Friday, July 29

True Sparrow

Assalamualaikum & hye peeps :)

Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Aves
Order: Passeriformes
Suborder: Passeri
Infraorder: Passerida
Superfamily: Passeroidea
Family: Passeridae


haa. rindu tak nak study benda benda ni semua. seriously, ana dah mula rindu dan tak sabar sabar nak sambung belajar.

Apapun, apa kaitan ni semua? Burung pipit?

Tadi ana menonton sebuah video oleh sahabat sahabat ana, Yaya & Bbil.


dan mereka menggelarkan diri mereka BURUNG PIPIT.
BURUNG PIPIT? Apa kena mengenanya? Namun, ana tak mengajukan sebarang soalan kenapa burung pipit. 
Yaya pun tanpa dipinta menceritakan tentang kisah burung pipit. 
Kisahnya seperti berikut. (yaya, kamek edit sikit cerita kitak k. hehe)
Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya saya telah menjalankan tanggungjawabnya, tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Aaaahaaaa!
MENARIK KAN? 

ok, straight to the point. Let we see the moral of this story.

Kita islam, dan kita mengaku kita islam. Tapi lihat, apa yang kita dah buat untuk menegakkan syiar islam? Apakah kita meletakkan semua tugas tugas dakwah ini di atas mereka yang bergelar ustaz @ ustazah? Hmm. TIDAK SAMA SEKALI. Tugas dakwah tugas semua. Selagi kita melafaz kalimah tauhid tersebut, selagi itu kita tidak mampu lari dari AMANAH dan TANGGUNGJAWAB tersebut. 


"dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung" surah ali imran : 104


Tidak semestinya kita perlu pergi ke depan, beri ceramah sana sini. Bukan itu sahaja skop dakwah. Dakwah banyak cara. Dengan perbuatan kita, itu pun dakwah. Dakwah bil hal. Malah dakwah melalui sifat dan sikap kita itulah mudah menyentuh hati orang lain. Contoh terbaik, tidak lain tidak bukan Rasulullah SAW.


Allah menukilkan dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: 
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu tauladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
Kita lihat pada zaman sekarang ini, senang senang Islam dihina dan dicerca. Kita? Apa kita buat? Berpeluh tubuh? Atau lihat dengar abai sahaja?
siapa yang bangun pagi, sementara ia hanya memperhatikan masalah dunianya, maka ia tidak berguna apa -apa di sisi Allah. Siapa saja yang tidakmemperhatikan urusan kaum Muslim, maka ia tidaklah termasuk golongan mereka. [HR.ath-Thabrani dari Abu Dzar al-Ghifari]

Usaha yang kecil, namun dikerjakan secara berterusan. Lebih baik ertinya daripada usaha yang kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. bagaimana pun, ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa…
lepas ni terfikir nak tukar tajuk blog. hmm, hikayat si pipit. haha. amacam?  

sangat termotivasi oleh kisah inii























No comments: