rumah di tengah tengah jambatan. 

p/s : rasa tertampar tampar bila tadabbur surah an-nisa' [jeles tgk org lain dah jauh. huhu. baru start 3 hari y lepas...] untuk hari ini. mention tentang munafik @ kafir berulang-ulang kali. tiba teringat satu kata-kata dalam novel contengan jalanan. kita ni kadang kadang perasan sangat. tadabbur, "wahai orang-orang beriman!" kita rasa kitalah watak putih itu, kita bukan watak hitam "wahai org2 kafir.." sedangkan apa yang kita buat pun belum pasti membuatkan kita jadi watak kelabu ke tidak. serious tertampar semezupppp. huhu. 


p/sss: satu lagi, disengajakan diletakkan [QS 2:30], [QS 51:56] dan [QS 3:190-191] sahaja. hee. supaya belek al-Quran tu. Quran is for a self, not shelf! Sharu ramadhan, shahrul quran! 

Tuesday, July 24

dari pelangi kepada bintang.




bintang dan pelangi itu
walau punya ceritera sendiri
tetap patuh kepada tuhan yang sama,
yakni Allah!

ku harap kita begitu jua.
biar punya kisah yang berbeza.
tetapi sentiasa taat padaNya.

sayang awak, lillahi ta'ala.



Terminal

Hidup seorang insan itu, 
ibarat pengembara,
di dunia sementara,
siapa yang bijak mencatur kembara, 
sedar bahawa dia hanya pengembara. 
maka di akhir kembara. 
DIA AKAN BERJAYA

Inilah terminalnya! 
Inilah titik mula!
Inilah medan latihan!
Usah kau peduli dengan pandangan manusia terhadapmu. 
Ketepikan!

Apakah yang lebih penting daripada redha Ilahi?

*****


Mungkin dahulu anda adalah seorang yang sekian sekian sekian. Ataupun begitu begitu begitu. Ana juga begitu. Pernah ada 'zaman kegelapan' atau 'zaman jahiliyyah'. Hatta sekarangpun, masih lagi ada sisa sisa kotoran degil yang sukar untuk dinyahhapuskan. [err. banyak sebenarnya]

[karat itu merosakkan]


Awak...
Siapa pun awak, bagaimana pun awak, apapun yang telah awak buat pada masa lalu, itu bukan batu penghalang untuk saya dan awak untuk menjadi seorang muslimah yang baik. Setiap daripada kita sebenarnya layak menjadi baik. 

Awak dan saya LAYAK untuk menjadi hamba Allah yang baik. 

Kali ini, alhamdulillah, kita masih dipertemukan dengan bulan Ramadhan. Pernahkah kita terfikir, kenapa Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan walaupun kita selalu lalai dan sering berbuat dosa kepada Allah subhanahu wa ta'ala? 

Hakikatnya, itulah tandanya Dia masih sayangkan kita. Sekotor manapun kita dengan lumpur-lumpur dosa, sebusuk manapun kita dengan dosa-dosa kita, Allah masih lagi mahu memberi peluang untuk hambaNya untuk mengembara cintaNya, mengejar redhaNya dan menggapai syurgaNya. Hadis shohih di bawah ini sudah cukup membuktikan betapa Dia nakkan kita ke syurgaNya. 

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dalam keadaan beriman dan penuh mengharap, maka akan diampunkan untuknya dosa-dosa yang telah lalu"

[HR Bukhari dan Muslim]

Justeru, inilah terminalnya. Terminal untuk merawat luka-luka jahiliyyah kita yang terdahulu. Terminal untuk melatih nafsu. Dan yang paling penting sekali, inilah terminalnya untuk melakukan perubahan. 

Bila Allah Jentik Hati

Bila Allah jentik hati kita untuk berubah, maka teruskanlah. Jangan pandang belakang, melainkan untuk ambil pelajaran. Cuma, usahlah tergesa-gesa. Binalah kekuatan jiwa, jadikanlah perubahan kita atas dasar kefahaman.

Mengapa perlu kefahaman? Kerana dari kefahaman itu datangnya kekuatan. Di situlah jiwa jadi kuat, hati jadi kental. 

Mengapa perlu jiwa kuat hati kental? 

Kerana nak berubah itu sukar, tapi lagi sukar untuk istiqomah. Akan datang pelbagai dugaan dan rintangan dari segenap sudut. 

Ana bagi satu contoh. 

Dulu, dia tidak menutup aurat. Satu hari dengan cara yang tak dijangka-jangka, Allah jentik hati dia untuk berubah dan hendak menutup aurat. Maka, dia perlu faham kenapa dia menutup aurat. Ya, kerana itu perintah Allah. ^^

Namun, pasti ada kata kata yang tak sedap nak didengar. Mungkin ada yang kata dia berubah sebab nak ikut fesyen, atau mungkin atas dasar politik [err...] dan sebagainya. Maka, jika ada kefahaman yang betul kenapa dia berubah, maka keyakinannya akan berpusatkan kepada Allah. Dia hanya pentingkan pandangan Allah padanya, bukan pandangan manusia. Justeru, dia akan lebih kuat menangani segala cabaran yang dihadapinya.


[terminal perubahan]


Awak, biarpun sukar, yakinlah hanya ini jalannya untuk selamat tiba ke destinasi yang sebetulnya. Hanya dengan gerabak ini. :')


Awak, jom kita sama-sama jadikan Ramadhan kali ini sebagai terminal perubahan. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai medan latihan. Teruskanlah pengembaraan kita dengan cara yang diredhaiNya. Mungkin pengembaraan kita lain caranya, lain laluannya, lain jalannya. Walau apapun laluannya, jika laluan kita itu bertunjangkan syariah, moga-moga kita sama-sama bertemu di satu destinasi abadi kelak, yakni di syurgaNya. ^^ 


Post ini untuk awak. Bukan kerana saya baik, tapi saya nak kita sama-sama jadi baik. Saya tak nak mengorak langkah mula sorang-sorang. Saya nak awak ikut sekali. 

Awak, saya sayang awak. 

Tapi, Allah laaaaggiiiiiiiiiiiiiiii sayang awak, sayang saya, sayang kita semua. ^^ 

Saturday, July 21

sanah helwah ya ukhtie!


22072012
sanah helwah sahabatku

semoga usiamu bertambah berkat,
dirimu dilimpahi rahmat,
iman dan taqwa semakin meningkat,
rezeki tak tersekat-sekat,
diri sentiasa sihat,
bahagia dunia akhirat,
moga di akhirat mendapat syafaat.

sayang awak ketat ketat! 
moga persahabatan kekal hingga ke akhirat! 

****



selamat menabur jasa menyemai budi, jururawat hebat.
moga dirimu menjadi serikandi Islam di dunia, bidadari syurga di akhirat.


we've been friends for 8 years and still counting! ^^
since form 1 kan? 
dan masuk asasi sama sama, 
jadi roommate!


sekarang masing masing dah ngembak haluan masing masing. 
how fast time flies. hoho
i would pray our friendship would last till jannah! 


p/s :
sorry for anything, thanks for everything. 
saya rindu saat sama-sama biuk polah esaimen sampe dini hari at last berpesta makan kat bilit sebab sik tauk gine mok polah. 
saya rindu bila sama sama curhat kat bilit
saya rindu nak makan sama sama, minum petang sama sama, dengar lagu sama sama, usrah sama sama, semualah. 

Allah Masih Pilih Kita

Ramadhan itu satu nikmat yang sangat dinantikan, sangat berharga bagi kita semua. 
cuba duduk sejenak, 
renungkan sedalam-dalamnya. 

Berapa banyakkah hati kita dicemari noda? 
Berapa banyakkah jasad kita dikotori dosa? 
Mata kita yang melihat, 
telinga kita yang mendengar, 
tangan yang menyentuh,
kaki yang melangkah. 

Berapa ramaikah orang menjadi mangsa umpatan kita? 
Berapa ramaikah yang menjadi mangsa liarnya pandangan kita?
Berapa kalikah solat dilewat-lewatkan dengan sengaja?
Suara ditinggikan, bertingkah kasar dengan orang tua kita. 

Belum lagi masuk kepada penyakit-penyakit hati,
ujub, riak, takbur dan sum'ah
Allahu rabbi

Andai dosa itu berbau najis, 
entah bagaimanakah busuknya kita dengan dosa kita.

***


Sayu rasanya, apabila ana, seorang insan berdosa yang hina ini Allah izin untuk menempuh madrasah Ramadhan.Setelah debaran menanti apakah sempat diri ini melangkah ke madrasah Ramadhan, alhamdulillah wa syukrulillah kerana limpah kurniaNya serta selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam kerana penat lelah, peluh dan darah, kesungguhan dan kasih sayang baginda, ana, anda dapat mengecapi nikmatnya Islam dan Iman, serta akhirnya ana, anda melangkah ke bulan yang penuh berkah ini. Mudah-mudahan Allah sampaikan kita hingga ke penghujungnya.

Ramadhan. Satu bulan yang di mana terhampar seluas-luasnya maghfirahNya, diturunkan selebat-lebatnya rahmatNya. Hadiah yang tak ternilai dengan harga buat kita. Yalah, apakah ada perkara yang lain yang lebih bermakna bagi seorang insan berdosa melainkan keampunan dan rahmat dariNya?

Abu Hurairah telah berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud: 'Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.'"

[Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi]



Lihatlah! Betapa Allah menjanjikan kita maghfirahNya andai Ramadhan itu tidak kita persia. Ramadhan itu didirikan atas paksi iman dan ikhlas. Tidak cukup dengan itu, Allah subhanahu wa ta'ala menganugerahkan lagi kepada kita satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Selari dengan firman Allahu subhanahu wa ta'ala yang bermaksud ; 


"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" 
[al-Qadr:3]

Allahu rabbi, melimpah-limpah rahmatNya pada bulan ini!



Persoalannya, bagaimanakah kita menghadapi Ramadhan? 

apakah kita bersyukur dengan merebut cintaNya menggapai redhaNya?
atau hanya membiarkan Ramadhan itu berlalu begitu sahaja? 



Ajarkan aku bersyukur kepadaNya


Bersyukur itu bukan pada kata 'aku bersyukur ya Allah' atau 'alhamdulillah' semata-mata. 
Dengan anugerah yang melimpah-ruah daripadaNya, maka bersyukurlah dengan bersungguh-sungguh untuk menjalani Ramadhan ini dengan sebaik mungkin. Jika kita berterima kasih dengan hadiah daripada ayah dan ibu kita, semestinya kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggembirakan mereka. Kita menjalani hidup dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin. Apatah lagi Allah! Yang menciptakan kita, yang menganugerahkan kita ibu bapa. Dan, dengan belas kasihan, rahmat serta kasih sayangNya kita masih menghirup udaraNya di bulan yang mulia ini. Maka, jalanilah Ramadhan ini dengan bersungguh-sungguh. Berusahalah sebaik mungkin untuk melakukan perubahan. Beribadahlah dengan penuh keikhlasan. 

Ramadhan adalah pemangkin perubahan. 
Ramadhan adalah untuk kita mengutip bekalan.
Ramadhan adalah tanda belas kasihan Tuhan. 
Ramadhan adalah tanda cintaNya.
Ramadhan adalah bukti,
Bukti betapa Dia benar-benar hendakkan kita ke syurgaNya.


"Hendaklah kalian memperbanyakkan pada bulan ini empat perkara: 
Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian dan dua perkara yang kalian amat perlukan. Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan 
sentiasa memohon keampunanNya.
Manakala dua perkara yang kalian perlukan ialah kalian memohon syurga kepada Allah dan berlindung denganNya dari neraka…"


[H.R. Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi dan Abu al-Syeikh Ibnu Hayyan]


Ayuh sahabat! 
Selamat memburu mardhatillah.
Selamat berpesta ibadah.
Selamat mengembara cintaNya.
Selamat menyambut rahmatNya. 


Ramadhan,
Tanda kasih sayang dan cinta Tuhan kepada kita,
Apakah Dia tidak layak untuk kita sembah? 
Apakah nikmatNya tidak layak untuk kita syukuri?


"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
[al-Baqarah, 2:183]



Jom!  Raih cintaNya.
Moga anugerah taqwa menjadi milik kita. 

p/s : Ramadhan Kareem kepada sahabat sekalian. Jom sama sama kita mengejar mardhotillah. Mohon maaf atas segalanya, terima kasih atas segalanya. Sayang anda kerana Allah! nak masuk syurga sama-sama, nak? Jom saling mendoakan. 

