Thursday, July 14

bernafas lagi

Assalamualaikum & hye peeps.

Alhamdulillah, lega apabila bernafas di bumi Sarawak, segar. Makanan ibu yang seminggu tak ana jamah, telah ana jamah tengah hari tadi. Sekali mau dua kali tambah. HAHA.  Malam semalam, tiba di bumi Sarawak selepas mengharungi "flight" yang sangat mendebarkan. Hati siapa tidak berdebar, apabila belon asyik bergegar-gegar, meredah awan kelabu yang begitu tebal. Nun jauh pulak, ternampak kilat memancar. Tapi, alhamdulillah, selamat tiba. 
(mungkin sebab sik biasa naik belon, sebab ya pike bukan bukan. Ye la, study kat over the sungai je, bukan over the sea.)

Walaupun ana menghadapi masalah kejutan makanan dan kejutan udara dan mungkin kejutan budaya sekali di sana, tapi sebenarnya ana sangat menyukai keadaan di sana. 

Kat sarawak, susah benar nak jumpa kedai bisnes orang Islam. Kat sini, boleh dikatakan didominasikan oleh mereka (tapi tak tahulah andai tempat lain banyak kedai "Ca Ya Nun Alif") andai masa chinese new year, kebuluq la kami kami ini.

Kedai makan pun, rasa sangat "secure" sebab semuanya Islam. Andai di Sarawak, dalam satu kedai makan ada warung melayu, ada warung Ca Ya Nun Alif, dan kadang kadang senang senang je Bab* tergantung gantung kat dalam kedai tersebut. 


Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu..”
QS 2:168

Esok, khabar khabar menyatakan keputusan untuk course keluar. 
Allahu Allah, sangat sangat berdebar. 
Apa-apapun keputusannya, ana bersyukur, ana redha.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
(Surah Ibrahim:7)
 
-peringatan buat diri-
berdobar dobar nih. sangat. 
doakan yang terbaik buat semua.
apabila kita dapat yang terbaik tapi pada mata kita yang tak tahu apa apa nih kurang baik,


ingat, itu bukan penghujung dunia kita.
mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik buat kita
He knows the BEST 

"....boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
QS 2:216 


p/s : MEGA SALE MONTH BAKAL TIBA. SEKALI LAGI, GEAR BERAPA DAH? takkan masih slow lagi kot???
-Jasmin, sila terasa-

No comments: