Monday, July 25

rawak edisi Miri : jalan lihat tafsir

Assalamualaikum & hye peeps

Hari kelima bernafas di bumi Miri, bumi kelahiran, lebih sedekad bumi ini tidak ana jejaki.
Kiri kanan, asing. Semuanya kini berbeza. 

******
situasi 1

hamba Allah : min, kitak ekot someone pegi somewhere? 
Ana : aok, kejap kejap. pasang tudung lokkk..
hamba Allah : ehh, macam ya jak kitak. sik boh pasang tudung. kita pegi dekat jak. kitak dalam kereta jak..
Ana : *mengerutkan kening, rasa nak demam, terus masuk bilik, pasang tudung* 

situasi 2

hamba Allah : mok kitak makey tudung macam tok? *sambil menunjukkan tudungnya yang beliau tak guna lagi.*
Ana : mun panjang boleh lahhh. 
hamba Allah : kitak makey tudung ngebow gilak. pake pendek sikit. 
Ana : *mengangguk dan tersenyum*

huh, banyak rintangan ana di bumi Miri ini.

Hmmm. mungkin beliau masih belum faham. tapi Ana belum menjalankan tugas untuk memahamkan nya. teruk betul ana kan??

tak kisah dekat jauh,
tak kira dalam rumah,
selagi dia yang bukan berhak,
selagi ada yang bukan mahram,
tutupilah auratmu wahai muslimah,
lindungilah kehormatanmu,
jagalah maruahmu.

kadang kadang, eh sattt, bukan kadang kadang. tapi kita SERING mengabaikan 114 ayat ayat cintaNya. astaghfirullahallaziimm.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 

surah nur : 31 

"Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang' "

al-ahzab : 59

******
kejutan 

hari ini, ana secara official berjumpa dengan si merah putih. Alhamdulillah. rezeki Allah.
(manusia, rezeki yang nampak dan disukai baru nak bersyukur, yang Allah bagi oksigen hari hari tak reti bersyukur. JASMIN, ANDA WAJIB TERASA!)

InshaAllah, ana akan cuba jaga si merah putih elok elok dan manfaatkan sebaik baiknya. 

terima kasih anjang (panggilan kepada makcik)

******

dah siap isi semua borang? elok isi cepat cepat. jangan last minute. manfaatkan masa bulan puasa. jangan bazirkan dengan isi borang dimana antum boleh isi awal. ya ISI SEKARANG. nanti masa bulan puasa antum ngerepak, membebel, menyumpah seranah, kan tebik posa.

********

tersirat Transformers : Dark of The Moon 
tengok masa hari kedua sampai sini. orang belanja. weee. 

part di mana Sentinel Prime nak pulihkan Cybertron. bekerjasama dengan Decepticons nak musnahkan Autobot dan belot dengan Optimus Prime. Last last, tak dapat. 

hmmm, fikirkan pengajarannya. 

yg ini syomel. *eerr, gedik*

satu lagi, mereka memang sukakan kemusnahan ke?

*******

dah dah. jap, dah solat???

No comments: