Tuesday, August 23

ini hanya karangan biasa : bila hal kecil diperbesarkan.

Kisah benar atau tidak, tak perlu ana sahkan. Andai kisah benar, bukan niat nak memburukkan. Yang penting, ambil ibrah. 

p/s andai malas nak baca kisah ini, boleh scroll ke bawah. terus ke ibrahnya :)
Rutinku di bulan Ramadhan sama saja setiap hari. Paginya setelah subuh, bantu mak buat kuih muih. Bantu apa yang patut. Tengah harinya, pergi ke bazaar Ramadhan. Mencari rezeki untuk anaknya degree, kata si ibu. Malamnya, solat maghrib, tilawah dan terawih. Setelah itu, aku kembali membantu ibuku. Jam sepuluh, tidur dan bangun kembali pukul l dan berterusan hingga ke pagi. 

Cuaca hari ini lebih panas daripada biasa. Memang agak menguji imanku yang senipis kulit bawang ini. Petangnya pulak, hujan. Biasala, cuaca di Sarawak, paginya panas, petangnya hujan. 

Sindir mindir (bukan sindir menyindir, sebab hanya melibatkan sebelah pihak)
Adegan sindir mindir si A kepada jiran meja si A (aku gelar si B) bermula sejak semalam, hari isnin. Si B tidak melayan sindiran tersebut, sebaliknya melayan pembeli. Telingaku sudah cukup panas, tapi masih mampu bertahan. Hatiku pun kadang kadang menggelegak geram. Seringkali aku mengingatkan diri sendiri, "Oh, sesungguhnya aku berpuasa.." Lantas aku memilih untuk diam. Malas untuk ikut campur hal orang lain. Lebih baik aku layan pembeli. Masuk jugak duit dalam poket. Ayahku juga sering berpesan untuk jangan ambil kisah hal orang kiri kanan. Mungkin dia sudah masak dengan perangai perangai orang di situ. Apa yang mereka sindirkan, aku sendiri kurang faham. Tahu, tapi kurang faham. Oleh itu, aku malas nak menerangkan butiran sindir mindir itu di sini, bimbang hanya berdasarkan interpretasi nafsu semata. Yang aku tahu, hal kecil cuma dan berkaitan tuduhan yang aku tak pasti asasnya kukuh mahupun tidak.

Settle 
Alhamdulillah, ibu si B sudah meminta maaf kepada si A. Menangis menangis si ibu, sampai aku yang melihatnya, bergenang air mata. Syukur. sindir mindir tiada lagi. Hatiku lega. Kan best kalau begitu.

Sindir menyindir
Sindir menyindir bermula lagi hari ini (selasa). Eh, bukankah dah settle semalam??? Hatiku kian gelisah. Ayahku, tiada bersama. Bekerja. Aku punya instinct tidak baik. Aku tahu, jika ini berlarutan, pasti akan timbul satu masalah yang lebih besar. Macam biasa, aku hanya memilih untuk diam dan melayan pelanggan yang datang. Hari ini, hatiku tidakla begitu menggelegak seperti semalam malah lebih kepada risau. Mana tak nya, dari semalam hingga ke hari ini tak henti henti. Tuduh menuduh, sindir menyindir. Hari ini, keadaan lebih kronik, sumpa# menyumpa#. Si B yang semalam mendiamkan diri turut membalas. Mungkin hilang sabar. Aku kesian akan ibu kepada si B. Orangnya darah tinggi. Dia melarikan diri entah ke mana sambil bertangisan. Bimbang juga ibunya pengsan atau apa apa hal buruk berlaku. Si B, turut menangis. Huh. pilu, sampai aku pun nak menangis. Si B menangis teresak dan bersumpah tidak melakukan hal demikian. Aku sendiri keliru, siapa yang perlu aku percaya. At last, aku ambil keputusan berada atas pagar, tidak berani menghukum, kerana aku tidak melihatnya. *DOSA BESAR ANDAI MENUDUH TANPA BUKTI, KEJAM ANDAI MENGHUKUM HINGGA BENAR BENAR TERBUKTI*

Apabila keluarga 'turun padang'
Dari jauh, aku dengar si B sudah menelefon ayahnya. Mulanya aku risau, tapi aku memilih untuk bersangka baik. Aku fikir, mungkin dengan adanya ayah si B, semuanya boleh settle kembali. Si ayah dan 7 orang yang lain datang. Tubuh si ayah tinggi, badannya sasa. Kepalanya botak. Yang lain-lain, Allahu...penampilannya sudah cukup membuatkan aku gerun. Lutut sudah mula ketar ketar. Ayahku masih bekerja. Lantas aku menelefon ayahku. Syukur, ayahku bekerja di hospital dan di situlah gerai kami. Tak sampai lima minit, ayahku datang. Pada mulanya, mereka hanya berbincang. Suatu perbincangan yang hmmmm. hangat jugak. Beberapa kali unsur provokasi kedengaran. Aku, menjadi tak keruan. Pembeli yang datang, perlu memanggil aku dua kali, baru aku tersedar entah dari alam mana. Cuak melampau, mungkin.

Screw driver, kerusi pelanting 
Pembincangan yang hangat (kan best kalau hangat dengan isu Palestin ke, isu masa kini..) bertukar agresif. Si ayah kepada si B & the gang sudah mula agresif. Mula mula guna tangan, tengok tengok keluar pulak screw driver. Aku hanya berada sekitar 1 meter dari kawasan kejadian. Ya, sangat dekat. Aku satu hal, terkesima, terblur, tak tau nak buat apa. Tapi yang peliknya, masa "hangat" tu la ramai pulak orang singgah kat gerai aku. "Kali nak poret nakkk??" kataku dalam hati. Astaghfirullah, mana perginya sangka baik itu. Tiba satu adegan, si mamat mana entah, mengangkat kerusi aku, (huh, nasib aku tak duduk kat kerusi tuhhh) dan hendak menghempaskan kerusi itu kepada si A. Lantas, si A lari. Lari selaju lajunya. Si mamat tersebut pun membaling kerusi tersebut. Haizz, entah macam mana, aku pulak yang nyaris terkena. Dengan sepantas kilat, aku merasakan tanganku digenggam dan ditarik oleh seorang lelaki. haizz, lelaki mana pulak dok pegang tangan aku ni? Rupa rupanya, ayahku sendiri. Hasil tindakan ayah aku, kerusi tersebut tidak sempat mengenai aku, tetapi mengenai lantai di mana spot aku berdiri. Allahu, kerusi terpatah dua. Retak. Alhamdulillah, kalau tidak bantuan Allah melalui ayahku heroku (sob sob..terharu) tiba, mungkin aku tidak berada di rumah malam ini, sebaliknya berada di wad. Alhamdulillah wa syukrulillah. 

Ibu si B, iaitu isteri kepada lelaki botak tersebut berlari menghalang suaminya dengan esakan air mata. Adrenaline yang membuak-buak dalam badanku bertukar menjadi enzyme lysozyme di kelopak mataku. Alhamdulillah, selepas dipujuk, keadaan kian settle. Si A hilang entah ke mana. Akan tetapi, beberapa mamat yang bersama bapa si B masih menunggu dan mencari si A. haiizz. sik pande abis gik. 

Bah, gine aku nak nge-end cerita tok? Alhamdulillah, hasil pujukan orang ramai, mamat mamat tu balik dan tidak menunggu si A lagi. 

TAMMAT.

oh lupa, ada sorang kakak tadi, beli kuih. Masa adegan kerusi tadi tu, dia membayar dan aku pun nak menyerahkan kuih kepadanya. Duit dah diambil, tengok tengok, dia hilang entah ke mana, Panik agaknya. huhu. macam mana nih? takut kerana RM1 menyusahkan diri di kemudian hari. huhu.

IBRAH 

ana begitu sedih. Kita satu aqidah, kita telah sama melafazkan kalimah syahadatain, bertuhankan Allah yang satu, berkiblatkan kiblat yang satu, berpandukan Al-quran yang satu dan sunnah Rasulullah, kenapa perlu berpecah belah dek kerana hal sekecil kuman? Tambah tambah pada bulan ramadhan, bulan mulia. Bukankah, kita digalakkan untuk melebarkan tali persaudaraan di bulan ramadhan, malah di bulan bulan yang lain. 



“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” 

Al-Hujuraat ayat 10

Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan adalah sesuatu yang ‘integral’ kepada kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya. 
 
Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas. 

Sabda Rasulullah (SAW) dalam beberapa buah hadis Baginda (SAW) mengenai persaudaraan: 

Tolong menolong:

“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya” (riwayat Muslim).
Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah (SAW) bersabda “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” (riwayat Bukhari dan Muslim) 

Kasih-sayang: 

Dari Anas bin Malik, Rasulullah (SAW) bersabda “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (riwayat Bukhari dan Muslim). 
 
Tidak tindas-menindas: 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang menipu kita adalah bukan di kalangan kita (muslim yang benar beriman)” (riwayat Muslim). 
 
Tidak berlama-lama dalam perselisihan faham:

Dari Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga malam dengan berpaling daripadanya bila bertemu, sesungguhnya yang terbaik antara keduanya adalah yang dahulu memberi salam” (riwayat Bukhari dan Muslim).

banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dari perkara picisan seperti ini untuk difikirkan.






"Life is too short but our destination is still far. Don't shorten our short life with hatred, but fill it with loves"

Mudahan sama sama kita beroleh ibrahnya. Salam 24 Ramadhan. Amacam? hee. Jom khatam! Naik ke gear 10!


Monday, August 22

pesan buat sahabat

pesanan buat sahabat ku ,
klu kita nak pilih kuih raya kita mesti amek yang cantik n nampak sedap kan?
tapi bila buka puasa
rasa ckit tak sedap la plak
so mesti cedih
jgn mudah melatah
so lepas tuh kita akan cuba cari kuih yang lg best dgn tanya orgkan???
klu ada org ckap kuih lain lg sedap kita pun g beli.
tgk2 tak sedap jugak
macam mana
kita tak bleh caya sangat kata org,
so kita buat la sendiri, tanpa pengalaman
siap bake,pahit la plak..
mcm mana nih..
so, lps solat terawih kita pun pegi kedai, mintak rasa ckit, tak sedap cari kedai lain, sampai jumpa yang paling sedap
tapi dah jumpa yg sedap
tak cantikla plak appearence dia..
tak pe aku beli je, then nanti sebelum bg org aku cantikn ckt lg
manusia kan tak perfect...
jd kita puas hati,
nak mmperjuangkan kita punya kuih lg sedap mmg susah klu kita tak usaha nak cantikkan dengan keupayaan yang kita ada
so cantik2 kan lah


same goes to dakwah, tarbiyah n jemaah
tak pernah satu yang lengkap
sebab tuh bnyak
kene saling melengkapi
cuma kita kene yakin ape yg kita buat n ikut tu betul
kita hanya perlu berdoa lg mengharapkan agar Allah terus meredhai usaha kita
sharing dari seorang adik asasi nih! :) sangat sangat suka! 

yang berolah

Assalamualaikum & hye peeps. 

Pakaiannya sedap mata memandang,
Pertuturannya manis telinga mendengar,
Kelakuannya sejuk perut ibu mengandung. 
Lemah lembut, hampir sempurna

Percayalah, golongan ini wujud! They are almost perfect.

Merekalah qudwah hasanah. Mungkin mereka belum sampai ke tahap berakhlak dengan akhlak al-Quran, tetapi ana yakin mereka menjurus ke arah itu. Mereka menzahirkan tarbiyyah dengan akhlak mereka yang terpuji. Mereka menvisualisikan kata-kata @ penulisan mereka. 

Merekalah yang mengikuti tarbiyyah dalam erti kata sebenar dan merekalah yang berjaya mentarbiyyah diri dan akan mentarbiyyah orang lain.

Dann... ana? *hoh. sila menanges Jasmin!*

Berolah (nakal dalam bahasa sarawak). Ya, ana seorang yang berolah. Mungkin ada yang kata, mereka yang ikut tarbiyyah yang berolah ini sempoi, senang masuk line dengan apa segala minah. Senang nasihat orang dan bla bla bla. 

Ya, itu mungkin kebaikannya yang jauh lebih sedikit dari keburukannya. 

Persoalan pada diri. 
Kata ikut tarbiyyah, kata ikut usrah. Tapi..
Sebagai contoh, semasa memandu.
Segala sifat sabar, sangka baik mudah saja melayang entah ke mana.
Mulut mudah saja bising bising kalah popcorn digoreng.
*yang pernah mengupah saya menjadi driver tahulah perangai saya macam mana*

tulisan dan kata kata. 
macam macam nasihat
Tapi adakah ana, kita amalkan apa yang kita tulis mahupun katakan?

atau, kita tidak menjadi qudwah kepada sahabat sahabat kita,
masa berborak, kadang tak diisi dengan yang bermanfaat,
mudah dihenyak dipijak yang lagho lagho semata!
gelak gelak dan gelak. 

Haaa...ana terasa!

Astaghfirullah.

Ok, mungkin ada yang masih tak berapa nak faham apa yang ana cuba sampaikan. 

to make things clear. nak bagi satu situasi. 

si A, banyak gelak, berolah. si B (watak baik nihhh), bertentangan watak si A.
Dua dua mengajak ke arah kebaikan. Ajakan siapa yang kita ambil seriyes??
Jeng jeng jeng. clear sik?

Mungkin benar, dakwah tidak bergantung dengan akhlak dan qudwah yang hasanah semata mata, tapi bagi ana, seorang daie harus memiliki kedua dua nya. Akhlak dan qudwah hasanah. 

Kenapa? Sebab keduanya adalah senjata hebat yang melengkapi dan memperkasa jentera dakwah dan tarbiyyah. Percayalah!

Dan bimbang pula, bila mana ana menjadi "akhowat berolah" ni, perkara ini akan menimbulkan fitnah kepada dakwah dan tarbiyyah itu sendiri. Bimbang bimbang disebabkan ana akhowat berolah ini, orang akan bersangka buruk dengan dakwah dan tarbiyyah seperti "heyy kata ikut usrah, perangai macam tak ikut usrah..." dan seterusnya akan diculik lari jauh jauh daripada hidayah Allah. NAUDZUBILLAHI MIN ZALIK. 

Dan bagaimana pula, jika ana berterusan berolah begini dan ana tak sempat nak berubah dannn mati sebagai akhowat berolah yang penuh dengan tekih tekih (maksud sisa sisa dalam bahasa sarawak) datuk nenek moyang jahiliyyah.  Naudzubillahi min zalik.
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka."
[Al-Hadid, 57:16] 
 
Katanya nak berubah jam 12, tapi mati pada jam 11
-Hlovate-

Ya ALLAH, betapa menggunungnya dosa ini. 
Ampunilah daku. huu.


Doakan agar ana cepat cepat berubah supaya tidak menjadi berolah lagi.

Memburu syurga yang mahal, bukan mudah. 

Nak mengubah orang, ubahlah diri. 

Nak tarbiyyah orang, tarbiyyah lah diri.

Doakan ana.

*nanges nanges...*

Thursday, August 18

dan mereka :)

Assalamualaikum & hye peeps. 

Tengok satu post dekat wall Exco Akademik dan Kerohanian JPPU, terus membawa ana terbang bersama memori. 

Bekerjasama dengan mereka. 





Banyak belajar, banyak dididik. 

SABAR,IKHLAS. itu yang utama.

Ada masanya, proposal kena tolak, perbaiki balik.

Surat kadang kadang kena reject, buat balik.

Laporan aktiviti, tiba tiba hilang dari simpanan? Sabar sabar...

Ada kalanya mesyuarat sampai tengah malam.

Tak kira, di cafe yang haru, di bilik gerakan JPPU yang sejuk menusuk tulang,

dan mesyuarat online dan akhirnya turun jugak ke cafe. haha. macam macam.

masa kadang kadang malam sebelum exam.

Dana kadang kadang tak cukup, pakai duit sendiri. 

Ketika poket sendiri pun kering.

Pengorbanan.Infak.

Nak cari wakil MPI, ketuk bilik orang tengah tengah malam. *dzatul's expertise*

Tak dapat restu dari pihak atasan

Penceramah datang awal, awal sejam. Pandai pandai handle.

dan macam macam lagi.
Itulah pengalaman, itulah pengajaran, itulah tarbiyyah. Dididik supaya sabar dan sentiasa ikhlas. Belajar hiduP dalam suatu organisasi. Nak uruskan sesuatu macam mana, nak buat ini nak buat itu ada caranya. Di sinilah ana banyak belajar. 

Alhamdulillah, dulu ana tak tahu nak uruskan benda benda macam ni, inshaAllah lepas ni dah boleh dah. Dulu tak reti buat surat, sekarang dah tahu dah macam mana. Begitu juga laporan aktiviti, kertas kerja. Teringat, 1 kertas kerja boleh 2 3 orang buat. haha. 

Dan yang penting, ukhuwwah ketika bekerja bersama. 
Susah senang, gembira sedih, tension tak tension ditanggung bersama.

Nak memiliki pokok dan nak menikmati buahnya, 
kenalah tanam dulu, siram hari hari, baja supaya sihat.
InshaAllah esok lusa adalah hasilnya
Susah dulu, senang kemudian. 
Susah hari ni,  manfaat esok hari
Hee :)






Monday, August 15

ini hanya karangan biasa II

sambungan post lalu

Tudung Labuh.
Berbalik kepada isu tudung labuh. Entah bagaimana, satu hari ana pergi ke kedai buku dan terjumpa sebuah buku. "Seindah Mawar Berduri" oleh Fatimah Syarha. Ana beli buku tu pun sebab cover die kaler hijau. Ana tak baca sinopsis, ana tak perasan siapa penulis. Cuma ana tengok tajuk dan cover buku dan hati ana tertarik.

Helaian demi helaian buku tersebut ana hadam. Ana hadam dan ana membacanya. Entah kenapa, hati ana terasa tersentuh membaca buku tersebut. Biarpun kisahnya bukanla kisah sedih atau sewaktu dengannya, ana boleh menangis membaca buku tersebut. Watak Khazinatul Asrar yang diwujudkan penulis dalam novel tersebut menyebabkan ana terasa begitu nekad nak pakai tudung labuh.



Memang ana pernah memasang niat untuk memakai tudung labuh sebelum itu. Mengumpul kekuatan. Like a person who stand at the edge of a cliff, u give a bit of force and she will fall down. Fall into Islam. hehe. 



Then ana bagi tau niat ana kepada roommate ana. Alhamdulillah, rummate ana yang comel lagi baik hati (bukan senang saya nak puji orang, Kiah..hehe) sudi menghadiahkan ana tiga helai tudung labuh. Tudung labuh cream, hitam dan coklat. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda. huhu :') dan tudung tudung itu punya nilai sentimental tersendiri. Sampai satu tudung tu rosak gara-gara seterika terlalu panas, ana boleh menangis. huhu.

Pagi itu, ana segan nak keluar bilik. Ya, sangat segan. Ye la, orang rock & roll tiba tiba bertudung labuh.hehe. Alhamdulillah, Allah bagi ana kekuatan untuk keluar bilik dan pergi ke kuliah dengan bertudung labuh. Allahu, pertama kali menyarung tudung labuh, terasa sangat selesa dan I feel safe with it.

Pada mulanya, ana masih on off pakai tudung labuh. Entah mimpi apa (sebab 1st sem tak pernah nak ikut benda2 ni), ana tergerak hati nak ikut mukhayyam di Lundu. Ya, masih di awal semester. Nak dipendekkan cerita yang sudah berjela jela nih, setelah program tersebut ana diberi lagi secebis kekuatan dari Allah Yang Memiliki Segala Kekuatan. Ana sudah tidak lagi on off. Ana terus memakai tudung labuh biar optionnya cuma tiga warna. hehe.

Lihat Ramai Sahabat Lain Mula Bertudung Labuh
Umpama gelombang, ana lihat ramai sahabat sahabat lain mula menukar imej mereka. Alhamdulillah, sudah mula ramai sahabat sahabat bertudung labuh. Biarpun pada mulanya, hanya meminjam dari sahabat yang lain. Hati ana terdetik, ana tak dapat UIA, tapi dapat persekitaran macam UIA :D. hehe. Itulah perancangan Allah. Orang agama tak sama dengan orang beragama.

Kian hari, makin ramai bertudung labuh dan semakin ramai tertarik nak ikut usrah. Ada sahaja ahli ahli baru dalam halaqah. Biarpun bukan sehalaqah dengan ana. Alhamdulillah. Allah sayang. hehe.

Teruji
Cuti tahun baru cina yang seminggu benar benar menguji ana. Bukan ana sahaja, malah ada sahabat lain mengadu perkara yang sama. InshaAllah, tidak beriman seseorang sekiranya tidak diuji kan?

firman Allah taala : apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sajamengatakan;"kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji? 
(SURAH AL-ANKABUT:2) 
 
dan Allah nak kita jadi baik. hehe

Sekiranya Allah kehendaki menjadi baik, maka ALLAH akan memberi ujian (HR Bukhari)


Ana balik rumah. Keluarga masih belum tahu perubahan cara pemakaian ana. Semasa balik, memang agak terkejut, tetapi masih boleh menerima dengan terbuka. 

Tapi, terdapat jugak kata-kata yang pahitnya kalah panadol yang ditumbuk halus untuk ditelan. Yang pasti bukan dari keluarga ana. Hmm. Masa tersebut, ana rasa sangat terkilan & a bit angry dan rasa nak makan mulut orang tersebut. (Masa tersebut, imej je bertukar, perangai? Belum lagi, masih banyak lagi perangai buruk tu melekat sampai sekarang. InshaAllah, ana cuba ubah.) 


Sayonara Jahiliyyah 
Biarpun imej berubah, perangai masih sama. Layan lagu inggeris, lagu korea jepun. Minat artis tuh, artis nih. Tibanya satu saat, Allah masih lagi beri kesempatan ruang dan peluang untuk hadir ke satu daurah bertajuk Sayonara Jahiliyyah. 

Mulanya, pemikiran ana tentang apa itu jahiliyyah sangat la sempit. Jahiliyyah bermaksud bodoh, tiada ilmu pengetahuan. Haha. JAWAPAN SKEMA SPM. Rupa rupanya, most of my daily routines are parts of jahiliyyah. Dan juga ana juga mangsa Ghazwul Fikr, serangan pemikiran.

Sepanjang daurah tersebut, ana terasa macam satu tukul besar menghempas kepala ana. Sangat terasa! Di situ, Allah tambah lagi kekuatan. Simulasi menulis perkara perkara jahiliyyah yang kita selalu buat kat dalam satu kertas dan mengoyakkannya dan dibuang lantas memberi impak ke dalam diri ana. 

Balik dari daurah tersebut, ana mula dengan membuang lagu lagu hindustan korea omputeh yang langsung tak membina jiwa dari mp3 ana. Dari laptop, ana tak berani buang sebab bukan ana yang punya. 

Hmm. mulanya memang tercari cari la lagu tu semua. tapi ana cuba cari alternatif lain. haa. edcoustic. ana suka kumpulan nasyid tuh. hehe.
Tamat Asasi
Sepanjang asasi, ana banyak belajar. Minda ana dibuka seluas luasnya. Dada terisi ilmu. Alhamdulillah, ana suka gelar unimas sebagai universiti tarbiyyah. Di sini lah ana mula mula kenal Islam bukan sekadar solat sahaja. Islam cara hidup. fullstop.

Ukhuwwah sesama kami pun terasa sangat kuat. I can feel a very strong bonding of friendship among us, asasian. Oh..SAYA RINDU MEREKA. hehe. 

Nak dijadikan cerita (unsur pengulangan) sepanjang semester dua, hujung minggu ana penuh dengan pelbagai aktiviti. Pernah sekali almost dua bulan ana tak balik gara gara setiap hujung minggu ada aktiviti. Aktiviti memberi makanan rohani. hehe. 

Alhamdulillah, cuti ni ana terima keputusan untuk semester dua. Alhamdulillah wa syukrulillah, much much better than previous result. Ana terus teringat janji Allah dalam surah Muhammad ayat tujuh :

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.


ALLAH BAGI KITA 24 JAM. YA, DIA BAGI. TAPI KAN, BERAPA BANYAK MASA YANG DIA BAGI KITA LUANGKAN UNTUK-NYA? hmmm, fikir fikirkan. peringatan buat ana yang imannya kadang naik kadang turun. hehe.

coretan kali ini tiada niat lain melainkan sebagai perkongsian dan andai punya ibrah, ambil lah ibrahnya. Ingat, hidayah Allah, kita kena cari. Mudahan rahmat dan kasih sayangNya sentiasa mengiringi setiap langkah kita. Ameen.
 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).



Saturday, August 13

ini hanya karangan biasa I

Assalamualaikum & hye peeps.  

Ana teringin nak share sikit pengalaman ana semasa asasi. Mudah mudahan ada manfaatnya.

****


Ana dah mula sibuk packing packing barang. Awat awal sangat? Hmm, ana hanya punya hujung minggu. Weekdays ana sibuk dari pagi sampai ke malam. Minggu depan pulak dah sibuk bake biskut-biskut. Hari raya? Ana raya kat kampung ana kat mukah. Sebab tu pack awal. 

Nak cari tudung putih. Allah. Payah betul. Dan tak jumpa lagi. Tudung putih, ada memang ada. Tapi itu tudung ana dulu dulu. Nak cari yang sesuai dengan cara ana sekarang.

Status status Facebook pun, rakan rakan lain semua dok sibuk cerita tentang MAP. Dan ada beberapa bekas LO-LO masa ana asasi dulu pun dah sibuk "attend" kursus induksi LO. haha. Ana pun tergerun bila tengok bekas LO disiplin MAP turut "attend" sekali. Ana boleh kata, cara dia lebih kaww dari KU Disiplin MAP tahun ni. hehe. 

tambah tambah ana terbaca post dari blog sahabat ana tentang unimas, ana pun terasa tergerak nak menulis satu post tentang unimas.

Ana pun terimbau kembali masa MAP ana dulu dan semasa ana jadi LO untuk MAP asasi second batch. 

Mendapat tawaran asasi sains hayat di UNIMAS.

haaa? UNIMAS? ingat lagi masa malam dapat result UPU, punya la down satu malam. haizz, masa tu, tak reti nak bersyukur. Puas ibu ayah lecture satu malam. eh, tak la lecture, nasihat. 

UNIMAS. (ana suka gelar sebagai UNiversiti Islam MAlaysia Sarawak) aha. nak masuk UIA punya pasal. 

Semasa MAP, ana memilih untuk diam. Ya. Kekangan bahasa. Bukan tidak fasih, cuma tidak biasa. Berbelit belit lidah ana. Masa MAP pun, emosi rasa kurang stabil. Mungkin pertama kali jauh dari family dan tambah tambah certain situasi yang kurang mengalukan pelajarnya. OppSs. Maaf. Haha. 

Mentari Mendung
Ana jenis yang lambat adapt. Semuanya lambat. Sebab tu ana selalu pesan kat adik adik asasi, cepat cepat adapt. Lambat adapt bagi effect jugak. :)
Ana mula berkenal kenal dengan usrah." Errk. Apa usrah tu? " haa. itu lah situasinya. langsung kurang pendedahan tentang usrah. Ana masuk usrah pun sebab "termasuk". Sekali harung, ana "termasuk" tiga usrah sekali. Ana masih ingat, ana bukannya suka sangat bila ada usrah. Entah, terasa nak escape je. Tapi tak berani nak escape. hehe. Jasmin Jasmin...Daurah? Haaa, jarang sangat sangat datang. Eh jap, tak pernah datang. Kalau tak balik, dok memerap kat bilik. Hehe. Zaman jahiliyyah dulu dulu. 

Yes, semasa semester pertama ana seorang yang agak kuat study. Hanya study dan kurang tidak melibatkan diri dengan dakwah dan tarbiyyah. Tapi pada masa yang sama, ana suka sangat tengok rakan rakan pakai tudung labuh. Roommate ana sendiri & sahabat sahabat ana. They have my respects. Bukan bermakna ana tak respect yang lain, tak. Just when I see them, I do feel something & I just can't express it through words. 

Nak dijadikan cerita, I do study hard but my result does not worth it. 

I asked myself,  "I do study hard, really really hard, but why my result turned into this?"

"It must be something went wrong somewhere.." I told myself.

Haaa! What's wrong? 
Read this post till the end. hehe. (bukan paksaan,bosan? boleh close browser)

Bila Mentari Mula Menampakkan Sinarnya
I started my second semester of being an asasi student by joining a qiyyam program. Eh sat. tukar bahasa dulu. hehe. (I express myself in BM better than English.) 

Semasa qiam tu, ada satu slot tayangan video program sepanjang semester pertama. Ana tengok video tu, ana tiba-tiba terfikir, "kenapa muka aku tak dak?" (bukan gila glemer ka ape, tapi entah macam mana, persoalan tu terdetik kat dalam hati ana...) 

mesti la tak dak, tak pernah join daurah pun. hehe. 

dan balik dari qiam tersebut, tiba tiba satu keazaman, umpama angin menghembus ke dalam hati ana. Ana berazam untuk ikut apa apa sahaja majlis ilmu spt daurah, mukhayyam. (mungkin masa tu Allah mencampakkan hidayahNya kepada ana)

bersambung. mungkin. kalau rajin. hehe.










Friday, August 12

tayar pancit di pertengahan

Assalamualaikum & hye peeps. 

Hari ke dua belas Ramadhan. 
Apa macam?
Pancit? Pam balik.
Habis minyak? Isi balik.
Terlajak? Reverse balik.
*peringatan buat diri*

Alhamdulillah wa syukrulillah...
Masih punya waktu untuk bernafas dengan oksigen dan berpijak di bumi yang sama sekali bukan milik ana, bukan milik kita. 

Mana milik kita? Tidak ada milik kita.
Semua yang ada, Allah yang punya.

Sama sama muhasabah :)

***** 
IKLAN SEMATA MATA


Semalam berkesempatan tengok helikopter landing kat hospital. 
Bawa pesakit dari Betong tak silap.
Ada gambar pesakit tersebut, tapi takkan di upload.
Anda pasti tak sanggup melihatnya. huhu.

 *doktor mana ntah. jadi model. hehe*

hari ini pun sama, sempat tengok helikopter landing.
Pengalaman yang sangat best.

 *******
 Berbalik soal pancit, habis minyak, salah masuk gear segala. 

Sekarang masuk fasa kedua ramadhan. 
Lari pecut pada 10 hari pertama ramadhan,
tiba tiba semput di pertengahan?

awal ramadhan boleh habis 10 juzuk,
tapi seterusnya setengah juzuk sehari, 
suku juzuk, dua helai sehari...

semakin semput semakin pancit

ana juga begitu.
iman sifatnya bukan statik yang stay begitu sahaja.

ana bukan sempurna.
tapi insan yang belajar menjadi hamba.

hmm.apa masalahnya?
semput? jantung tak elok ke?
tidak tidak.
tanyalah hati.

hati ana, hati kita penuh noda hitam.
benarlah syaitan diikat di-jail dibelenggu
tapi andai kita imbas balik tafsir surah an-nas.
ayat 4-6

( مِن شَرِّ اْلوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ( 4
4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang datang dan menghilang. 
 
( الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ( 5
5. Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia. 
 
( مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ ( 6
6. Iaitu dari (Syaitan) jin dan manusia. 
 
melalui ayat 4-6, Allah mendedahkan Syaithon laknatullah.

Beberapa sudut dikupas untuk bahagian ini dimana dalam surah ini menjelaskan :

Sifat
 شراْلوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
Keburukkan , was2, tersembunyi
Ragu2 dengan tujuan jahat .. Tersembunyi supaya kita ambil perhatian (hati-hati) sukar dikesan

Kerja
يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
Menimbulkan keraguan dalam dada manusia
Apa yang ada dalam dada manusia? Hati

Jenis
مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
Terdiri daripada Manusia dan jin 
 
Surah Pilihan : An-Nas [kupasan dari Tafsir fi zhilal..karangan As-Syahid Syed Qutb...]
 
AHA! manusia dan jin. 
ya, syaithon dari kalangan jin telah dikurung,
dari kalangan manusia?

YA! nafsu kita sendiri adalah syaitannya
 

OK. OK *panik panik*
nak buat apa lepas ni?

Pertama, FREEZE! ya. freeze yourself from doing sins & lagho thingy. 
cool dulu. jangan panik. 
anda panik beerti hati anda masih punya sensitiviti.
fikir fikirkan.

Kedua, IT'S NEVER TOO LATE & THERE'S STILL HOPE!
mula semula. 
mungkin memang bukan mudah untuk berubah.
anda harus menjalani jalan jalan yang berduri,
kiri kanan ranjau dan jangan harap jalannya lurus begitu sahaja.

REPENTANCE, TAUBAT

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.”
(Hadis Riwayat Muslim)

PERANG! YES PERANG NAFSU!
Jom jom. 18 hari lagi!










Thursday, August 11

Tentang Saiyyidah Khadijah *in JPG*

Jom kita kenali dengan lebih mendalam Ummul Mukminin.so nak baca, boleh klik gambar untuk imej lebih besar.
antum semua boleh save kalau nak save. 























11 Ramadhan

Assalamualaikum & hye peeps.

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumiNya.

Hari ini, hari kesebelas kita menempuh madrasah tarbiyyah. 

11 Ramadhan.
Suatu tanggal di mana perginya seseorang yang sangat dikasihi junjungan besar kita Rasulullah S.A.W. 

Saiyyidah Khadijah Al-kubro,
Isteri sejati,
Ibu mithali,
Pendukung dakwah Rasulullah,
Ahli perniagaan berjaya.

Beliau yang pertama...
Beriman,
Beliau yang pertama...
Menerima salam daripada Allah

Yang beriman saat yang lain ingkar,
Yang membenarkan tatkala yang lain mendustakan,
Yang menafkahkan hartanya fisabilillah di mana yang lain mempertahankannya.
 
Contoh tauladan sepanjang zaman.  
Bantulah aku meneladaninya.

"Sebaik-baik wanita (pada masanya) ialah Maryam, dan sebaik-baik wanita (umat ini) ialah Khadijah." 
(HR Bukhari dan Muslim)


InshaAllah,ana akan upload fail JPG tentang Saiyyidah Khadijah selepas post ini. Antum boleh klik untuk imej lebih besar, boleh download dan simpan jika nak. :)




Tuesday, August 9

jom jadi yang sedikit

Assalamualaikum & hye peeps.

Syukur yang tiada terkira, kita masih bernafas dalam dua nikmat terbesar yakni Islam dan Iman. 
Moga hingga ke akhirnya. InshaAllah, ameen.

Alhamdulillah, kita telah memasuki hari kesembilan puasa. InshaAllah esok, hari kesepuluh.
Amacam?
Moga kita terus istiqomah hendaknya.
Kekalkan @ tingkatkan momentum ibadah kita.

.
.
.


"alaaaa, ni je untuk berbuka??" 
 (sambil memasamkan muka)

ok 

lihat ini





"takkan hari hari air soya kot??"  
(papp. terkena dahi sendiri kerana sering merungut tentang benda ni masa MAP)

ok tengok ni pulak

*kerana tiada air, anak ini sanggup minum air kencing lembu*


"awat aku ni kuruih sangat?" 

lihat ini





dan macam macam lagi.
Seringkali rungutan kedengaran, jarang sekali bersyukur.
*Jasmin anda harus terasa*


Ingin sekali ana share suatu kisah yang berlaku pada zaman Saidina Umar

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya:

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:

"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku  takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur".

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".

Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:

"Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".

.
.
.
.

Golongan Yang Sedikit.

Ya, memang sedikit dan berat sekali mulut menuturkan kalimah syukur. Apatah lagi menvisualisasikan dengan perbuatan. Jahilkan kita? Sebaik mata kita terbuka, sekeliling kita banyak sekali nikmat dari-Nya.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (QS 16: 18).

Apapun, semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini.

Kurangkan keluhan, tingkatkan kesyukuran padaNya.

mulut yang merungut, gantikan dengan menuturkan syukur.
InshaAllah, boleh mula sekarang. Tarbiyyah diri pada bulan Ramadhan.

Dia telah berjanji ,

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". 
(Ibrahim: 7)

Jom sama sama kita mengejar untuk menjadi golongan yang sedikit ini. Fastabiqul khoirat. 
 :)

entri kali ni buat diri ana, ana, ana dan juga anda. moga berolehh manfaat.

p/s : ana masih belum mampu menyiapkan sekaligus menyiarkan next cerpen ana. tajuk pun masih tercari-cari. moga dipermudahkan. InshaAllah.