Monday, July 16

sebelum akad dilafaz, sebelum janji termeterai

Sebentar tadi melihat gambar seorang sahabat berpegangan erat dengan si suami di facebook. Hari ini ulangtahun perkahwinan pertama mereka. [kalau dia baca segan eh..haha]


"penderaan perasaan ni..." ana berbisik sendiri. 


melayang, ke taman bunga dengan angin sepoi-sepoi bahasa. (ok, ini tipu. saja nak tambah MSG. hehe)

******






Perasaan itu fitrah, pemberian Ilahi. 
Dan perasaan itu wujud dalam sanubari kita semua. 
Maka kemudilah ia dengan penuh hikmah, 
kendalilah ia dengan suluhan syara'.

Saat perasaan itu hadir, 
biarlah ia disemai dengan asas iman, 
dibajai dengan taqwa,
siramilah dengan ruh-ruh tauhid dan semangat mencintai Islam. 

jangan biarkan ia dibelenggu nafsu, ditunggangi syaitan.

rasa itu suatu anugerah,
cara mengendalikannya,
dengan baik atau tidak,
satu pilihan. 
pilihan di tangan kita. 

peliharalah ia dengan amalan-amalan soleh. 
dekatkan diri kita padaNya. 
jaga amalan fardhu, tingkatkan amalan sunat. 
basahi lidah dengan zikrullah. 
lazimi tahajjud, penguat rohani.
gencarkan dakwah dan tarbiyyah.

usahlah tenggelam, 
usahlah larut.


Jangan terus lembik membicarakan soal cinta semata-mata, bermadah pujangga, bermain falsafah hingga menjejaskan pemaksimaan potensi diri untuk kelangsungan dakwah dan tarbiyyah. 

Sibukkanlah diri dengan membangun diri. Proses menyolehan, pembaikan dan pengislahan diri harus berlaku dengan konsisten, berterusan dan berkesan. Bermula dari sinilah, persediaan ke arah fasa pembinaan hidup berumah tangga akan lebih berfokus, kukuh, mantap dan menyakinkan!


*****



Ingatlah, 
perkahwinan itu bukan suka-suka, 
tapi satu amanah yang berat
perkahwinan itu suatu alam baru, 
sebelum melangkah, perlu 'sesuatu'.
perkahwinan itu perlu persediaan,
bukan sekadar melayan perasaan.
perkahwinan itu mengajar erti menerima dan memberi,
bukan sekadar menyarung cincin di jari.

Keputusan perkahwinan itu dibuat atas timbangan kematangan, kedewasaan dan dipandu dengan suluhan syara'.

Fikirkanlah keperluan,
Renungkanla kemampuan,
sebelum, semasa dan selepas berkahwin

Sunday, July 15

contengan 1000 kata

baiti jannati. taman rimba. zoo. 


beckham. suka main bola.


choki

yoko



simba. macam albino.





ditemui dalam keadaan sangat kritikal depan rumah. 
dah dilepas. Alhamdulillah.

"dan tidak seekor pun binatang Yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu"
al-an'am 38



anak angkat. ciktiqz punya ^^

Rasulullah s.a.w bersabda: 
" sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan ke atas setiap benda".
riwayat imam muslim


Thursday, July 12

action speaks louder than words

"ni boikot ni. kenapa awak beli barang boikot? Johnson & Johnson, Milo. Awak sokong benda-benda ni?" gadis bertudung labuh itu menyelak almari Rasyidah satu persatu. Tanpa rasa hormat. 
.
.
.
Watak di atas, memang rekaan. Tapi situasi yang sama pernah berlaku, diceritakan oleh sahabat ana sendiri. Perkara tersebut pernah berlaku kepada kakaknya. Peluh kecil. Dan peluh itu membesar membuak-buak apabila situasi itu berlaku di UNIMAS. sekarang, peluh besar.  

Mendengarkan kisah itu, ana mengeluh, sambil geleng-geleng kepala. Tidak menyangka, ada juga insan yang berpakaian membawa imej Islam berakhlak sedemikian rupa. Memang benar, barang tersebut, barang-barang boikot. Menyumbang kepada tentera Israel. Akan tetapi, begitukah akhlak seorang da'ie? Masuk ke bilik dan membuka almari orang lain tanpa kebenaran? 

Qudwah Qabla Da'wah

Qudwah hasanah sebelum dakwah. Ramai para du'at (huh peluh kecil dan tolonglah terasa penulis heyy) gagal untuk melihat perkara ini. Sememangnya, dakwah itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu digalas oleh setiap peribadi yang bernama muslim.



Namun, marcapada ini, fenomena dakwah tanpa amalan (peluh besar) telah merencatkan proses tarbiyyah itu sendiri. 


Maka, lahirlah seorang yang tidak mampu melahirkan fikrah (tiktiktik air mata jatuh) yang diperoleh dalam medan amal apatah lagi dalam medan jihad. Perlunya qudwah hasanah seorang da'ie itu kerana seorang da'ie itu bukan sahaja menjaga hubungan baik dengan Khaliqnya, malah dengan makhluk Allah dan seluruhnya.



Da'ie Itu Contoh Bergerak

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya; 
apakah perbuatan yang menyebabkan banyak manusia masuk jannah? 
Rasulullah menjawab, taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik”.

Hadis di atas menunjukkan peripentingnya akhlak yang baik dalam diri seorang da'ie. Kerana da'ie itu adalah contoh, contoh yang bergerak. Merekalah contoh dari segi amalan. Merekalah contoh dari segi percakapan. Mudah kata, dari seluruh aspek kehidupan, merekalah contoh bagi orang sekeliling. 

Mustafa Masyhur pernah berkata, 

“Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain”

Maka, siapakah contoh terbaik yang boleh dijadikan teladan?


Contoh Teladan Terbaik

Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah terdapat contoh tauladan yang baik bagi seseorang yang mengharapkan Allah dan hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”

( Surah Al-Ahzab: 21 )

Menjadi kewajipan bagi seorang pendidik untuk mempelajari sirah Rasulullah shallallahu ’alaihiwa sallam kerana sirah baginda menceritakan tentang risalah dan sahsiah.

Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam adalah contoh untuk semua peringkat manusia sepanjang zaman. Akhlak baginda adalah al Qur’an. Baginda adalah sebaik-baik manusia. Baginda seorang abid pada waktu malam dan ahli siasah yang berhasil menyatukan umat manusia. Baginda seorang ahli peperangan yang mahir mengatur strategi peperangan dan seorang panglima di medan pertempuran. Baginda seorang ayah yang penuh kasih sayang dan lemah lembut. Baginda seorang suami yang berjaya mewujudkan mawaddah, rahmah dan ketenteraman dalam rumahtangga. Baginda seorang teman yang setia.  Baginda seorang jiran yang prihatin terhadap masalah tetangga. Baginda seorang hakim yang adil. Baginda seorang penguasa yang kasih kepada rakyat. Baginda menziarahi orang yang sakit. Baginda memberi bimbingan kepada manusia yang memerlukan hidayah dengan penuh kasih sayang.
Manusia melihat secara langsung isi da’wah Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam pada peribadi baginda sehingga hati mereka tergerak untuk menerima risalahnya. Baginda adalah seorang murabbi yang membimbing manusia dengan qudwah hasanah sebelum ucapan. 
Maka, adakah insan lain yang terbaik dijadikan contoh teladan melainkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?
Penutup


Sesungguhnya para pendidik membawa tugas para nabi. Mereka perlu jujur dan benar dengan Allah subhanahu wa ta’ala, sama ada dalam kata-kata mahu pun dalam perbuatan. Mereka tidak boleh menginginkan sesuatu melainkan keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala. Mereka bertanggungjawab untuk berusaha mewarisi akhlak Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam.



Qudwah hasanah adalah asas kepada tarbiyyah dan dakwah. Ingatlah dakwah Islam memerlukan saf yang komited secara amali untuk berkembang. Janganlah kerana akhlak kita yang tak hensem, perangai kita yang tak comel, perkataan kita yang tak cantik, tapi hanya hebat berkata-kata, menulis (huhuhu) kita menjadi fitnah kepada risalah yang kita bawa. Benarlah pepatah Inggeris, 'action speaks louder than words'





Wednesday, July 11

senyum.manis.syukur



"Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." 
[At-Thalaq : 3]


Tawakkal sebelum semasa dan selepas berusaha. PadaNya, kita berserah segalanya. Segala urusan, pergantungan, pengharapan pendek kata, semuanya serahkan padaNya. InsyaAllah, Allah akan mencukupkan keperluan, dari arah tak disangka-sangka. Tiada kecewa. Senyum. Air mata mengalir perlahan.

Alhamdulillah wa syukrulillah. 
Tiada ungkapan. 
Tiada kata. 
Tiada bicara yang bisa menandingi nikmatMu ya Allah.

Keputusan peperiksaan telah pun diumumkan 10 Julai yang lepas. 
Alhamdulillah, terbaik buat ana :) 
Melihat keputusan akhwat lain, alhamdulillah. 
semuanya ok. terbaik buat mereka juga. ^^
*mode bahagia*

ghindunye kat depa nih.

dengan mereka juga.


akhawat pasti mumtaz.

tema study week kali ini. 
study week kali ini terasa begitu berbeza. 
dan yang paling manis rasanya. 
hampir 24/7 sepanjang minggu
meluangkan masa dengan mereka. 
study sama-sama. 
walaupun lain-lain course dan tahun.
qiam sama-sama. 
di mana-mana saja.
bilik? kesian roommate. hehe. kena tinggal. 

sungguh, 
ana terpegun dengan semangat juang mereka. 
tatkala orang sibuk menatap buku, 
mereka sibuk dengan kerja-kerja dakwah kampus mereka. 
masing-masing turun medan. 
tanpa keluh, tanpa lelah. 
tak kira waktu. 
malu sendiri dibuatnya.
Allahu akbar. 

mereka yakin, firman Allah, 

 Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
(Surah Muhammad 47:7)

kejayaan ini, janganlah menjadikan kita angkuh dan sombong. TIDAK. Malah, jadikanlah sebagai paksi, keyakinan dan pembakar semangat untuk menggencarkan lagi dakwah dan tarbiyyah kita!

Jalan ini adalah jalan yang Nabi Adam AS dan para pewarisnya yang harus menanggung kelelahan dalam menempuhnya. Kerana jalan ini pula, Nabi Nuh AS mengisi hidupnya penuh derai air mata. Disebabkan jalan ini al-Kahlil, Ibrahim AS dilemparkan ke dalam api. Nabi Ismail AS harus rela ditelentangkan untuk disembelih. Nabi Yusuf As rela dijual sebagai budak dengan harga murah dan dipenjara bertahun-tahun. Nabi Zakaria AS digergaji tubuhnya. Nabi Yahya AS disembelih. Nabi Ayyub AS mengulat melawan penyakit. Nabi Dawud AS menangis melebihi kebiasaan manusia biasa. Nabi Isa AS dipaksa hidup dalam keterasingan. Dan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasalam sendiri harus hidup akrab dengan kemiskinan, penindasan, dan berbagai intimidasi. 

Sementara, apakah engkau akan bersenang lenang dalam kelalaian dan senda gurau?!

kecepuk. batu besar jatuh kepala.

p/s :


 ramai yang bisa bertahan, terus kuat apabila diuji dengan ujian kesusahan dan keperitan. Tetapi ramai yang pantas gugur dan tersungkur apabila dijentik dengan ujian-ujian kesenangan dan kejayaan. Gulp.

Jangan sesekali terjebak dengan perangkap yang telah menjerat orang-orang Quraisy; nikmat dan kurniaan yang telah Allah kurniakan kepada mereka telah mengelabui mata dan hati mereka, sehingga tergamak mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jangan biarkan kejayaan anda dalam hekzem kali ini menjadikan anda takabbur dan hidung tinggi, sehingga anda tidak mahu lagi keluar ke medan jihad menyentuh hati-hati di luar sana. Dan jangan disebabkan oleh keputusan hekzem dunia yang sebenarnya tidak punya nilai di sisiNya itu, menjadikan anda lupa dan lalai daripada fokus anda memenuhi tujuan hidup selayaknya sebagai abdi dan khalifahNya!

Tahniah sekiranya keputusan cemerlang ini menjadikan anda lebih beriltizam rambut shiuu shiuu ditiup angin semangat untuk terus tsabat dan istiqamah di jalan ini!

Tetapi takziah sekiranya keputusan peperiksaan anda telah menjadikan anda lupa diri dan hanyut dengan puji-pujian manusia, lantas alpa dan leka dengan kerja-kerja mentarbiyah manusia! -APG-